Pulau Ubin
Etymology | Pulau Jubin, daripada batuan granit yang menghasilkan jubin |
---|---|
Geography | |
Location | Asia Tenggara |
Coordinates | 1°24′34″N 103°57′36″E / 1.40944°N 103.96000°EKoordinat: 1°24′34″N 103°57′36″E / 1.40944°N 103.96000°E |
Archipelago | Kepulauan Melayu |
Area | 10.19 km2 (3.93 bt2) |
Highest point | Bukit Puaka (75m) |
Administration | |
Kawasan | Kawasan Timur Laut |
Kawasan Perancangan | Pulau-pulau Timur Laut
|
CDC | CDC Timur Laut |
Majlis bandaran | Majlis Bandaran Pantai Timur-Fengshan |
Kawasan undi | GRC Pantai Timur |
Largest Penempatan | Pekan Ubin |
Ahli Parlimen | Maliki Osman |
Demographics | |
Population | 40 (2012)[1] |
Ethnic groups | Cina Singapura Melayu Singapura India Singapura |
Additional information | |
Official website | Pulau Ubin |
Pulau Ubin ialah sebuah pulau yang terletak di timur laut Singapura, di barat Pulau Tekong. Kegiatan kuari batu-batu granit pernah diusahakan oleh beberapa ribu penduduk di pulau ini pada 1960-an, tetapi hanya kira-kira 40 orang penduduk kampung sahaja berbaki kini setakat 2012. Ia menjadi salah satu daripada kawasan desa terakhir yang ada di Singapura, dengan kelimpahan flora dan fauna semula jadi. Pulau ini membentuk bahagian Kawasan Burung Penting Ubin–Khatib, yang dikenal pasti oleh BirdLife Antarabangsa kerana ia menampung sejumlah besar burung pelawat dan burung penginap, yang mana sebahagiannya.[2] Kini, pulau ini diuruskan oleh Lembaga Taman Negara, berbanding 12 buah agensi mengurus kawasan berbeza di pulau ini sebelum ini.[3]
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Pulau Ubin secara harfiah dalam bahasa Melayu merujuk kepada "Pulau Jubin", di mana ia menjelaskan kerja-kerja kuari granit ditinggalkan di sana. Masyarakat Melayu mengenali pulau ini sebagai "Pulau Batu Ubin". Batuan pulau ini digunakan untuk jubin lantai, yang kemudiannya disingkatkan menjadi Ubin.
Pulau ini dikenali sebagai tsioh sua dalam bahasa Hokkien mengikut ejaan Rumi Taiwan, yang bermaksud "bukit batu". Puncak tertingginya ialah Bukit Puaka dengan ketinggian 75 m.[4]
Legenda
[sunting | sunting sumber]Legenda mengatakan bahawa Pulau Ubin terbentuk daripada tiga ekor binatang dari Singapura (katak, babi dan gajah) yang berlawan satu sama lain dan berlumba untuk sampai di pesisir pantai Johor. Binatang yang kalah akan berubah menjadi batu. Ketiganya gagal sampai ke pesisir pantai Johor. Oleh itu, gajah dan babi berubah menjadi Pulau Ubin dan katak menjadi Pulau Sekudu.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pulau Ubin kali pertama muncul di ataspeta dalam sebuah lakaran Pulau Singapura tahun 1828 sebagai Pulo Obin dan dalam peta Franklin dan Jackson sebagai Po. Ubin. Sejak British membuka Singapura moden, pulau tersebut dikenali dengan batuan granitnya. Banyak kerja kuari di pulau ini menawarkan perusahaan pembinaan tempatan. Singkapan granit amat menakjubkan dari laut kerana sisi alur dan bergalurnya menghasilkan alur dan alun pada setiap papa batuan granit. Perkara ini dirakamkan dalam lukisan John Turnbull Thomson tahun 1850 — Grooved stones on Pulo Ubin near Singapore (Melayu: Batuan bergalur di Pulau Ubin berhampiran Singapura ).
Batu granit dari Pulau Ubin digunakan dalam pembinaan Rumah Api Horsburgh. Tongkang digunakan untuk membawa blok batu besar (30 X 20 kaki) dari pulau tersebut ke Pulau Batu Puteh, tapak rumah api tersebut, pada 1850 dan 1851.
