Portal:Hal semasa di Amerika/2010
Penampilan
2010
[sunting sumber]- 23 Disember - Bekas Presiden Argentina Jorge Rafael Videla dihukum penjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah jenayah terhadap manusia.
- 28 November - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
- 2 November - Pilihan raya separuh penggal Dewan Perwakilan dan Senat diadakan di Amerika Syarikat.
- 31 Oktober - Dilma Rousseff (gambar) memenangi pilihan raya dan bakal menjadi presiden wanita pertama Brazil.
- 27 Oktober - Setiausaha Agung UNASUR dan bekas Presiden Argentina, Néstor Kirchner meninggal pada usia 60 tahun.
- 24 Oktober - Perdana Menteri Barbados David Thompson meninggal dunia dan digantikan oleh Freundel Stuart.
- 13 Oktober - Kesemua 33 pelombong yang terperangkap selama 10 minggu di lombong di Copiapó, Chile, diselamatkan.
- 5 Oktober - Faisal Shahzad dihukum penjara seumur hidup kerana cubaan pengeboman kereta di Times Square, bandar raya New York, A.S.
- 27 September - Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan Presiden Hugo Chávez (gambar) mengekalkan majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen Venezuela.
- 11 September - Pastor Terry Jones dari gereja Dove World Outreach Center, Amerika Syarikat membatalkan upacara membakar al-Quran setelah mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia.
- 3 September - Hurikan Earl bertemu daratan sebagai hurikan Kategori 1 di Maritimes Kanada, meninggalkan hampir sejuta orang tanpa bekalan elektrik.
- 11 Ogos - Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.
- 25 Julai - Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- 15 Julai - BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon (gambar).
- 12 Julai - Switzerland menolak permintaan ekstradisi A.S. terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977 .
- 10 Julai - Rusuhan Panama 2010 terjadi selepas polis menembak mati seorang penunjuk perasaan di Changuinola, Panama.
- 9 Julai - Rusuhan Oakland 2010 terjadi akibat perbicaraan seorang polis di Oakland, California, A.S.
- 7 Julai - Bekas diktator Panama Manuel Noriega dihukum tujuh tahun penjara kerana melabur wang haram di Perancis.
- 30 Jun - Hurikan Alex (gambar), hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.
- 28 Jun - Senator Amerika Syarikat paling lama berkhidmat, Robert Byrd meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- 26 Jun - Perwakilan G-20 negara industri bersidang di Toronto, Kanada.
- 26 Jun - Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.
- 23 Jun - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan.
- 22 Jun - Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- 30 Mei - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
- 27 Mei - Gunung berapi Pacaya di Guatemala meletus.
- 26 Mei - Lebih 70 orang terbunuh dalam kekacauan di Kingston, Jamaica, apabila kerajaan cuba menahan ketua Shower Posse Christopher Coke.
- 22 Mei - Pendaki gunung A.S. Jordan Romero menjadi pendaki termuda Gunung Everest.
- 14 Mei - {{OV|104]] - (gambar) dilancarkan untuk misi berjadual terakhirnya, menghantar modul Rassvet ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 13 Mei - Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur.
- 9 Mei - Angkatan tentera Amerika Syarikat, British Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- 3 Mei - United Airlines dan Continental bersetuju untuk bergabung, membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia.
- 1 Mei - Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square, New York City.
- 21 April - 11 orang hilang dikhuatiri mati selepas pelantar minyak Deepwater Horizon meletup dan menumpahkan minyak di Teluk Mexico.
- 13 April - Pemimpin lebih 40 negara di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, D.C. bersetuju akan satu rancangan melawan keganasan nuklear.
- 5 April - Space Shuttle Discovery dilancarkan (gambar) dalam misi STS-131 membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 10 Mac - Carlos Slim Helu (gambar) menjadi orang pertama bukan dari A.S. mengungguli senarai jutawan Forbes sejak 1994.
- 7 Mac - The Hurt Locker memenangi enam Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik.
- 28 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir (gambar penutupan) di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
- 27 Februari - Gempa bumi 8.8 Mw melanda persisiran Kawasan Maule di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan tsunami.
- 19 Februari - Serangan kamikaze di Texas membunuh 2 orang.
- 16 Februari - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- 13 Februari - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 12 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 (gambar pembukaan) bermula di Vancouver, Kanada.
- 11 Februari - NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- 8 Februari - Laura Chinchilla (gambar) terpilih sebagai Presiden wanita pertama Costa Rica.
- 26 Januari - Avatar James Cameron menjadi filem dengan perolehan kasar tertinggi, mengatasi rekod Titanic pada 1997.
- 20 Januari - Gegar penghujung kuat berukuran 5.9 Mw melanda Haiti seminggu selepas gempa bumi menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince (gambar) dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- 13 Januari - Gempa bumi 7.0 Mw melanda Haiti, mengorbankan lebih 70,000 orang dan menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince.
- 12 Januari - Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika, disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli, dipamerkan kepada awam.
- 12 Januari - Chile menerima pelawaan untuk menjadi ahli Amerika Selatan pertama Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
- 1 Januari - Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.