AF2013 adalah sebuah album studio yang memuatkan 7 buah lagu nyanyian 7 peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia Musim 10 yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan seterusnya[1]. Ia memuatkan lagu-lagu pop yang dicipta oleh komposer terkenal baru dan lama seperti Faizal Tahir, Omar K, dan AG Coco. Ia juga mendapat sentuhan dalam susunan muzik oleh tenaga pengajar Akademi Fantasia sendiri iaitu Genervie Kam dan Melly Goeslaw. Album ini juga menyaksikan buat pertama kali AF menerima lagu baru ciptaan bekas peserta musim terdahulu untuk diberikan kepada pelajar baru. Lagu itu adalah lagu "Sepasang Sayap" yang dicipta oleh bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 9, Amir Jahari. Ironinya, Amir pernah digugurkan daripada pertandingan ini dalam musim lalu.
Kebanyakan lagu gagal menduduki carta teratas ekoran rating rendah yang diterima ketika musim ke-10 ditayangkan, namun "Sepasang Sayap", "Percayalah" dan "Mimpi" berjaya dicalonkan dalam beberapa majlis anugerah. "Mimpi" berjaya memenangi lagu kolaborasi terbaik di Anugerah Planet Muzik.