Kemudian, batu granit digunakan untuk membina Tambak Johor. Kebanyakan kuari tidak lagi beroperasi kini dan secara perlahan didiami semula oleh vegetasi atau dipenuhi air. Selain kuari, penternakan dan perikanan menjadi pekerjaan penting oleh penghuni pulau di masa lalu. Ia juga digelar Selat Tebrau (tebrau ialah sejenis ikan besar).
Pada 1970-an dengan penutupan kerja kuari granit dan kekurangan pekerjaan, penduduk mula meninggalkan pulau ini.[6]
Penempatan manusia
[sunting | sunting sumber]Pada 1880-an, sejumlah masyarakat Melayu diketuai Endut Senin dari Sungai Kallang yang dikatakan berpindah ke pulau tersebut dan memulakan masyarakat Melayu yang berkembang maju di pulau tersebut.
Banyak bekas kampung di Pulau Ubin dinamakan sempena nama pertama yang meneroka kampung tersebut atau juga sempena namasesuatu di tempat tersebut. Kampung Leman dinamakan sempena nama Leman; Kampung Chek Jawa dinamakan sempena nama seorang Singapura bernama Jawa; dan Kampung Jelutong dari orang Changi dan dari pokok jelutungnya. Semasa 1910-an, pulau ini menempatkan sebilangan ladang kopi yang diusahakan Jerman. Seorang penghuni Jerman yang meninggal dunia pada 1914 telah diperingati di Kuil Gadis Jerman.[7] Semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan Singapura dalam Perang Dunia Kedua, pulau ini telah ditawan dan diduduki oleh tentera Empayar Jepun pada malam 7 February 1942 sebagai serangan pengalih perhatian ke atas Singapura. Beberapa tentera Jepun terbunuh dan tercedera dalam penawanan pulau tersebut oleh beberapa tentera dan warga tempatan yang mengambil bahagian dalamperang. Tentera Jepun menimbukkan kekacauan di pulau tersebut dan membunuh dan mencederakan ramai warga tempatan pulau.
Semasa 1950-an dan 1970-an, terdapat 2,000 orang tinggal di pulau in[8] dan Sekolah Bin Klang telah didirikan pada 1952 disebabkan peningkatan bilangan murid, hasil daripada duit sumbangan penghuni Cina. Sesi pembelajaran sebelumini hanya dijalankan di pentas wayang kampung. Dengan populasi pelajar yang pernah berjumlah 400 orang, kemasukan merosot lebih-lebih lagi pulau besar Singapura sedang dibangunkan. Sekolah ini ditutup pada 1985, dan diruntuhkan pada 2 April 2000. Di sana terdapat juga sebuah sekolah Melayu persendirian sekitar tahun 1956 di Kampung Melayu, yang kemudiannya ditutup pada lewat 1970-an.[9]
Pulau Ubin ditemui sesuai untuk pembinaan beberapa tapak perkhemahan. Pusat Bina Semangat Singapura (OBS) telah ditubuhkan pada 1967 di Pulau Ubin, oleh Dr Goh Keng Swee, sementara Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC) telah membuka tapak perkhemahannya sendiri yang berkeluasan 25 hektar, yang terletak di antara Kampung Bahru dan Kampung Noordin.[10] Kem ini digelar Kem Ketahanan di mana kadet NPCC Menengah 2 dan 3 perlu menginap selama 3 hari 2 malam untuk latihan. Kadet NPCC Menengah 2 pergi ke Kem Latihan Kembara manakala Menengah 3 pergi ke Kem Latihan Mandiri. Ia dibuka secara rasmi pada 10 Ogos 2004.[11]
Pada 3 Jun 2005, pemerintah Singapura memerintahkan bahawa seluruh petani yang memelihara burung-burung di pulau itu untuk dibawa ke pulau besar Singapura dan dipelihara di kawasan yang diluluskan pemerintah dari 17 Jun 2005, disebabkan penularan selesema burung. Sebagai pertukaran, penduduk tempatan ditawarkan pakej perumahan pemerintah HDB, walaupun mereka boleh memilih untuk terus tinggal di pulau itu.
