Pergi ke kandungan

Bahasa Arab/Asas Bahasa/Pengenalan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikibuku
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aku
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Aurora (bincang | sumb.)
k Suntingan oleh 2405:3800:837:5EB8:0:0:0:1 (perbincangan) dikembalikan kepada semakan terdahulu oleh Zahirulnukman
Teg: Undur
 
Baris 1: Baris 1:
{{autonav|Abjad|}}bahan
{{autonav|Abjad|}}

== Pembacaan dan Penulisan Bahasa Arab ==
== Pembacaan dan Penulisan Bahasa Arab ==



Semakan semasa pada 00:22, 30 Ogos 2024

Seterusnya: Abjad
Utama: Bahasa Arab/Asas Bahasa

Pembacaan dan Penulisan Bahasa Arab

[sunting]

Selain daripada Bahasa Arab, sistem huruf bahasa Arab turut digunakan dalam Bahasa Urdu dan juga Bahasa Parsi dan sebahagian kecil yang lain. Bahasa Urdu dan Parsi mempunyai huruf yang lebih berbanding Bahasa Arab. Jadi lebih mudah mempelajari bahasa-bahasa lain melalui Bahasa Arab.

Bahasa Arab menggunakan banyak titik dan simbol di atas dan di bawah. Sistem penulisan Bahasa Arab juga bersambung. Jadi kebanyakkan huruf di dalam ayat bersambung antara satu sama lain. Selain itu, kebanyakan huruf Bahasa Arab mempunyai bentuk mula, bentuk tengah, bentuk akhir dan bentuk terasing. Bagaimanapun, bentuk-bentuk ini hampir sama, menjadikannya lebih mudah dikenali.

Asasnya

  • Bahasa Arab ditulis dari kanan ke kiri:

<----------------------------- Penulisan bermula dari sini
<---------------------------------------------------------------------
dan berakhir di sini <---------------------------------------------------------------------

Bahasa Arab mempunyai 28 aksara (huruf) seluruhnya. Setiap aksara mewakili bunyi dan mempunyai bentuk khusus. Sesetengah aksara mempunyai titik untuk membezakan mereka dan polanya tidak dikongsi oleh aksara lain. Setiap aksara mempunyai 4 bentuk asas untuk menyambungkan mereka

  • Bentuk permulaan
  • Bentuk pertengahan
  • Bentuk pengakhiran
  • Bentuk terasing

Bentuk huruf mempunyai penyambungnya yang tersendiri. Ia terbahagi kepada huruf penyambung dan huruf bukan penyambung. Huruf penyambung menyambungkan huruf selepas mereka tetapi tidak menyambungkan ayat. Huruf bukan penyambung pula tidak menyambungkan mana-mana huruf selepas mereka. Di dalam penulisan Bahasa Arab (termasuk percetakan), setiap bentuk huruf berubah bagi menyambungkan huruf lain.

Bentuk vs. Huruf

[sunting]
  • Banyak bentuk aksara Arab mempunyai ekor.
  • Ekor hanya boleh dilihat dalam bentuk terasing dan bentuk akhir.
  • Bahagian terpenting bentuk ialah yang bukan ekor, bahagian ini dipanggil intipati-bentuk.
  • Ingat: Huruf ialah bentuk dengan ditambah titik.
  • Titik boleh diletakkan di atas atau di bawah bentuk, untuk membentuk huruf.
  • Kedudukan titik penting (atas atau bawah).
  • Jumlah titik penting (0 - 3 titik).

Titik

[sunting]
  • Dalam kebanyakan cetakan
    • Titik tiga dikumpulkan dalam satu segi tiga
    • Titik dua ditulis sebelah menyebelah
    • Titik boleh jadi berbentuk wajik, segiempat sama ataupun bulat.
  • Dalam tulisan laju oleh orang Arab
    • Titik tiga lazim ditulis dalam bentuk: ^
    • Titik dua ditulis sebagai sengkang - atau boleh juga berupa tilde ~
    • Ada lagi tulisan pintas lain.

Kelainan lain

[sunting]
  • Dots are sometimes written as hollow circles on childish hand-made posters.
  • The placement of dots (such: in a diagonal line, in a vertical line, in a triangle) do not make different letters (i.e.: it doesn't matter), and variation in placement of dots is used in fancy fonts.