School Days
School Days | |
Genre | Seinen, Drama, Cinta, Eroge |
---|---|
Permainan | |
Pembangun | Overflow |
Pengeluar | Overflow |
Genre | Novel visual |
Pelantar | Windows98SE/Me/XP |
Permainan | |
School Days LxH | |
Pembangun | Interchannel |
Genre | Novel visual |
Pelantar | PlayStation 2 |
Anime | |
Pengarah | Keitaro Motonaga |
Studio | TNK |
Penyiaran Asal | Chiba TV, TV Aichi, TV Kanagawa, TV Osaka, TV Saitama |
Dikeluarkan pada | 3 Julai, 2007 – 27 September, 2007 |
School Days (スクールデイズ , Sukūru Deizu) merupakan sebuah judul permainan animasi komputer eroge ciptaan Overflow. School Days adalah berbeza daripada novel-novel visual tradisional yang lain disebabkan animasi yang menggerakkan penceritaan sirinya, selama 70 minit - yang pertama dalam genre ini. Selain itu, judul ini juga disampaikan dalam bentuk layar perak lebar (widescreen) dan dibahagikan kepada beberapa episod individu yang serupa dengan anime, dan setiap daripada mereka mempunyai animasi pembuka dan penutup tersendiri. Judul ini mempunyai 21 pengakhiran atau penamat yang boleh diperolehi untuk tiap-tiap satu pengakhiran buruk dan baik masing-masing.
Permainan komputer ini terkenal dengan pengakhiran buruknya yang berunsurkan keganasan yang melampau, meliputi unsur-unsur pembunuhan dan adegan bunuh diri. Pelantingan judul ini yang juga dikeluarkan oleh Overflow di bawah sistem yang sama berjudul Summer Days, namun judul tersebut tidak mempunyai sebarang adegan ganas.
Terdapat beberapa adaptasi oleh media lain, termasuklah sebuah siri anime, sebuah siri manga, tiga buah novel dan sebuah CD drama.
Judul versi PlayStation 2 siri ini, iaitu School Days L×H (Love&Hate), dijadualkan untuk dikeluarkan di Jepun pada 17 Januari 2008.
Plot
[sunting | sunting sumber]- "Dalam sebuah sekolah mereka bertiga berjumpa. Hubungan mereka adalah berbeza dalam musim itu, berubah menjadi tiga buah kisah cinta."
Makoto telah mula mengagumi seorang gadis yang selalu dilihatnya dalam kereta api yang dinaikinya. Gadis itu bernama Kotonoha Katsura, dan di atas kepercayaan dongeng yang mengatakan bahawa jika seseorang itu menyimpan gambar mereka yang diminati diam-diam dan cintanya akan berbuah; Makoto menyimpan gambar gadis itu di dalam telefon bimbitnya. Makoto kemudiannya duduk bersebelahan Sekai Saionji kerana perubahan tempat duduk yang berlaku di dalam kelasnya. Sekai merupakan seorang gadis yang "suka menjaga tepi kain orang lain" tetapi merupakan seorang gadis yang manis dan ikhlas. Sekai kemudiannya mengintip dan ternampak gambar gadis yang diminati Makoto, dan berjanji untuk membantu Makoto sehingga Kotonoha setuju untuk keluar dengannya. Apabila Sekai berjaya menyatukan mereka berdua, dia mula menyedari akan perasaannya sendiri selepas mendapati bahawa lelaki yang diminati Kotonoha, sebenarnya, ialah Makoto. Semasa menunggu kereta apinya bersebelahan dengan Makoto yang menunggu ketibaan Kotonoha, dia mula berbincang tentang "cara pembayaran" yang boleh Makoto lakukan di atas segala bantuan yang diberikannya. Sekai mencium Makoto sambil menangis sebelum menaiki kereta api untuk pulang ke rumahnya. Kejadian ini yang berlaku sebelum temu janji Makoto bersama-sama Kotonoha, telah mencetuskan perasaan yang terpendam jauh di dalam hatinya, dan sekarang dia harus berdepan dengan dua gadis ini.
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan nama-nama keluarga watak-watak judul ini diambil daripada bekas-bekas Perdana Menteri Jepun dan ahli-ahli Mahkhamah Agung Jepun.