Setakat 2012, hanya 40 orang yang tinggal di pulau ini.[8]
Keadaan kini
[sunting | sunting sumber]Pulau Ubin ialah satu daripada kawasan terakhir di Singapura yang masih terpelihara daripada pembangunan bandar, bangunan konkrit dan jalan bertar. Pada 1990-an, pemerintah meluluskan rancangan penambakan tanah untuk Chek Jawa dan apabila rancangan tersebut dijadikan awam pada 2001, ia telah menimbulkan kritikan awam, malah warga Singapura membuat rayuan kepada pemerintah untuk memelihara kepelbagaian biologi Chek Jawa. Selepas sebuah tinjauan biodiversiti dilakukan oleh sukarelawan pmuliharaan alam pada Disember 2001, ia telah menyebabkan rancangan pemerintah ditangguhkan, dengan Kementerian Pembangunan Negara menyatakan bahawa pulau itu tidak akan dibangunkan jika tiada keperluan untuk sedemikian.[12]
Digariskan dalam pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) 1993, terdapat perancangan untuk membina laluan MRT menyambungkan pulau ini dan Pulau Tekong menuju pulau besar Singapore dan pangsapuri HDB di pulau ini menjelang 2030. Pada 2013, rancangan ini telah dibuang daripada kemas kini baharu pelan induk URA[13] dan pihak penguasa mengumumkan tiada lagi rancangan untuk membangunkan pulau ini.[14]
Rumah kayu kampung dan jeti kayu, penghuni yang tenang, hidupan liar yang kaya dan terpelihara, ladang dan kuari yang ditinggalkan, dan alam yang tidak disentuh menjadikan ia peninggalan terakhir kampung lama Singapura yang dapat dilihat dan wujud sebelum waktu perindustrian moden dan pembangunan bandar berskala besar.
Pekan Ubin
[sunting | sunting sumber]Pekan Ubin ialah satu-satunya penempatan di pulau ini. Terletak berdekatan Jeti Ubin, banyak perusahaan utama di kampung ini ialah untuk menghadapi para pengunjung pulau ini, dengan pelbagai kedai basikal, restoran dan kedai sementara yang tumbuh di tengah-tengah kampung.[15] Sebuah pentas opera Cina, diuruskan oleh tokong kampung juga terletak di pusat kampung ini; ia menjadi satu daripada tiga pentas opera Cina yang masih ada di Singapura. Pelantar ini ialah sebuah ciri bagi tokong Cina Selatan, di mana opera Cina dan persembahan Getai boleh diadakan semasa perayaan penting untuk mempersembahkan kepada dewata tokong.[16]
Pembangunan akan datang
[sunting | sunting sumber]Dalam pelan konsep URA 2011, Pulau Ubin bersedia untuk dibangunkan apabila penduduk Singapura mencecah isi rumah 6.9 juta.[17] Berdasarkan rancangan itu, pangsapuri HDB dan sebuah jambatan akan dibina untuk menghubungkan pulau dengan pulau besar dan Pulau Tekong.[perlu rujukan] Bagaimanapun, pemerintah juga menyatakan ia akan memelihara pulau ini dalam keadaan sekarang selama mana yang mungkin.[18]
Pelancongan tempatan
[sunting | sunting sumber]Walaupun pulau ini menarik perhatian untuk pembangunan dan perancangan hanya dalam beberapa tahun ini, Pulau Ubin terkenal dalam kalangan pengunjung Singapura dengan kegiatan rekreasi seperti kem musim panas dan kegiatan luar.[19] Dengan pertambahan perhatian dan minat terhadap alam, pengunjung ke Pulau Ubin meningkat saban tahun, di mana menurut Lembaga Taman Negara, pulau ini menyaksikan anggaran 300,000 pengunjung setiap tahun.[20] Kawasan Rekreasi Pulau Ubin, yang merangkumi Chek Jawa, dicipta untuk menghadapi pelancongan tempatan. Kawasan ini berkeluasan kira-kira 700 hektar daripada 1,020 hektar Pulau Ubin.
Antara tarikan terkenal pulau ini ialah Chek Jawa, kawasan terumbu karang kira-kira 5,000 tahun sebelum ini, Chek Jawa boleh dikatakan tidak rosak. Kawasan lembap ini unik dengan beberapa ekosistem yang boleh dilihat di sesebuah kawasan dan menyokong pelbagai hidupan laut jika dibandingkan dengan pulau lain, seperti kuda laut, pepancut laut, gurita, tapak sulaiman, deduit laut, ikan, bunga karang, sotong dan nudibrankia.
Laluan pejalan kaki dibina melalui kawasan bakau, membenarkan pengunjung untuk melihat tumbuhan dan hidupan laut dengan lebih dekat. Semasa air surut, sejumlah pengunjung terhad dibenarkan untuk berjalan di atas kawasan surut. Kuil cina terkenal, Kuil Fo Shan Teng Tua Pek Kong, juga satu lagi tempat yang sering dilawati.
Berbasikal gunung
[sunting | sunting sumber]Berbasikal gunung ialah satu kegiatan di Pulau Ubin dan pulau ini menempatkan satu daripada jejak basikal gunung Singapura, Taman Basikal Gunung Ketam, yang dibina pada 2007.[21] Jejak ini dianggarkan 8 kilometer panjang, mempunyai pelbagai kecerunan dan rupa bumi yang luas dari padang rumput hingga ke hutan tebal dan ia ditanda dengan baik dengan papan tanda yang menunjukkan tahap kesukaran pada setiap bahagian. Walaupun ramai pengunjung pulau inimembawa basikal masing-masing, pembekal perkhidmatan sewa basikal tetap berleluasa di pekan Ubin.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Pengunjung melawat Pulau Ubin dari pulau besar Singapura dengan menaiki tongkang selama 10 minit dari Terminal Feri Changi Point (sebelum ini dikenali jati Kampung Changi). Pada 2008, harga tiket sehala meningkat dari S$2.00 ke S$2.50 seorang. Ia kemudiannya meningkat ke S$3.00 sejak 7 September 2015. Sejak Jun 2022, ia telah menjadi S$4.00. Setiap tongkang boleh menampung 12 orang penumpang dan jurupandu akan meninggu hingga tongkangnya mencapai muatan maksimum. Orang yang tidak mahu menunggu boleh membayar S$48.00 untuk keseluruhan tongkang dan ia akan bergerak tanpa tunggu penuh.
Pengangkutan di dalam pulau boleh menggunakan basikal yang disewa antara S$8.00 hingga S$27.00 (untuk seharian) bergantung pada keadaan basikal.[22] Untuk perjalanan yang berjarak jauh dalam pulau, seseorang boleh memanggil teksi (yang diuruskan dengan bas persiaran kecil), untuk mendapatkan pemandangan indah di sana.[23]
Projek ekologi
[sunting | sunting sumber]Projek Pemuliharaan Enggang
[sunting | sunting sumber]Pusat Biodiversiti Negara, dengan kerjasama Rizab Hidupan Liar Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, dan penyelidik Marc Cremades dan Ng Soon Chye, menjalankan Projek Pemuliharaan Enggang untuk membantu pembiakan dan pemuliharaan enggang belulang (Anthracoceros albirostris) yang sebelum ini pupus di Singapura tetapi telah kembali semula dengan sendirinya di tempat-tempat seperti Pulau Ubin dan Changi.[24][25]
Projek Pemantauan Kuda Laut
[sunting | sunting sumber]Sejak Mei 2009, Pusat Biodiversiti Negara, bersama-sama sukarelawan dari Lembaga Taman Negara dan kumpulan alam semula jadi seperti Wild Singapore dan TeamSeaGrass, memulakan sebuah projek untuk memantau populasi kuda laut biasa (Hippocampus kuda) dan unduk-unduk buaya (Syngnathoides biaculeatus) yang dikenal pasti di beberapa tempat termasuk Pulau Ubin untuk tujuan pengurusan pemuliharaan. Data yang dikumpulkan akan membantu untuk menganggarkan saiz populasi, kadar pertumbuhan dan menjejak pergerakan mereka dalam habitat semula jadi.
Dalam budaya rakyat
[sunting | sunting sumber]- Pada 1989, TCS (kini dinamakan Mediacorp), menayangkan sebuah drama televisyen berjudul Good Morning, Sir (Melayu: Selamat Pagi, Tuan ). Drama ini berlatarkan pada 1950-an di mana seorang wanita dari pulau besar Singapura pergi ke Pulau Ubin untuk bekerja sebagai guru.
- Pada 1999, Mediacorp menayangkan sebuah drama televisyen di Saluran 8 berjudul My Teacher, My Friend (Melayu: Guruku, Kawanku ) mengenai kehidupan parapelajar di sekolah rendah yang masih wujud di Pulau Ubin.[26]
- Pada 2006, Mediacorp menyiarkan sebuah siri drama televisyen di Kids Central (kini Okto di Saluran 5) berjudul Ubin Boy (Melayu: Budak Ubin ).[27] Plot cerita ini berkisarkan dua watak utama, Steven (penduduk pulau besar) dan sepupunya Ah Boy yang tinggal di Pulau Ubin.
- Dalam buku Danny Wallace, Yes Man, Wallace melawat Pulau Ubin selepas pulau itu dicadangkan kepadanya selepas dia mengunjungi Singapura. Dia diberitahu pulau ini sebagai syurga dan mesti dikunjungi bersama pemandu teksi tempatan.
