Pergi ke kandungan

Chow Kit (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chow Kit
Poster keluaran tayangan
PengarahRosihan Zain
Brandon Lee
PenulisShahazril Hamzah
Eenaz Mokhtar
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
DibintangiBeto Kusyairy
Dira Abu Zahar
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Lightbulb Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 3 Mei 2012 (2012-05-03) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.45 juta

Chow Kit[1] merupakan sebuah filem aksi Malaysia tahun 2012 yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee terbitan Grand Brilliance, ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Airis Yasmin, Lana Nordin dan Namron, filem yang ditayangkan pada 3 Mei 2012 ini berdasarkan daripada kisah benar tentang sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit.[2] Filem ini mempunyai dua cerita yang berbeza tetapi latar belakang yang sama, treler rasmi filem ini telah dimuatnaik oleh Grand Brilliance di akaun YouTube rasmi mereka pada 2 Mac 2012.[3]

Cerita 1

Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Mereka ialah Ajik, Tika, Achat dan adiknya Haidar. Ibu Ajik dan Tika merupakan pelacur manakala Osman, bapa Achat seorang penagih dadah yang tinggal di bawah jambatan.

Mereka meluangkan masa dengan melepak seharian dan juga mengambil kerja seperti pengemis serta menjual jamu untuk mendapatkan wang saku. Namun, Tika dirogol oleh Mat Pyus, seorang penyangak dan dimasukkan ke dalam hospital. Dia mengujar kawan-kawannya untuk mencari dan menghadapi perogolnya.

Pada suatu hari mereka terserempak dengan Mat Pyus dan mengejarnya bersenjatakan kayu bersama kanak-kanak Chow Kit yang lain. Mereka berjaya mengepungnya lantas membelasah dan menikamnya. Mat Pyus ditembak mati oleh seseorang gangster yang menyaksikan kejadian tersebut.

Cerita 2

Ah Kuan dibebaskan dari penjara Thailand selepas 3 tahun dan dijemput oleh Dorai untuk bekerja dengan majikannya. Ah Kuan menyaksian kejadian ragut dan meninggalkan Dorai lalu mengejar pelaku tersebut. Namun, Ah Kuan dan Mojo, peragut tersebut merupakan rakan lama dan duduk bertanya khabar. Ibu Mojo telah jatuh sakit dan menyebabkan Mojo melakukan perkara sedemikian.

Salina, mangsa ragut tersebut pulang ke rumah di mana ibunya merupakan seorang penagih dadah. Sementara itu, Chong cuba meyakinkan ibu Aileen untuk menjual anaknya untuk RM5 ribu namun diminta untuk menunggu sehingga hari jadinya. Aileen dan Salina tinggal dalam bangunan yang sama. Salina bekas pelacur tetapi kini seorang tukang urut. Aileen pula ditawarkan untuk menjadi seorang model untuk bayaran yang sama.

Ah Kuan membawa Mojo berjumpa dengan David seorang ketua gangster yang merupakan bekas kuncunya. Ah Kuan ingin menuntut kembali duitnya yang dihutang ketika dia ahli kongsi dan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan dunia gelap tersebut. Tommy bersetuju dengan syarat Ah Kuan melaksanakan tugasan terakhir untuk menghantar barangan kepada geng Pantai Timur.

Ketua geng Pantai Timur iaitu Che' Wan marah kerana David telah melanggar perjanjian pergerakan barangan di Chow Kit. Kotak penghantaran tersebut rupanya mengandungi kepala adik Che' Wan. Ini menyebabkan Mojo dan Ah Kuan dibelasah tetapi dilepaskan setelah membuktikan ketidaksalahan mereka. Che' Wan bekerjasama dengan mereka untuk menjatuhkan David. Setelah mengalahkan David, Che' Wah memberikan mereka masa dua hari untuk mengambil semula barangannya di sempadan.

Sementara itu, Chong memperkosa Aileen kerana ibunya telah memungkiri janji. Salina yang menyaksikan kejadian itu menggoda anak buah Chong untuk mengelakkannya mengapa-apakan Aileen. Ah Kuan menyelamatkan Aileen yang hampir dilanggar kereta. Rupanya Ah Kuan telah menyelamatkan Aileen ketika mereka muda dahulu. Aileen mengikuti mereka ke sempadan dan kerja mereka beres tanpa masalah. Dia meninggalkan kereta untuk pergi memfilemkan iklan. Namun, masalah timbul di tempat penghantaran yang terletak di Chow Kit apabila David muncul dengan kuncu-kuncunya. Sesi tembak-menembak menyebabkan kematian David serta pemberkasan Mojo dan Kuan.

Cerita 1

  • Muhamad Izzam Izzudin sebagai Achat
  • Muhamad Izzam Syafiq[4] sebagai Ajik
  • Muzhaffar Shah Shahrul Asran sebagai Haidar
  • Nur Nadzirah Rosi sebagai Tika
  • Airis Yasmin sebagai Kina, ibu Ajik
  • Lana Nordin sebagai Siah, Ibu Tika
  • Namron sebagai Osman
  • Saiful Ghaz sebagai Mat Pyus
  • Ropie Cecupak sebagai Mat Sani
  • Yasmin Hani sebagai Kak Jamu
  • Hairie Othman sebagai Zizan

Cerita 2

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Chow Kit ditayangkan pada 3 Mei 2012 di 60 pawagam di seluruh negara. Ia merupakan kegagalan komersial, hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM45 ribu semasa tayangannya.

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[6] Penyuntingan Terbaik Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Lana Nordin Tercalon
Kostum/Busana Terbaik Mohammad Afizal Mohamed Aris Tercalon
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Muhammad Izzam Shafiq Tercalon
Nadzirah Rosi Tercalon
Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Beto Kusyairy Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Lana Nordin Tercalon
  1. ^ "Jom tengok filem Chow Kit". Utusan Malaysia. 6 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-11. Dicapai pada 2012-05-07.
  2. ^ "Cerita Kehidupan Chow Kit Difilemkan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2017-02-08.
  3. ^ "Chow Kit Official Trailer (3 Mei 2012)". YouTube. Dicapai pada 2017-02-08.
  4. ^ Budiey (28 April 2012). "Filem CHOW KIT Lahir Bintang Baru Mohamad Izzam Syafiq". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2012-05-07.
  5. ^ "Chow Kit di mata Keto". Kosmo!. 28 April 2012. Dicapai pada 2012-05-07.
  6. ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2013/03/wakil-malaysia-di-aiffa-2013.html

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]