Hawker Hotspur
Hotspur | |
---|---|
Hawker Hotspur | |
Peranan | Pejuang |
Pengeluar | Hawker |
Pereka | Sydney Camm |
Penerbangan sulung | 14 Jun 1938 |
Pengguna utama | Royal Air Force |
Jumlah dibina | 1 |
Dibangunkan daripada | Hawker Henley |
Hawker Hotspur ialah pesawat Hawker Henley yang direka bentuk semula untuk menempatkan empat turet separa berkuasa Boulton-Paul . Ia direka bentuk sebagai tindak balas kepada Spesifikasi Kementerian Udara F.9/35, yang memerlukan turet berkuasa sebagai persenjataan utama untuk menggantikan pesawat Hawker Demon . [1] [2]
Reka bentuk dan pembangunan
[sunting | sunting sumber]Hotspur menggunakan panel sayap luar Hawker Hurricane standard dengan gaya yang sama seperti pesawat Henley. Satu prototaip pesawat dengan kod K8309 telah dibina pada tahun 1937. Ia dilengkapi dengan empat persenjataan Senapang mesin Browning (7.7 mm) di belakang turet Boulton Paul serta ditambah dengan satu Mesingan Vickers (7.7 mm) yang dipasang pada fiuslaj hadapan. [3] Penyiapan prototaip itu ditangguhkan sehingga tahun 1938, pada masa itu saingan Boulton Paul Defiant telah pun diterbangkan. Hotspur pertama kali terbang pada 14 Jun 1938 dengan hanya mock-up kayu turet dan dengan balast yang setara dengan berat persenjataan.
Pengujian dan penilaian
[sunting | sunting sumber]Memandangkan syarikat Hawker komited kepada pengeluaran pesawat Hurricanes dan Gloster berbanding pengeluaran pesawat Henley, kapasiti pengeluar telah menjadi tidak mencukupi untuk memperkenalkan pesawat jenis lain, oleh demikian pengeluarannya telah dihentikan. [4] Turret mock-up telah dikeluarkan dan fairing kokpit dipasang. Pengeluaran yang dirancang oleh Avro kepada Spesifikasi 17/36 telah dihentikan dan prototaip yang mempunyai kurang turet digunakan di RAE Farnborough bagi menguji kepak dan konfigurasi brek sehingga tahun 1942.
Data dari Hawker Aircraft since 1920[5]
Ciri-ciri umum
- Krew: Two (pilot & gunner)
- Panjang: 32 ka 10.5 in (10.02 m)
- Rentang sayap: 40 ka 6 in (12.34 m)
- Tinggi: 13 ka 10 in (4.22 m)
- Luas sayap: 342 ka2 (31.8 m2) [6]
- Berat kosong: 5,800 lb (2,630 kg)
- Berat berlepas maks: 7,650 lb (3,470 kg)
- Janakuasa: 1 × Rolls-Royce Merlin II hp V-12 inline piston engine, 1,030 hp (768 kW)
Prestasi
- Halaju maksimum: 316 mph (510 km/j, 275 kn)
- Had khidmat: 28,000 ka (8,500 m)
Persenjataan
- Meriam:
- 4 × .303 in (7.7 mm) Mesingan Browning machine guns pada turet Boulton-Paul
- 1 × .303 in (7.7 mm) Vickers machine gun pada muncung
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Hawker Hotspur – Pesawat British Perang Dunia II