Pangkalan Halban
Penampilan
Pangkalan Halban kini tidak berpenghuni lagi. Ia terletak di pertemuan Sungai Kinta dengan Sungai Perak. Di sebelahnya ialah Pulau Indera Sakti. Pangkalan ialah jeti atau tambatan. Halban ialah sejenis pokok keras dan sangat sesuai digunakan untuk membuat rebana.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah. Sejarawan Andaya menyatakan pada 22 oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban . Kepentingan tempat ini ada diceritakan dalam Misa Melayu.