Pergi ke kandungan

Fakhri Yassin Mahiaddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fakhri Yassin Mahiaddin

فخري يسٓ ماهيا الدين
Kelahiran
Fakhri Yassin bin Mahiaddin

(1975-11-15) 15 November 1975 (umur 48)
Pusat pendidikanQueen Mary University of London (United Kingdom)
Terkenal keranaPengerusi Eksekutif
Thriven Global Berhad
PasanganDatin Fara Ikma
Abdul Rahim
Anak-anak4
IbuPuan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman
BapaTan Sri Dato' Dr. Haji Muhyiddin Yassin
KeluargaNajwa Mahiaddin (adik)
Laman web rasmihttps://www.thriven.com.my/

Datuk Fakhri Yassin bin Mahiaddin adalah merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad, sebuah syarikat pemaju perumahan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.[1] Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif, Bukan Bebas di EDEN Incorporated Berhad, milik keluarga mertua beliau, Tan Sri Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Fadzilah Md Ariff.[2][3]

Beliau merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan mempunyai 3 orang adik, iaitu Datin Sri Nabilah Mahiaddin, penyanyi, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin.

Datin Fara Ikma Tan Sri Abdul Rahim adalah isteri beliau dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak.[4]

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Selain daripada pernah menganggotai Lembaga Pengarah EDEN, beliau juga adalah Pengarah kepada Ketapang Holdings Sdn Bhd.[5]

Masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Antara pertubuhan bukan kerajaan yang beliau sertai termasuklah Yayasan Nurul Yaqeen[6] dan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin[7] yang banyak membantu masyarakat dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

Senarai anugerah yang diterima[8]