Caspian X
Caspian X, Raja Narnia, Penguasa Cair Paravel dan Maharaja Kepulauan Lone, atau disebut Caspian si Pengembara atau Caspian Sang Pelaut (2290 - 2356 tahun Narnia), dijaga oleh bapa saudara baginda yang bernama Miraz dan isterinya yang berambut merah Prunaprismia. Dari kecil, mentornya iaitu Cornelius (kacukan orang Kerdil dan manusia) menceritakan sejarah Narnia lama yang telah lama hilang setelah bangsa Telmar yang dipimpin Caspian si Penakluk menjajah Narnia. Ketika penaklukan Caspian I, semua haiwan yang boleh berkata-kata dibisukan dan para Naiad serta dryad diusir, sehingga tercipta Narnia baru yang sangat berbeza daripada Narnia Lama (negeri Aslan) walaupun mereka tidak pernah menemui satu warga Narnia lama pun. Akhirnya, dengan kudanya, Destrier, baginda pergi menemui Keempat-empat Raja dan Permaisuri Agung dari Narnia Lama iaitu Peter, Susan, Edmund dan Lucy dan membangkitkan kembali Narnia lama dan memulangkan Warga Telmar ke pulau aslinya di kepulauan Pasifik. Ia diberi nama gelaran sebagai Caspian Sang Pelaut. Putera baginda bernama Putera Rilian menjadi watak utama dalam "The Silver Chair".
Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis Dunia Narnia | |||
Peter | Susan | Edmund | Lucy | Eustace | Jill | Digory Kirke | Polly | Caspian | Aslan | Reepicheep | Shasta | Aravis | Bree | Shift | Tash | Tisroc | Tumnus | Penyihir Putih | Puddleglum | |||
Watak | Makhluk | Tempat |