Pergi ke kandungan

Martellidendron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Martellidendron
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Pandanaceae
Genus: Martellidendron
(Martelli) Callm. & Chassot
Spesies

Lihat teks

Martellidendron ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Pandanaceae, tempatan di Seychelles dan Madagascar.[1] Ia menyerupai palma, namun tidak berkait rapat dengannya. Genus Martellidendron, yang sebelumnya dianggap ceraian bagi genus Pandanus pada 1951 oleh Rodolfo Emilio Giuseppe Pichi-Sermolli,[2] kemudian menjadi subgenus pada 1974.[3] Ia akhirnya diasing keluar pada 2003 atas dasar kajian filogenetik menggunakan butir penjujukan DNA kloroplas.[1]

Nama genus Martellidendron adalah sempena Ugolino Martelli (1860–1934), yang merupakan seorang ahli botani, biologi dan mikologi Itali,[4] ditambah kata Yunani dendron untuk "pokok".

Genus ini diterap lilit oleh Martin Wilhelm Callmander dan Philippe Chassot dalam Taxon jil.52 (Isu 4) di halaman 755-762 pada 2003.[5]

Morfologi

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan Martellidendron berumah dua, yang mana bunga jantan dan betinanya ada di pokok berasingan. Bunga jantannya ada banyak sulur bunga (sebanyak 100[1]), dan tumbuh dalam perbungaan yang terdiri daripada bulir dikelilingi oleh sari salut.[1] Setelah bunga betinanya matang, ia bercantum menjadi buah majmuk yang bujur atau sfera.[1] Buah tunggalnya pepauh dengan dua kebuk.[1]

Martellidendron mengandungi enam spesies;[1][5]

  1. ^ a b c d e f g Callmander, M.W.; Chassot, P.; Küpfer, P.; Lowry, P.P. (2003). "Recognition of Martellidendron, a new genus of Pandanaceae, and its biogeographic implications". Taxon. 52 (4): 747–762. doi:10.2307/3647349. JSTOR 3647349.
  2. ^ "Pandanus sect. Martellidendron | International Plant Names Index". www.ipni.org. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  3. ^ "Pandanus subgen. Martellidendron | International Plant Names Index". www.ipni.org. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  4. ^ Burkhardt, Lotte (2022). Eine Enzyklopädie zu eponymischen Pflanzennamen [Encyclopedia of eponymic plant names] (pdf) (dalam bahasa German). Berlin: Botanic Garden and Botanical Museum, Freie Universität Berlin. doi:10.3372/epolist2022. ISBN 978-3-946292-41-8. Dicapai pada Januari 27, 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b "Martellidendron (Pic.Serm.) Callm. & Chassot | Plants of the World Online | Kew Science". Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Julai 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]