Lumba-lumba hidung botol biasa
Lumba-lumba hidung botol biasa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
| |
Perbandingan saiz dengan manusia |
Dolfin Hidung Botol (bahasa Inggeris: Bottlenose Dolphin) merupakan sejenis dolfin yang paling dikenali ramai. Nama sainsnya Tursiops truncatus. Walau bagaimanapun, kajian baru telah menunjukkan sebenarnya terdapat dua spesies dolfin ini, T. truncatus dan T. aduncus.
Taburan
Dolfin Hidung Botol boleh didapati di hampir semua laut beriklim sederhana dan panas di dunia. Ia cuma tidak pernah dilihat di Lautan Artik dan Antartik.
Ciri
Dolfin Hidung Botol adalah haiwan mamalia berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Dolfin Hidung Botol berwarna kelabu, dari kelabu tua di di bahagian atas berhampiran sirip dorsal sehinggalah kelabu muda hampir putih di bahagian bawah. Ini membuatkan ia sukar dikesan dari atas dan bawah ketika berenang. Rahang atas dan bawahnya yang memanjang ke depan, dipanggil rostrum, memberikan namanya "hidung botol". Hidung sebenarnya ialah lubang sembur di atas kepalanya.
Jantung Dolfin Hidung Botol terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Pembiakan
Sebagai mamalia, Dolfin Hidung Botol melahirkan anak. Tempoh bunting adalah kira-kira 12 bulan. Selepas anaknya lahir, dolfin ini akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari, iaitu sehingga 6 tahun.
Pengekalan
Dolfin Hidung Botol secara keseluruhannya tidak merupakan haiwan terancam, cuma di beberapa tempat tertentu, jumlahnya telah berkurang akibat pencemaran dan kekurangan sumber makanan. Dolfin Hidung Botol seperti semua dolfin lain merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lumba-lumba hidung botol biasa. |
Senarai mamalia |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |