Pergi ke kandungan

Bintang Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 38°43′04″N 97°48′24″W / 38.717704°N 97.80673°W / 38.717704; -97.80673

Bintang Daud
Bintang Daud dalam salinan lengkap tertua yang masih ada dari teks Masoret, Codex Leningrad, dari tahun 1008.

Perisai Daud atau dalam bahasa Ibrani: Magen David, מָגֵן דָּוִד dengan nikkud atau tanpa nikkud דוד, diucapkan Magen David [ma.'gen da.'vid] dalam Ibrani modern dan Mogein Dovid ['mɔ.geɪn 'dɔ.vid] atau Mogen Dovid ['mɔ.gen 'dɔ.vid] dalam bahasa Ibrani Ashkenazi dan Yiddish adalah sebuah lambang yang umumnya dikenali sebagai lambang komuniti Yahudi dan Agama Yahudi. Nama ini diambil dari nama raja Israel kuno, dan mulai digunakan pada Abad Pertengahan, berasma-sama dengan lambang yang lebih tua lagi iaitu menorah.

Dengan terbentuknya negara Israel pada 1948 Bintang Daud pada Bendera Israel juga telah menjadi lambang Israel.

Dalam Unicode, "Bintang Daud" diberi kod U+2721 ().

ia diberi nama sedemikian sejak abad ke-11 dalam suatu buku himpunan doa bernama Siddur (Ibrani: סדור) sebagai perlambangan kepada perlindungan diberikan Tuhan kepada Nabi Daud.[1]

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Menurut sejumlah sumber Yudais, Bintang/Perisai Daud melambangkan angka tujuh yakni enam bucu hujungnya ditambah dengan pusatnya. Teks Yahudi tertua yang masih ada yang menyebutkannya adalah Eshkol Ha-Kofer oleh seorang Karait bernama Judah Hadassi, dari abad ke-12M: "Tujuh nama malaikat mendahuli mezuzah: Mikail, Gabriel, dll. ... Kiranya Tetragrammaton melindungi engkau! Demikian pula dengan tanda ini, yang disebut 'Perisai Daud', diletakkan di samping nama masing-masing malaikat."

Angka tujuh mempunyai makna penting dalam ajaran Yahudi:

  • enam hari Penciptaan ditambah dengan istirahat pada hari ketujuh,
  • enam hari kerja dan Shabbat, Ketujuh Roh Allah,
  • Menorah di Bait Suci kuno, yang ketujuh lampu minyaknya diletakkan di atas ketujuh cabangnya.
Menorah di Gapura Titus: perhatikan ketiga cabang di masing-masing sisi, ditambah dengan cabang yang di tengah, sehingga semuanya berjumlah tujuh

Asal-usul yang pasti dari hubungan lambang ini dengan identitas Yahudi tidak diketahui. Beberapa teori dikemukakan. Menurut sebuah hipotesis, Bintang Daud membentuk dua dari tiga huruf dalam nama Daud. Dalam ejaan Ibrani (דוד), kata ini hanya menganudng tiga huruf, dua di antaranya adalah "D" (atau "Dalet", dalam bahasa Ibrani). Di zaman dulu, huruf ini ditulis dalam bentuk yang sangat mirip dengan segi tiga, serupa dengan huruf Yunani Delta (Δ), yang memiliki kemiripan bunyi dan posisi (keempat) dalam abjadnya masing-masing. Lambang ini mungkin mulanya merupakan sebuah perisai keluarga yang dibentuk dengan membalikkan dan menyandingkan dua huruf yang paling penting dalam nama ini.

Perasmian

[sunting | sunting sumber]

Bentuk ini menjadi sebuah lambang Yahudi sejak akhir zaman pertengahan setelah dikurniakan sedemikian oleh Raja Charles IV kepada masyarakat Yahudi Praha, Bohemia pada tahun 1354.[2]

Magen David Adom

[sunting | sunting sumber]
Jata Magen David Adom

Magen David Adom (MDA) (Bintang Daud Merah atau, terjemahan harafiahnya, Perisai Merah Daud) adalah satu-satunya lambang bagi menunjukkan perkhidmatan bantuan perubatan ketika berlakunya darurat, kecelakaan dan kesakitan. Juga digunakan sebagai simbol khidmat kesihatan dan perubatan Israel. Lambang ini digunakan di klinik, hospital dan ambulan di Israel. Pertubuhan Magen David Adom tidak diiktiraf sebagai salah satu dari anggota rasmi Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ A similar term, "Shield of Abraham" appears in the first blessing of the "Amidah" prayer, which was written in early Rabbinic times (around year 1, a millennium before the first documentation of the term in reference to a sixGpoint star). That term is probably based on Genesis 15:1, where God promises to shield Abraham.
  2. ^ Schwandtner, Scriptores Rerum Hungaricarum, ii. 148. Facsimile in M. Friedmann, Seder Eliyahu Rabbah ve-Seder Eliyahu Ztṭa, Vienna, 1901

Pautanluar

[sunting | sunting sumber]