Universiti Makerere
Universiti Makerere, Kampala (Makerere University, Kampala; MUK) adalah institusi pengajian tinggi terbesar dan ketiga tertua di Uganda. Ia mula ditubuhkan sebagai sebuah sekolah teknikal pada tahun 1922. Sekolah tersebut distruktur semula menjadi sebuah universiti iaitu University of East Africa pada tahun 1963; ia berfungsi menawarkan kursus yang membawa kepada ijazah umum pemberian University of London. Ia menjadi sebuah universiti bebas pada tahun 1970 berikutan pemecahan universiti tersebut kepada tiga universiti bebas selain Universiti Nairobi di Kenya dan Universiti Dar es Salaam di Tanzania.
Pada tahun-tahun berikutan kemerdekaan Uganda, institut ini menjadi titik utama kegiatan kesusasteraan yang banyak menarik perhatian pergerakan nasionalis; malah banyak tokoh pemimpin penting di Afrika seperti Milton Obote, Julius Nyerere dan Benjamin Mkapa merupakan graduan dari universiti ini. Banyak penulis terkenal seperti Nuruddin Farah, Ali Mazrui, Ngũgĩ wa Thiong'o, Paul Theroux dan V. S. Naipaul turut punya latar belakang masing-masing di universiti ini.
Universiti ini terdiri daripada sembilan kolej dan satu sekolah yang menawarkan program untuk kira-kira 36,000 mahasiswa dan 4,000 siswazah.
Unit akademik
[sunting | sunting sumber]Kolej
[sunting | sunting sumber]- College of Agriculture and Environmental Sciences
- College of Business and Management Sciences
- College of Computing & Information Sciences
- College of Education and External Studies
- College of Engineering, Design, Art and Technology
- College of Health Sciences
- College of Humanities and Social Sciences
- College of Natural Sciences
- College of Veterinary Medicine, Animal resources and BioSecurity
Sekolah
[sunting | sunting sumber]- School of Law (Sekolah Undang-Undang)