Islam di Finland
Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Islam di Finland telah diperkenalkan oleh kaum Tatar Baltic pada akhir abad ke-19, dan sekarang termasuk pendatang Muslim. Pada 1999, ada kira-kiranya 20,000 Muslim di Finland. Kaum Tatar Baltic adalah kumpulan Muslim pertama yang menetap di Finland.
Kaum Tatar Baltic tiba di Finland sebagai pedagang petani pada akhir abad ke-19. Mereka kemudian diikuti oleh ahli-ahli keluarga lain, menjadi teratur dan berjaya dalam dunia perniagaan.
Pertubuhan Islam Finland (Suomen Islam-seurakunta) telah ditubuhkan pada 1925. Masyarakat ini hanyalah untuk kaum Tatar. Misalnya, mereka ada kubur mereka sendiri di mana mereka tidak membenarkan sesiapa pun yang Muslim bukan-Tatar untuk dikebumikan.
Persatuan Islam Finland (Suomen Islamilainen Yhdyskunta) telah ditubuhkan pada 1987, Khodr Chehab adalah imamnya. Pertubuhan ini membenarkan semua Muslim untuk memasuki menyertainya.
Ada beberapa Masjid di daerah Helsinki. Antaranya ialah:
- Rabita Mosque (www.rabita.fi)
- Masjid Al-Iman, Munkkiniemi
- Pasila Mosque
- Pakistani Mosque
- Turkish Mosque
Muslim di kalangan kaum-kaum lain di Finland
[sunting | sunting sumber]Sumber:- http://www.worldchristiandatabase.org
- Somali (15,267)
- Arab, Iraq (2,599)
- Kurdistan (2,560)
- Farsi (1,658)
- Turki - Tatar (1,357)
- Kosova (784)
- Pakistan (400?)
- Thailand (16)
- Lainnya (522)