Pergi ke kandungan

Iklim (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Iklim (kugiran))

Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan Rock menjadi fenomena yang bermula pada tahun 1985; terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia pada sekitar tahun 90'an. Iklim terbentuk secara rasmi pada tahun 1990 dan menyanyikan lagu-lagu Melayu bergenre Rock dan Slow Rock. Iklim menjadi siulan zaman itu kerana popular dengan lagu “ Suci Dalam Debu “. Hingga kini lagu iklim sentiasa putar dicorong radio.

Iklim
Berasal dariTerengganu Terengganu, Malaysia Malaysia
GenreBlues, Rock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock, Rock kapak
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik / Penggubah lagu
InstrumenVokal / Pemuzik
Tahun aktif1985-1998
2003-2005
2014-kini
Syarikat rakaman
Suara Cipta Sempurna (1990 - 1994)
Warner Music Malaysia (1994-1999)
Nova Music (2003-2004)
GP Records Indonesia
AhliAzmani - vokal
Umarul - gitar utama
Mohalim - bass
Huzali - keyboard/gitar kedua
Kama - Dram
Bekas ahliSaleem - vokal (meninggal dunia)
Khir Rahman - vokal

Lagu hits adalah Suci Dalam Debu, Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Hakikat Sebuah Cinta dan Seribu Kali Sayang. Album Suci Dalam Debu terjual 1,000,000 unit di Indonesia,[perlu rujukan] dan mengangkat nama iklim sebagai kumpulan terkenal dan berjaya di negara jiran tetangga tersebut sehingga kini.

Kumpulan Iklim bermula daripada gabungan dua kumpulan dari Pantai Timur Tanah Air (Kumpuln The Kids & Kumpulan Midnight) apabila Mohalim, Fadil, Kama dan Umarul dengan ketiadaan penyanyi tetap,dengan izin Tuhan telah mendapat seorang penyanyi dengan suara yang mantap ia itu A. M. Saleem Abdul Majeed di Kg Setiu pada tahun 1985 yang mana semuanya berasal dari empat anak muda Terengganu. Kumpulan Iklim telah pun mendapat pelawaan sebagai artis dari sebuah syarikat rakaman ketika itu, untuk memantapkan lagi muzik Iklim telah menambah seorang lagi pemuzik ia itu Huzali berperanan sebagai pemain keyboard. Apabila siap demo tiga lagu Kumpulan Iklim terus menjaja demo setiap syarikat rakaman pada tahun 1988. Penubuhan kumpulan tersebut adalah menyahut seruan kerajaan setiap nama Kumpulan muzik dikehendaki dalam bahasa Malaysia, pada asalnya nama kumpulan Khatulistiwa, oleh kerana nama itu sudah pun digunapakai, jadi terpaksa dibubarkan dan mencadangkan nama lain sebagai ganti, maka lahirlah nama kumpulan Iklim adalah sempena muzik Iklim berbagai corak dimainkan sama ada panas, sejuk, gelora, tenang dan sebagainya dalam muzik sama lah cuaca dunia. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah:

  1. Suci Dalam Debu[1]
  2. Hakikat Sebuah Cinta
  3. Satu Kesan Abadi
  4. Sandiwara Cinta Semusim [2]
  5. Amma-Rah
  6. Bujang Kota [3]
  7. Seribu Penghargaan[4]

Namun lagu Suci Dalam Debu begitu gah ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba-tiba, melalui single Suci Dalam Debu juga IKLIM telah dinobatkan beberapa anugerah menerusi Industri Muzik Malaysia & Indonesia pada sekitar tahun 1990, 1991 & 1992. Antara anugerah yang diperolehi ialah:

  1. Anugerah Seri Angkasa RTM 1990 - IKLIM
  2. Anugerah Bintang Popular 1990 - IKLIM
  3. Juara Lagu 1990 Suci Dalam Debu Tempat ke-2
    1. Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3
  4. Pujaan 10 Radio Satu RTM
  5. NESCAFE 1990 - Suci Dalam Debu, 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe

Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanah air dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe . Lagu Suci Dalam Debu juga berjaya menambat hati peminat di tanah air dan juga di Indonesia, ini kerana hasil sentuhan alunan irama lagu oleh Fadhil pada masa itu dan mempunyai Roh yang tersendiri yang membuatkan lagu ini meletup naik. Hasil sentuhan gitar oleh Fadhil juga berjaya memukau peminat IKLIM menerusi intro Suci Dalam Debu. Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi Anugerah Triple Platinum 1991 Di Malaysia - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena Suci Dalam Debu terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari Indonesia iaitu Anugerah HDX Awards Indonesian MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit

Setelah itu, Populariti IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90-an hingga sekarang adalah seperti berikut:

  • Gerhana Cinta Luka
  • Blues Terengganu Kita
  • Bukan Aku Tak Cinta
  • Di Pintu Mahligai
  • Sheila
  • Bukan Niatku

artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.

Sejarah Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Pada asal penubuhannya , Kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung kerana perselisihan faham antara Saleem. Namun begitu Fadhil Suhaimi tetap di hati IKLIM kerana beliau adalah pengasas Kumpulan Iklim, dan banyak idea fikiran untuk IKLIM diberikan beliau. Jasa-jasa Fadhil Suhaimi juga membuatkan nama IKLIM meletup naik dan digemari oleh peminat dari seluruh pelusuk tanah air. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain papan nada, Huzali Ali memandangkan instrumen papan nada banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Fadhil suhaimi juga banyak membantu semasa rakaman album IKLIM walaupun beliau sudah menarik diri dari Kumpulan IKLIM. Pada masa yang sama juga Fadhil pernah dipelawa untuk meanggotai kumpulan CROMOK tetapi beliau menolak pelawaan tersebut kerana ingin fokuskan kerjanya dan kumpulan IKLIM. Berikut adalah senarai ahli anggota IKLIM dari 1988 - 2020 (termasuk selepas kematian Saleem):

1985 - 1990

  1. A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis [5]
  2. Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
  3. Mohd Salim (Mohalim)- gitar bass
  4. Fadhil Suhaimi (Fadhil)- gitar kedua
  5. Kamaruddin (Kama)- drum

1990 - 1994, 2015 - 2018

  1. A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
  2. Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
  3. Mohd Salim (Mohalim)- Gitar bass
  4. Kamaruddin (Kama)- drum
  5. Huzali Ali (Huzali)- papan nada

1994 - 1996

  1. Saleem - Vokal
  2. Mohalim - Gitar bass
  3. Kama - Drum
  4. Huzali - Papan nada

1996 - 1997

  1. Mohalim - Gitar bass
  2. Kama - Drum
  3. Huzali - Papan nada
  4. Azmani - Vokalis undangan

1997 (bergabung khas untuk album Dirgahayu)

  1. Saleem- Vokalis
  2. Mohalim- Gitar bass
  3. Kama- Drum
  4. Huzali- Papan nada

1998 - 1999

  1. Mohalim- Gitar bass
  2. Kama- Drum
  3. Huzali- Papan nada
  4. Khir- Vokal
  5. Zaini- Gitar

2003 - 2004 (reunion Iklim)

  1. Saleem - Vokal
  2. Umarul - Gitar utama
  3. Mohalim - Gitar bass
  4. Kama - Drum
  5. Huzali - Papan nada

2007 - Iklim & Frenz - Nuansa '07

  1. Umarul - Gitar utama
  2. Mohalim - Gitar bass
  3. Kama - Drum
  4. Huzali - Papan nada
  5. Vokalis undangan -

2007 - 2015

  1. Umarul - gitar
  2. Mohalim - bass
  3. Kama - drum
  4. Huzali - papan nada

Pada awal tahun 2015 Iklim mengumumkan reunion.

2020 - kini

  1. Azmani - Vokal
  2. Umarul - Gitar
  3. mohalim - bass
  4. kama - Drum
  5. huzali - Papan Nada

Garis Masa

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

  1. Satu Kesan Abadi (1990)
  2. Bulan Jatuh Ke Riba (1991)
  3. Budi (1992)
  4. Iklim (1994)
  5. Bukan Niatku (1995)
  6. Salam Perpisahan (1996)
  7. Pergimu Satu Tanda (1998)
  8. Bunga Emas (2003)

