Pergi ke kandungan

Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines
LAM Mozambique Airlines Embraer 190, serupa dengan pesawat yang kemalangan
Accident
Tarikh29 November 2013
RingkasanDalam siasatan
Tapak kejadianTaman Negara Bwabwata, Namibia
Pesawat
Jenis pesawatEmbraer 190
Nama pesawatChaimite (EN)
PengendaliPenerbangan LAM Mozambique
Kod pendaftaranC9-EMC
Asal penerbanganLapangan Terbang Maputo, Maputo, Mozambique
DestinasiLapangan Terbang Quatro de Fevereiro, Luanda, Angola
Penumpang27
Anak kapal6
Kematian33 (semua)
Terselamat0
Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines yang terletak di Afrika
MPM
MPM
LAD
LAD
Tapak kemalangan
Tapak kemalangan
Lokasi lapangan udara berlepas (MPM) dan tujuan (LAD), dan lokasi kemalangan

Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines merupakan penerbangan berjadual penerbangan penumpang Syarikat Penerbangan LAM Mozambique dari Lapangan Terbang Maputo, Mozambique yang terhempas pada 29 November 2013 di Taman Negara Bwabwata (EN) di Namibia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Quatro de Fevereiro, Angola. Kapal terbang itu berlepas pada masanya tetapi gagal tiba di tujuannya.[1] Bangkai pesawat tersebut dijumpai pada hari berikutnya pada 30 November 2013 di Taman Negara Bwabwata di utara Namibia, separuh jalan antara lapangan terbang berlepas dan ketibaannya. Kesemua 33 orang termasuk 6 anak kapal yang menaikinya terbunuh. Cuaca dikatakan buruk pada masa kejadian dengan hujan lebat di kawasan laluan penerbangan.[2][3] Ia merupakan kemalangan maut pertama bagi syarikat penerbangan ini sejak 1970,[4][5] dan paling ramai terbunuh bagi Mozambique sejak pesawat presiden Mozambique, Tupolev Tu-134A-3 yang membawa Presiden Samora Machel terhempas pada tahun 1986.[6]

Pesawat yang terbabit dalam kemalangan adalah Embraer E190 dengan nombor siri pengilangan 581, didaftar sebagai C9-EMC dan dinamakan "Chaimite".[7] Dibina pada Oktober 2012, ia dihantar pada Syarikat penerbangan LAM Mozambique pada November 2012 dan sejak itu telah mengumpul 2905 jam penerbangan dalam 1877 kitaran penerbangan. Ia menggunakan dua enjin General Electric CF34-10E.[7]

Kapal terbang tersebut sedang terbang pada ketinggian 38,000 kaki (12,000 m) di ruang udara Botswana apabila ia mula kehilangan altitud secara mengejut.[1][8] Pesawat menjunam dengan pantas pada kadar sekitar 100 feet per saat (30 m/s) dan telah dijejak pada radar.[8] Jejak pesawat hilang dari skrin pada ketinggian 3,000 kaki (910 m) dari aras laut.[8] Hubungan terakhir dengan pusat kawalan udara dilakukan pada 13:30 masa tempatan di utara Namibia semasa hujan lebat.[9]

Menurut Syarikat penerbangan LAM Mozambique, terdapat jumlah keseluruhan 33 di atas pesawat (27 penumpang dan 6 anak kapal.)[10] Menurut Timbalan Komisioner Pasukan Polis Namibia Willy Bampton, tidak seorangpun yang terselamat dan "pesawat terbakar hangus menjadi abu."[11]

  1. ^ a b "Crash: LAM E190 over Namibia on 29 November 2013, aircraft found crashed". Avherald.com. Dicapai pada 1 December 2013.
  2. ^ "BBC News – Mozambique plane missing with 33 on board". BBC News. 29 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2013.
  3. ^ "Mozambique passenger plane missing: airline". AlJazeera. 29 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2013.
  4. ^ "Accident record for LAM Mozambique Airlines". Aviation Safety Network. Dicapai pada 30 November 2013.
  5. ^ "Accident record for DETA Mozambique Airlines". Aviation Safety Network. Dicapai pada 30 November 2013.
  6. ^ Missing Mozambican plane wreck found in Namibia, all 33 on board dead, AFP (via The Daily Telegraph), 30 November 2013.
  7. ^ a b "C9-EMC LAM – Linhas Aéreas de Moçambique Embraer ERJ-190AR (ERJ-190-100 IGW) – cn 19000581". Planespotters.net. Dicapai pada 30 November 2013.
  8. ^ a b c "Deaths reported in air crash near Namibian-Angolan border". CNN. 30 November 2013. Dicapai pada 30 November 2013.
  9. ^ "Missing Mozambique plane wreck found in Namibia, 33 dead". AFP. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 30 November 2013.
  10. ^ "About the flight TM 470 Maputo – Luanda" (Siaran akhbar). LAM Mozambique Airlines. 30 November 2013. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan).
  11. ^ "Mozambique Airlines plane crashes in Namibia, killing 33". Reuters. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 30 November 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]