Pergi ke kandungan

China Airlines Penerbangan 611

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
China Airlines Penerbangan 611
B-18255 (China Airlines Penerbangan 611)
Kejadian
Tarikh25 Mei 2002
RingkasanKecuaian penjagaan, mengakibatkan letupan penyahmampatan di udara akibat keletihan logam.
Tapak kejadianSelat Taiwan
Jenis pesawatBoeing 747-200B
PengendaliChina Airlines
Kod pendaftaranB-18225
Penumpang206
Anak kapal19
Kematian225
Terselamat0

China Airlines Penerbangan 611 merupakan sebuah penerbangan yang berlepas melalui laluan Taoyuan menuju ke Hong Kong yang terhempas dalam salah satu penerbangannya pada tanggal 25 Mei 2002.Pesawat ini dikendalikan oleh Kapten Ching-Fong Yi dibantu oleh pegawai pertama Yea Shyong Shieh, dan jurutera penerbangan (Flight Engineer) Sen Kuo Chao.

Selepas 20 minit dalam penerbangan, pesawat tiba-tiba terputus hubungan dari radar, pesawat jatuh di Pulau Penghu di Selat Taiwan. Akhirnya diketahui bahawa pesawat itu jatuh dari ketinggian 35000 kaki sehingga meengorbankan semua penumpangnya yang berjumlah 206 penumpang dan 19 anak. Dari 206 penumpang, 190 penumpang adalah warganegara Taiwan, 1 Singapura, 9 Republik Rakyat China, 5 Hong Kong, dan 1 Switzerland.

Pesawat ini sepatutnya tiba pukul 16:25 masa setempat.

Kronologi peristiwa

[sunting | sunting sumber]
  • 15:07: Penerbangan 611 lepas landas dari lapangan Taoyuan, Taiwan.
  • 15:16: Menara Kawalan Taipei memberikan perintah kepada pesawat untuk terbang di ketinggian 35000 kaki. Ini ialah komunikasi terakhir antara menara kawalan dan kokpit pesawat.
  • 15:28: Pesawat hilang dari skrin monitor radar.
  • 18:00: Serpihan pesawat ditemukan di permukaan laut 23 batu bahagian utara Makung.

Faktor punca

[sunting | sunting sumber]

Hasil siasatan Dewan Keselamatan Penerbangan Eksekutif Yuan Republik China di Taiwan sebagai berikut:

  • Pada tahun 1980, pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong. Masa itu, pendaratan keras mengakibatkan bahagian ekor pesawat mengalami kerosakan.
  • Selepas kerosakan tadi, pembaikan hanya dilakukan seadanya. China Airlines tidak melakukan pembaikan menurut Arahan Pembaikan Struktur (SRM) dari syarikat Boeing.
  • Pembaikan seadanya ini menyebabkan kegagalan fatik logam yang makin lama makin melemahkan kuasa struktur badan pesawat.
  • Kegagalan ini menyebabkan badan pesawat retak sepanjang 180 cm dan memusnahkan struktur pesawat di udara sehingga pesawat jatuh dari ketinggian 35000 kaki ke permukaan laut dekat Kepulauan Pescadores.

Fakta lain

[sunting | sunting sumber]
  • Pesawat CAL yang jatuh tersebut (Boeing 747-200B, nombor pendaftaran B-18255, sebelumnya B-1866) merupakan pesawat Boeing 747-200 terakhir (dengan konfigurasi penumpang, China Airlines juga mempunyai 4 Boeing 747-200 kargo)yang dimiliki China Airlines. Pesawat ini telah dijual kepada Orient Thai Airlines seharga 1,45 bilion dolar AS. Penerbangan 611 ialah penerbangan terakhir pesawat tersebut sebelum diserahkan kepada Orient Thai (selepas penerbangan kembali dari Hong Kong). Kontrak penjualan tersebut dibatalkan selepas kemalangan.
  • 4 pesawat Boeing 747-200 kargo China Airlines di-grounded (dilarang terbang) selepas kemalangan untuk menjalani pemeriksaan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam Republik China di Taiwan. Beberapa hari kemudian, kerana tidak terdapat kerosakan pada pesawat-pesawat tersebut, China Airlines menerbangkan kembali pesawat tersebut.

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]