Ahamad Pakeh Adam
Dato' Ahamad Pakeh Adam ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Lintang selama dua penggal (2004-2013).
Dato' Ahamad Pakeh Adam | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Lintang | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Mohamad Padil Harun |
Digantikan oleh | Mohd Zolkafly Harun |
Majoriti | 1,376 (PRU-12) 5,389 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dalam pertandingan pemilihan UMNO Bahagian pada Oktober 2008 , beliau tewas kepada penyandang. Biasanya Ketua Bahagian UMNO lebih diutamakan berbanding wakil rakyat di sesuatu kawasan dan kecenderungan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat UMNO. Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib mudah memberikan bantuan kepada ketua UMNO Bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.Sebelum ini peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kewangan kepada ketua Umno bahagian.[1]