Carta Pujaan 10 RTM
Penampilan
Pujaan 10 adalah carta lagu-lagu popular yang diterbitkan secara mingguan bermula dari tahun 1988 hingga 1996 menerusi Radio 1 (kini Radio Klasik) pada setiap Ahad, jam 10.30 pagi [1]. Ia menamakan lagu paling popular pada minggu berkenaan menerusi jumlah permintaan lagu terbanyak daripada pendengar seluruh negara menerusi rangkaian Radio Televisyen Malaysia. Menerusi program ini juga, RTM menganjurkan pertandingan nyanyian lagu-lagu popular tahunan Pujaan 10 Nescafe[2].
Carta ini dihentikan sejak 1997 setelah RTM mengasingkan fokus antara Radio 1 dan Radio 2, dan sejak itu Carta Radio Muzik / Radio Muzik Top Tune mengambil alih sebagai carta lagu popular Malaysia.
Lagu Hits No. 1 di Pujaan 10
[sunting | sunting sumber]