Julai 2010
Penampilan
Julai 2010 ialah bulan ketujuh untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Khamis dan berakhir selepas 31 hari pada hari Sabtu.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 Julai - Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
- 29 Julai - Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- 28 Julai - Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat dalam bencana udara terdahsyat dalam sejarah Pakistan.
- 26 Julai - Kang Kek Iew (gambar) dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- 25 Julai - Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- 19 Julai - Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
- 17 Julai - Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong, Vietnam, selepas membinasakan Filipina, meninggalkan 74 orang maut.
- 15 Julai - Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- 15 Julai - BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon (gambar).
- 12 Julai - Switzerland menolak permintaan ekstradisi A.S. terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977 .
- 11 Julai - Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.
- 11 Julai - Piala Dunia FIFA (gambar bola) berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya.
- 10 Julai - Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.
- 9 Julai - Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencderakan 120 lagi.
- 7 Julai - Bekas diktator Panama Manuel Noriega dihukum tujuh tahun penjara kerana melabur wang haram di Perancis.
- 6 Julai - Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 bermula.
- 4 Julai - Pemangku Presiden Poland Bronisław Komorowski (gambar) memenangi pilihan raya khas presiden, menewaskan Jarosław Kaczyński dalam pusingan kedua.
- 4 Julai - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
- 3 Julai - Lebih 230 orang terbunuh dan 196 lagi cedera dalam satu letupan sebuah lori minyak yang terbalik di Republik Demokratik Congo.
- 1 Julai - Senegal berkabung 3 hari sempena kematian Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké, Marabut Agung Muridiyyah.
- 1 Julai - Pierre Nkurunziza terpilih semula sebagai Presiden Burundi dalam satu pilihan raya presiden.