- The Amazing Race 25 mengunjungi pulau ini apabila pasukan mereka tiba di Singapura.
- Mediacorp menayangkan sebuah drama televisyen di Saluran 8 berjudul Hand In Hand pada 2015 mengenai empat beradik yang mencari sosok mencurigakan di Pulau Ubin yang kelihatan seperti bapa mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kampong Life". National Park Boards. 2 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2018. Dicapai pada 2 January 2018.
- ^ "Ubin–Khatib". Important Bird Areas factsheet. BirdLife International. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2007. Dicapai pada 18 March 2014.
- ^ "Pulau Ubin to have NParks as central managing agency". The Straits Times. June 6, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2016. Dicapai pada May 9, 2020.
- ^ "Media Factsheet A: About Pulau Ubin" (PDF). National Parks. 30 November 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 December 2015. Dicapai pada 6 December 2015.
- ^ "Legends of Pulau Ubin". Wild Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2007. Dicapai pada 19 August 2007.
- ^ Chua Ee Kiam (2000). Pulau Ubin – Ours to Treasure. p. 39. Simply Green, Singapore. ISBN 981-04-3088-4
- ^ "German Girl Shrine". National Parks (dalam bahasa Inggeris). Singapore Government. Dicapai pada 29 September 2020.
- ^ a b "Pulau Ubin: Rustic or just rusting away?". The Straits Times. 6 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2014. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ Chua, 2000, p. 36.
- ^ Chua, 2000. p. 38–39.
- ^ "National Police Cadet Corps". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2015. Dicapai pada 30 September 2013.
- ^ "Deferment of reclamation works at Pulau Ubin". Ministry of National Development, archived on Chek Jawa, National University of Singapore. January 14, 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2020. Dicapai pada May 8, 2020.
- ^ "NSS Position on Pulau Ubin" (PDF). Nature Society Singapore. October 1, 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 September 2020. Dicapai pada May 9, 2020.
- ^ "Government has no plans to develop Pulau Ubin". Today. July 10, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2017. Dicapai pada May 9, 2020.
- ^ "Ubin Town at Pulau Ubin, Singapore". Wild Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2019. Dicapai pada May 9, 2020.
- ^ "Tua Pek Kong Festival: A Brief Guide by the Singapore Heritage Society". Singapore Heritage Society. May 19, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2020. Dicapai pada May 9, 2020.
- ^ Surana, Sanjay (2014-01-02). "Near Singapore's Concrete, an Oasis of Nature". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2024-08-10.
- ^ hermes (2018-08-20). "Working to preserve, enhance Pulau Ubin's heritage". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2018. Dicapai pada 2020-06-16.
- ^ "Unwinding in Ubin: Marooned in Singapore, locals flock to island for kampung vibes and nature trails". The Straits Times. December 13, 2020. Dicapai pada December 28, 2022.
At Ubin, with its rural kampung charm and nature trails, visitorship has spiked, with about 47,000 people travelling to the island last month, compared with the average of 25,000 visitors for past Novembers, NParks said.
- ^ "Pulau Ubin". Roots Singapore. Dicapai pada December 28, 2022.
The majority of Pulau Ubin is currently managed by NParks. According to NParks, the island attracts more than 300,000 visitors annually.
- ^ "Rock N Roll garden – Bird Eye View : MTB Trails in an Island with no mountains and I am proud of". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2008. Dicapai pada 31 March 2009.
- ^ Tan, Ee Jia (2021-09-30). "A Noob's Guide To Cycling At Pulau Ubin, Including Bike Rentals & What To See". Little Day Out (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-19.
- ^ "Pulau Ubin Guide Taxi". Dicapai pada 18 October 2021.
- ^ Hornbill Conservation Project Diarkibkan 31 Januari 2010 di Wayback Machine
- ^ Sudden increase in Singapore's hornbill population Diarkibkan 10 Jun 2010 di Wayback Machine
- ^ "My Teacher, My Friend". Mediacorp. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2016. Dicapai pada 28 December 2015.
- ^ "Annual Report 2005/2006 - MDA" (PDF). Media Development Authority. m/s. 51. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 November 2015.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Outward Bound Singapore memiliki kemah di Pulau Ubin dan menggunakannya sebagai daerah pelatihan untuk beberapa programnya Diarkibkan 2006-05-22 di Wayback Machine.
- "Ecology Asia" website dengan deskripsi dan gambar hidupan .