Pergi ke kandungan

Cacing pita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Cestoda)

Cacing pita
Fail:Tenia solium scolex.jpg
Skoleks ("kepala") Taenia solium
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Cestoda

Cacing pita (bahasa Inggeris:tapeworm) ialah cacing pipih parasit dalam kelas Cestoda (Cestoidea), dalam filum Platyhelminthes. Ahlinya hidup di dalam saluran pencernaan vertebrat sebagai dewasa, dan selalu di dalam badan pelbagai haiwan sebagai juvenil. Lebih seribu spesies telah dikenalpasti, dan semua spesies vertebrat dapat dijangkiti oleh sekurang-kurangnya satu spesies cacing pita. Beberapa spesies menjangkiti manusia jika makan daging mentah seperti daging khinzir (T. solium), daging lembu (T. saginata), ikan (Diphyllobothrium spp.), jika makanan disediakan dalam keadaan tidak bersih (Hymenolepis spp. atau Echinococcus spp.).

T. saginata, cacing pita daging lembu, dapat membesar sehingga 12 m (40 kaki); spesies lain dapat membesar sehingga melebihi 30 m (100 kaki).[1]

  1. ^ "The Persistent Parasites". Time Magazine. Time Inc. 1957-04-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-21. Dicapai pada 2011-04-22.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]