Pergi ke kandungan

Gunung Gua Rimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Gua Rimau
Titik tertinggi
Ketinggian889[1] m (2,917 ka)
Geografi
LokasiFelda Ulu Dengar, Daerah Kluang, Johor, Semenanjung Malaysia
Pendakian
Laluan paling mudahGunung Belumut

Gunung Gua Rimau merupakan sebuah gunung yang terletak di Daerah Kluang, Johor, Malaysia. [2] Kedudukannya berada di selatan Gunung Belumut. Sebenarnya tidak ada jalan lain untuk sampai ke puncak Gunung Gua Rimau kecuali dengan mendaki Gunung Belumut dan bermalam di puncaknya sebelum meneruskan perjalanan pada hari seterusnya. Lembah Ulu Sungai Kahang juga dapat dilihat dengan jelas dari sini.Keadaan puncak agak luas dan lapang dan dikelilingi pokok-pokok renik. Pokok paku dipteris conjungata mendominasi keseluruhan puncak.

Selain itu cerita mengenai kewujudan sekumpulan harimau yang mendiami sebuah gua di lereng gunung itu menakutkan ramai pendaki. Dari situ jugalah datangnya nama Gunung Gua Rimau. Gunung Gua Rimau ini terletak di Felda Ulu Dengar. Kedudukan gunung ini terletak antara Gunung Belumut dengan Gunung Chemendong. Tiada 'checkpoint' khas ketika anda mendaki gunung ini. Hanya ada satu kawasan berbatu yang menjadi tempat untuk bergambar kerana pemandangan yang sangat cantik di situ. Lebih kurang 5 ke 10 minit sebelum sampai ke puncak. Di gunung ini terdapat kamera yang dipasang oleh pihak perhilitan untuk mengesan keberadaan binatang buas. Gunung Gua Rimau mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.

Pada 9 September 2018, seorang pendaki ekspedisi iaitu Muhamad Nizam Ahmad Ansar pernah sesat ketika menuruni gunung bersama 35 orang rakannya.[3]

  1. ^ Pengalaman mendaki Gunung Gua Rimau
  2. ^ "Ekspedisi ‘sondol’ gunung Sumalayang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07. C1 control character in |title= at position 11 (bantuan)
  3. ^ Pendaki sesat di Gunung Gua Rimau