Pergi ke kandungan

T-ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2261733 pada 16:43, 14 Julai 2012 oleh EmausBot (bincang | sumb.) (r2.7.2+) (bot mengubah: ko:티아라 (8인조 그룹))
T-ara
티아라
T-ara yang berada di Festival Muzik Impian Cyworld
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Tiara
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenrePop, pop tarian, elektropop, R&B, teen pop
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Core Contents Media, Mnet Media
Laman sesawang
Korea Selatan tara.ccment.com
Jepun t-ara-official.com
AhliBoram
Qri
Soyeon
Eunjung
Hyomin
Hwayoung
Jiyeon
Bekas ahliJiae
Jiwon

T-ara (Korea: 티아라, Jepun: ティアラ, sering digayakan sebagai T-ARA atau T♔ARA) ialah sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dibentuk oleh Mnet Media dalam tahun 2009. Bermula sebagai sebuah kumppulan dengan lima anggota, mereka keluar dengan lagu pertama mereka, "Good Person" ("Orang Yang Baik") untuk runut bunyi drama Korea, Cinderella Man pada April 2009. Pada Jun 2009, Jiwon dan Jiae meninggalkan kumpulan ini, lantas debut kumpulan ini terpaksa ditangguhkan. Pada bulan berikutnya, T-ara disusun kembali untuk menjadi sebuah kumpulan enam anggota dengan Boran, Ori, serta Soyeon sebagai anggota baru, dan mereka pun keluar dengan single debut "거짓말" ("Penipuan").[1] Dalam Julai 2010, T-ara memperkenalkan anggota barunya, Ryu Hwa-young, lantas menjadi sebuah kumpulan dengan tujuh ahli.[2]

Anggota

Anggota Nama lahir Tarikh lahir Posisi Catatan
Boram
(2009–kini)
Jeon Bo-ram (Hangul:전보람) (1986-03-22) 22 Mac 1986 (umur 38) Ketua, Penyanyi

Sebelum debut bersama T-ara, dia mengeluarkan single digital masing-masing pada April dan November 2008. Ketua ketiga T-ara.

Qri
(2009–kini)
Lee Ji-hyun (Hangul: 이지현) (1986-12-12) 12 Disember 1986 (umur 37) Penyanyi

Dia berkongsi hari jadi yang sama dengan Eun Jung, dan juga pernah berlakon dalam video muzik TTL (Time to Love) sebagai perempuan utama bersama-sama Geonil dari Supernova, yang memerankan lelaki utama.

Soyeon
(2009–kini)
Park In-jung (Hangul: 박인정) (1987-10-05) 5 Oktober 1987 (umur 37) Penyanyi utama

Sepatutnya menjadi anggota Girls' Generation, tetapi keluar sebelum debut rasmi mereka. Mula-mula muncul dalam CMB Chin Chin Song Festival 2005.

Eunjung
(2009–kini)
Ham Eun-jung (Hangul: 함은정) (1988-12-12) 12 Disember 1988 (umur 35) Penyanyi utama, Rapper utama

Acted in drama Coffee House dan Dream High dan filem Death Bell. Muncul dalam pelbagai muzik video sebelum debut. Ketua kedua T-ara sehingga 2010.

Hyomin
(2009–kini)
Park Sun-young (Hangul: 박선영) (1989-05-30) 30 Mei 1989 (umur 35) Penyanyi, Rapper

Peragawati sebelum debut. Belakon dalam drama My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox, dan juga ahli peran tetap Invincible Youth KBS2 TV.

Hwayoung
(2010–kini)
Ryu Hwa-young (Hangul: 류화영) (1993-04-22) 22 April 1993 (umur 31) Rapper utama, Penyanyi

Kakak kembarnya, Ryu Hyoyoung mula-mulanya ingin disertakan bersama T-ara, namun diletakkan dalam kumpulan Co-Ed School.

Jiyeon
(2009-kini)
Park Ji-yeon (Hangul: 박지연) (1993-06-07) 7 Jun 1993 (umur 31) Penyanyi, Maknae

Pernah berlakon dalam drama Soul, Master of Study, dan Jungle Fish 2 serta filem Death Bell 2: Bloody Camp.

Bekas anggota

Anggota Nama lahir Hari lahir Posisi Catatan
Jiae
(2009)
Lee Ji-ae (Hangul:이지애) (1987-08-06) 6 Ogos 1987 (umur 37) Ketua, Penyanyi utama

Ketua kumpulan pertama T-ara.

Jiwon
(2009)
Yang Ji-won (Hangul: 양지원) (1988-04-05) 5 April 1988 (umur 36) Penyanyi

Rujukan

Pautan luar