Pencurian barang-belah
Pencurian kedai, pelesapan kedai, pelesapan runcit atau penipuan runcit ialah kecurian barangan daripada pertubuhan kedai dan runcit, bersaiz besar maupun kecil (pusat beli-belah/mall) semasa waktu perniagaan, biasanya dengan menyembunyikan barang milik kedai, dalam poket, di bawah pakaian atau dalam beg, dan melarikan barang tanpa diketahui pekerja dalam suatu kedai. Takrif pencurian barang-belah dan pencuri barang-belah biasanya tidak ditakrifkan secara jelas di dalam akta. Jenayah mencuri suatu barang di dalam pusat beli-belah atau kedai secara amnya terletak di bawah klasifikasi akta pencurian. Jenayah ini sedikit berbeza daripada pembajulan (mencuri dengan diam-diam memaksa masuk ke kedai yang berkunci), penyamunan (mencuri dengan mengugut mangsa atau terlibat dalam tingkah laku ganas. Tidak jarang memakai senjata tumpul juga seperti tukul atau belantan), atau rompakan bersenjata (merompak menggunakan senjata, biasanya dengan senjata tajam seperti lading atau dengan senjata api seperti submesingan). Dalam industri peruncitan, perkataan bahasa Inggeris shrink (atau shrinkage) juga digunakan bagi merujuk kepada barang dagangan yang hilang akibat pencurian kedai, tetapi perkataan itu juga termasuk kerugian dari hal lain, semisal makanan yang sudah tamat tempoh, kerosakan produk yang tidak diinsuranskan atau dirasuah oleh pekerja kedai itu sendiri.
Pencurian barang-belah menjangkau daripada golongan amatur yang bertindak mengikut dorongan hati sahaja, masuk ke kedai kecil kemudian menyembunyikan barang itu di baju, sehingga penjenayah kerjaya yang biasanya melakukan kegiatan mencuri di pusat beli-belah sebagai satu bentuk pendapatan. Penjenayah kerjaya bahkan mungkin memiliki pesuruh yang ditugaskan beberapa individu mengawasi salah satu kedai di dalam pusat beli-belah, beberapa dari individu itu akan mengacah pekerja-pekerja manakala individu yang lain akan fokus memasukkan barang. Amatur lazimnya mencuri produk bagi kegunaan peribadi, sedangkan penjenayah kerjaya biasanya mencuri barangan bagi dijual semula dalam pasar gelap. Bentuk pencurian barang-belah yang lain termasuk menukar label harga barangan dengan yang lebih murah, penipuan pemulangan atau makan makanan di restoran setelah itu lari. Barangan yang biasa menjadi sasaran kecurian ialah barang yang mempunyai harga yang tinggi dengan saiz yang mudah dimasukkan ke baju, poket atau beg: seperti pisau cukur pakai buang, vitamin, dan rokok.
Pihak kedai juga menggalakkan beberapa taktik bagi mengurangkan kecurian kedai, termasuk menyimpan barangan kecil dan mahal dalam bekas kaca berkunci; merantai atau sebaliknya memasang barang (terutamanya yang mahal) pada etalase atau rak pakaian; memasang penderia magnet atau radio atau pek pencelup pada item; memasang cermin melengkung yang dipasang di atas rak atau kamera litar tertutup, mengupah pengawas yang berpakaian seperti pembeli biasa dan pengawal keselamatan, juga melarang membawa masuk beg galas atau beg lain. Sesetengah kedai di dalam pusat beli-belah, mempunyai pengawal keselamatan di pintu keluar, yang mengikhtiarkan beg galas dan beg serta menyemak resit. Kedai-kedai juga membanteras aktivitu pencurian dalam kedai dengan melatih pekerja bagi mengesan pembeli yang memiliki potensi sebagai pencuri.
Pencurian kedai pertama yang rekod, mula berlaku di bandar London pada abad ke-16. Menjelang awal abad ke-19, diyakini mencuri kedai atau pasar ramai ialah aktiviti yang dibuat oleh wanita. Pada tahun 1960-an, pencurian kedai mula ditakrifkan semula, sebagai tindakan politik. Penyelidik membahagikan perompak kedai kepada dua kategori (dalam bahasa Inggeris): boosters (profesional yang menjual semula apa yang mereka curi, agar barang yang dimahukan orang-orang semakin murah), dan snitches (amatur yang mencuri bagi diguna pakai dalam keseharian peribadi mereka sahaja).[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Cameron, Mary Owen (1964). The Booster and the Snitch: Department Store Shoplifting. Glencoe, Illinois: Free Press of Glencoe. ASIN B002NGZUJU.