Single

  1. Mawar Kasturi (2020)
  2. Cintai Aku (2023) - komposer & penulis lirik oleh Azam Dungun,Iklim,Tapai

Album Kompilasi

  1. Dunia Iklim (1993)
  2. Saleem (Iklim) (1993)
  3. Seribu Penghargaan - IKLIM (1995)
  4. Sambutlah Tanganku - IKLIM (1997)
  5. Emas Selamanya - IKLIM (1997)
  6. Dirgahayu - IKLIM (1997)
  7. Iklim & Saleem - MTV Karaoke (1998)
  8. Saleem IKLIM & Rahmat EKAMATRA (2000)
  9. Best Of The Best IKLIM & SEARCH (2002)
  10. Iklim EMAS UNPLUGGED (2003)
  11. Iklim EMAS MYSTERPICE (2003)
  12. Iklim EMAS MODERATE (2003)
  13. Iklim Sesuatu Yang Abadi (2003)
  14. Iklim Musim Bermusim (2004)
  15. Iklim Memori Hit (2005)
  16. Iklim (KEUNGGULAN Saleem & Iklim) (2007)
  17. Iklim (Nyanyian Syahdu/Saleem & Iklim Terunggul) (2007)

Filem & Konsert

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Pelakon
1991 Suci Dalam Debu Zulkifli M.Osman Sidi Oraza , Julia Rais , Imuda & IKLIM )
1991 Riang Tirana   Arief Karmahani

Konsert

- KONSERT IKLIM - di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (19 Jun 1994)

- KONSERT ROCK SALEEM , bersama MAY, BPR & Nike Ardilla di Stadium Negara, Kuala Lumpur (8 September 1992)

Anugerah dan Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Sri Angkasa RTM
Tahun Kategori Keputusan
1990 Kumpulan Muzik Terbaik Menang
1991 Kumpulan Muzik Terbaik Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
1990 Artis Berkumpulan Paling Popular Menang
1991 Artis Berkumpulan Paling Popular Menang
1992 ( Top 5 ) Kategori Kumpulan Muzik Popular Album Pencalonan
1994 ( Top 5 ) Kategori Artis Berkumpulan Popular Pencalonan
Anugerah Industri Muzik
Tahun Kategori Karya

Tercalon

Keputusan
1993 Kategori Rakaman Album Terbaik N/A Menang
Album - Dunia Iklim Collection (1993) N/A
Album - Dunia Iklim - Best Vokal Group In Album N/A
Kategori Video Muzik Terbaik Pencalonan
1995 Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album N/A Pencalonan
1995 Kategori Video Muzik Terbaik Di Pintu Mahligai Pencalonan
1996 Kategori Kulit Album Terbaik N/A Pencalonan
2005 Kategori Rakaman Album Terbaik N/A Pencalonan
HDX Awards Indonesian Music Industry
Tahun Kategori Karya Tercalon Keputusan
1992 Lagu Terbaik Suci Dalam Debu Menang
1992 Album Jualan Terbaik Suci Dalam Debu (1 juta unit) Menang
TV SINGAPORE ( SBC RIA )
Tahun Kategori Karya Tercalon Keputusan
1993 Kumpulan Muzik Terbaik Bukan Aku Tak Cinta Menang
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Keputusan
1990 (AJL 5) Suci Dalam Debu Wan Zul S. Amin Shahab Juara Lagu Tempat ke-2


Persembahan Terbaik Tempat ke -3


Lirik Terbaik

1994 (AJL 9) Bukan Aku Tak Cinta Adinda Amiro Rosyid Somantri Tercalon
1995 (AJL 10) Di Pintu Mahligai
1995 (AJL 10) Suci Dalam Debu Wan Zul S. Amin Shahab Suci Dalam Debu (Best Lyrics)

• MUZIK - MUZIK Semi Final 1991 - Lagu / Gerhana Cinta Luka

MUZIK MUZIK Semi Final 1992 - Lagu / Mimpi Yang Pulang


Lain - Lain

Tahun Anugerah Keputusan
1991 Anugerah Triple Platinum Album Satu Kesan Abadi Jualan 350,000 Unit
1992 Anugerah Plantinum Album Budi
1993 Anugerah Platinum Album Dunia Iklim
1994 Anugerah Platinum 1994 Album Dunia Iklim - Jualan 200,00 Unit
1995 Anugerah Platinum Album Iklim 94 - Jualan 120,00 Unit
1995 Anugerah Platinum Berkembar Tiga Album Iklim
1996 Anugerah Platinum Album Iklim Bukan Niatku
1997 Anugerah Platinum Album Emas Selamanya Iklim - Jualan 200,000 unit
1997 Anugerah Platinum Album Dirgahayu Iklim - Jualan 150,000 Unit
2004 Anugerah Emas Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit
Pujaan 10 Radio Satu RTM / NESCAFE
Tahun
1990 Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio (Rekod)
1991 Lagu , Gerhana Cinta Luka 6 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
1992 Lagu , Mimpi Yang Pulang 5 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]