Stesen LRT Ampang
Lokasi | Stesen Ampang, Jalan Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°09′1″N 101°45′36″E / 3.15028°N 101.76000°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | BET7, 300, T301, T302, 303, AJ2A | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 1,140 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | AG18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Ampang adalah stesen LRT di Ampang Jaya, Selangor dimana Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak berhampiran Depot LRT Ampang. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dengan pembukaan LRT STAR antara stesen ini dan stesen Sultan Ismail.[1]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di Ampang Jaya, Selangor berhampiran Jalan Ampang dan Jalan Pasar. Di sebelah barat stesen adalah Taman Dagang manakala di sebelah timur stesen adalah kompleks perniagaan Ampang Mewah. Juga terletak berhampiran stesen adalah pejabat Kedutaan Zimbabwe, Kampung Melayu Ampang, pekan Ampang, SK Ampang, Masjid Jamiul Huda dan Surau an-Nur Taman Dagang.
Pelan stesen
P Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan | ||
AG Arah Barat | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Cahaya) | |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaneka, laluan pejalan kaki ke MSPR, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen aras tanah dimana platform ditinggikan. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,140 petak parkir kereta — 20 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 200 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[3] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan BET7, 300, T301, T302, 303 dan bas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)