Pergi ke kandungan

Jambulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jambulang
Jambu arang
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. cumini
Nama binomial
Syzygium cumini
(L.) Skeels.
Sinonim[1][2][3][4]
  • Eugenia cumini (L.) Druce
  • Eugenia jambolana Lam.
  • Myrtus cumini L. (1753)
  • Syzygium jambolana Miq.
  • Syzygium jambolanum DC.
  • S. malaccense (L.) Merr. & Perry.
Biji Jambulan

Jambulan (atau jambulang), jambu arang, kerian atau nama saintifiknya Syzygium cumini ialah spesies tumbuhan dari keluarga Myrtaceae.[5] Pokok buah ini berasal dari kawasan sekitar subbenua India dan barat rantau Indochina Asia Tenggara merangkumi Myanmar, Sri Lanka dan kepulauan Andaman;[6][7] ia tersebar luas baik ditanam mahupun hidup meliar di kawasan-kawasan tropika dan subtropika kepulauan Nusantara, Hong Kong sampai ke Australia dan kepulauan Pasifik.[8][4]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Penamaan buah ini boleh dibahagikan kepada empat jenis:[9]

Pokok jambu ini malar hijau berbatang kukuh dan berkayu dengan diameter 10-30 m, batangnya berwarna putih kotor.[3]

Daun-daunnya terletak berhadapan dengan bertangkai 1-3.5 sm. Setiap helai berbentuk bujur lonjong bertepi rata dengan panjang 5-25 sm dan lebar 2–10 sm. Daun-daun muda yang berwarna merah jambu mematang berwarna hijau tua berkilat di sebelah atas dan sedikit lutcahaya. Daun-daun disebut boleh menghasilkan bau seakan turpentin apabila diramas.[3]

Bunga jambulan menjambak kecil di hujung ranting berwarna putih kelabu atau merah jambu mengeluarkan bau wangi.[5]

Buahnya pula berupa jenis beri dengan permukaan licin menggilap seakan anggur (bahkan juga menggugus banyak seperti anggur) dengan ukuran 1-5 sm panjang;[5][3] ia mula-mula berwarna hijau sebelum masak berwarna ungu tua kemudiannya hitam.[5] Isinya putih ataupun ungu kemerah-merahan atau kelabu kekuningan[5] kaya pulpa dengan rasa masam-masam kelat ke masam manis. Ada buah yang mampu mengeluarkan biji ada yang tidak, biji ini berbentuk lonjong, sampai 3.5 cm.[10][11]

Buah jambulang biasa dimakan segar dalam kalangan masyarakat-masyarakat di India dan Filipina serta juga beberapa daerah di Indonesia di mana ia disajikan terlembut dengan dibubuh sedikit garam atau kadang-kadang juga gula.[10] Buah-buah ini turut boleh diproseskan sebagai jus, jem, sirap dan jeli.[6]

Ada perusahaan di Filipina yang menghasilkan arak wain dari buah ini secara komersil.[10]

Dalam perubatan

[sunting | sunting sumber]

Kulit batang, daun, buah dan bijinya acapkali digunakan sebagai bahan ubat tradisional mahupun modern merawat kencing manis, cirit-birit (seperti di Dataran Tinggi Gayo yang menyebut nunang[12]) dan beberapa penyakit lain.

Perawat tradisional di Amerika Selatan membancuh jamblang bersama ceremai belanda untuk mengurangkan sakit kersakan jantung dan hati penderita kanser yang mendapat kemoterapi doksorubisin.[2] Jamblang dan Eugenia caryophyllata mengandung senyawa yang dapat mengaktifkan enzim S-transferase di hati. Pada percobaan, enzim tersebut dapat menurunkan kejadian kanker lambung hingga 80%. Sebahagian penduduk Asia Tenggara menggunakan akar jamblang untuk mengubat epilepsi.[2]

Tujuan lain

[sunting | sunting sumber]

Kayunya dapat digunakan sebagai bahan bangunan namun kurang diterima; ia cukup kuat, tahan air dan serangan serangga namun agak sukar dikerjakan dan agak mudah pecah. Kayu ini sering digunakan sebagai bahan bakar.

Kulit kayunya menghasilkan zat penyamak (tanin) dan dimanfaatkan untuk mewarnakan jala. Kepingan kecil pepagan ini juga kadang-kadang dibubuhkan untuk menghambat keasaman tuak.

Daunnya kerap digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

  1. ^ Botanic Gardens Conservation International (BGCI) & IUCN SSC Global Tree Specialist Group (2019). "Syzygium cumini". IUCN Red List of Threatened Species. 2019: e.T49487196A145821979. Retrieved 27 October 2020.
  2. ^ a b c Setiawan Dalimartha (2003). 3. Jakarta: Puspa Swara. m/s. 19–23. ISBN 979-3235-73-X.
  3. ^ a b c d "Eugenia cumini Merr" (PDF). Departemen Kesehatan. 14 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Disember 2008. Dicapai pada 9 Mei 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b "Syzygium cumini (L.) Skeels". Prohati. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 9 Mei 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 18, 57–59. ISBN 967-61-1560-6.
  6. ^ a b Julia F Morton (1987). "Jambolan, Syzygium cumini Skeels". In: Fruits of Warm Climates, p. 375–378; NewCROP, New Crop Resource Online Program, Center for New Crops and Plant Products, Purdue University. Dicapai pada 3 July 2020.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama WCSP
  8. ^ "Syzygium cumini". Pacific Island Ecosystems at Risk. 30 Disember 2011.
  9. ^ Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 3. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 1518.
  10. ^ a b c Verheij, E.W.M. dan R.E. Coronel (eds.). 1997. Sumber Daya Nabati Asia Tenggara 2: Buah-buahan yang dapat dimakan. PROSEA – Gramedia. Jakarta. ISBN 979-511-672-2. Hal. 380-382.
  11. ^ Steenis, CGGJ van. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 327.
  12. ^ Hidayat, Syamsul (2005). Ramuan Tradisional ala 12 Etnis Indonesia. hal. 71. Jakarta:Penebar Swadaya. ISBN 979-489-944-5.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]