Pergi ke kandungan

Anggerik darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anggerik darat
Gambaran Acriopsis javanica oleh Lewis Roberts
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Subkeluarga: Epidendroideae
Genus: Acriopsis
Spesies:
A. javanica
Nama binomial
Acriopsis javanica
Sinonim[1]

Anggerik darat,[2] dengan nama saintifik Acriopsis javanica ialah spesies anggerik yang tempatan di Asia Tenggara, New Guinea, sebahagian Kepulauan Teduh dan utara Australia. Ia sakat yang membentuk rumpun dengan daun hijau gelap dan melengkung, batang bunga bercawang dengan penuh putih, dan bunga berwarna langsat dengan tanda ungu.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Acriopsis javanica ialah sakat dengan bebawang semu yang 13–60 mm (0.51–2.36 in) panjang dan 10–30 mm (0.39–1.18 in) lebar. Setiap bebawangnya ada tiga atau empat daun lurus 50–320 mm (2.0–12.6 in) panjang dan 3–20 mm (0.12–0.79 in) lebar pada tangkai daun yang 1.5–25 mm (0.059–0.984 in) panjang. Daripada 12 ke 300 bunga berwarna putih dan langsat muncul di setiap tangkai bunga, yang tangkainya 160–1,150 mm (6.3–45.3 in) panjang.

Bunganya 8–14 mm (0.31–0.55 in) lebar, 2–40 mm (0.079–1.575 in) jaraknya pada tampuk yang 3–6.4 mm (0.12–0.25 in) panjang dan bibirnya bercuping tiga. Kelopak belakangnya 4.7–7.2 mm (0.19–0.28 in) panjang, 1–2.8 mm (0.039–0.110 in) lebar dan kelopak datarnya bercantum membentuk sinkelopak (synsepalum) yang 4.5–7.2 mm (0.18–0.28 in) panjang dan 1.4–3.2 mm (0.055–0.126 in) lebar di bawah bibir. Rangginya lonjong hingga berbentuk telur, 4.3–6.8 mm (0.17–0.27 in) panjang dan 1.3–3 mm (0.051–0.118 in) lebar. Bibirnya 4.5 mm (0.2 in) panjang, sekitar 4 mm (0.2 in) lebar dan ada tiga cuping.[3]

Taksonomi dan penamaan

[sunting | sunting sumber]

Genus Acriopsis sulung kali digambarkan secara rasmi pada 1825 oleh Carl Ludwig Blume daripada gambaran yang tidak diterbitkan oleh Caspar Georg Carl Reinwardt dan gambaran oleh Blume diterbitkan dalam buku beliau Bijdragen tot de Flora van Nederlandsch Indie.[4][5] Dalam jilid yang sama, Blume menggambarkan Acriopsis javanica.[6][7]

World Checklist of Selected Plant Families menerima A. javanica sebagai sinonim bagi A. liliifolia var. liliifolia.[8]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Acriopsis javanica banyak tumbuh di hutan hujan dan pesisir hutan paya, kekadang pada Melaleuca leucadendron dan spesies Pandanus. Ia ditemukan dari Vietnam ke New Guinea, termasuk Singapura, Indonesia dan sebahafain Kepulauan Teduh dan di Semenanjung Cape York di Queensland, seselatan jauh ke Sungai Daintree.[3]

  1. ^ a b "Acriopsis javanica". Australian Plant Census. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "anggĕrek". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 32 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ a b Minderhoud, M.E.; de Vogel, Eduard F. (1986). "A Taxonomic Revision of the genus Acriopsis Reinwardt ex Blume (Acriopsidinae, Orchidaceae)" (PDF). Orchid Monographs. 1: 9–15. S2CID 86279041. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-12. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  4. ^ "Acriopsis". APNI. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  5. ^ Blume, Carl Ludwig (1825). Bijdragen tot de Flora van Nederlandsch Indie (Volume 8). Batavia: Ter Lands Drukkerij. m/s. 376–377. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  6. ^ "Acriopsis javanica". APNI. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  7. ^ Clements, Mark A. (1989). "Catalogue of Australian Orchidaceae". Australian Orchid Research. 1: 10.
  8. ^ "Acriopsis javanica". World Checklist of Selected Plant Families (WCSP). Royal Botanic Gardens, Kew.