- Makoto Ito (伊藤 誠 , Itō Makoto)
- Seiyu: Tatsuya Hirai (permainan video), Daisuke Hirakawa (anime)
- Makoto bersekolah di Sakakino Gakuen (榊野学園) dan berada dalam kelas 3, tahun pertama. Ibu bapanya telahpun bercerai dan dia hidup bersama-sama ibunya di sebuah pangsapuri mewah. Sepanjang kisah ini, dia kurang bijak dalam menentukan pilihannya di antara Sekai dan Kotonoha.
- Kotonoha Katsura (桂 言葉 , Katsura Kotonoha)
- Seiyu: Soyogi Tōno (permainan video), Tae Okajima (anime)
- Kotonoha adalah pelajar dari kelas 4, tahun pertama, dan sering mengambil kereta api yang sama dengan Makoto. Dalam episod 2 Kotonoha menjadi teman wanita Makoto. Walaupun berbadan seksi, dia sebenarnya bersikap pendiam dan dihormati, tetapi agak takut dengan budak-budak lelaki. Dia tidak disukai gadis-gadis lain di dalam kelasnya. Dia berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan tinggal di sebuah rumah besar jauh daripada bandar utama.
- Sekai Saionji (西園寺 世界 , Saionji Sekai)
- Seiyu: Kaname Yuzuki (permainan video), Shiho Kawaragi (anime)
- Juga dalam kelas 3, tahun pertama, Sekai merupakan rakan kelas Makoto. Tempat duduknya bersebelahan dengan Makoto, dan pada suatu hari dia ternampak gambar Kotonoha yang disimpan Makoto dalam telefon bimbitnya. Dia kemudiannya membantu Makoto mendekati Kotonoha meskipun memendam perasaannya sendiri terhadapnya, menciumnya di stesen kereta api di akhir episod 1. Dia tinggal bersama-sama ibunya di sebuah pangsapuri.
- Setsuna Kiyoura (清浦 刹那 , Kiyoura Setsuna)
- Seiyu: Hana Yamamoto (permainan video), Keiko Imoto (anime)
- Juga dalam kelas 3, tahun pertama, Setsuna merupakan ahli jawatankuasa kelasnya dan merupakan rakan rapat Sekai sejak kecil. Kedua-dua ibu mereka merupakan kawan baik yang berkerja dalam syarikat yang sama. Dia merupakan protagonis wanita yang utama dalam Summer Days. Walaupun dia kelihatan pendiam dan tidak beremosi, dia cukup sedar akan saiz payu daranya yang kecil, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan Sekai dan Kotonoha.
- Nanami Kanroji (甘露寺 七海 , Kanroji Nanami)
- Seiyu: Mio Fujimura (permainan video), Chiaki Takahashi (anime)
- Rakan Sekai yang pernah bersekolah bersama-sama dengannya, Nanami berada dalam kelas 2, tahun pertama. Dia diberi peluang menyertai sekolah itu berdasarkan bakatnya dalam bidang olahraga. Teman lelakinya merupakan seniornya dan merupakan ahli kelab bola keranjang sekolahnya, dan nampaknya seorang peminat setia otaku.
- Hikari Kuroda (黒田 光 , Kuroda Hikari)
- Seiyu: Hikari Kuroda (permainan video), Ryōko Tanaka (anime)
- Salah seorang rakan Sekai daripada kelas Makoto. Dia tidak menyukai Makoto yang dipercayainya telah melayan Sekai seperti teman wanitanya sejak dari awal lagi. Dia juga mempunyai perasaan terhadap Taisuke.
- Otome Katō (加藤 乙女 , Katō Otome)
- Seiyu: Yuki Matsunaga (permainan video) Haruka Nagami (anime)
- Otome merupakan pelajar dari kelas 4, tahun pertama Sakakino Gakuen, dan merupakan salah seorang rakan Makoto sejak sekolah rendah tinggi. Dia merupakan ahli pasukan bola keranjang wanita dan ketua kumpulan perempaun yang membuli Kotonoha.
- Kokoro Katsura (桂 心 , Katsura Kokoro)
- Seiyu: Aoi Kanzuki (permainan video), Megu Ashiro (anime)
- Kokoro merupakan adik perempuan Kotonoha, dan bersikap hampir bertentengan dengan kakaknya. Secara semulajadinya, dia bersikap becok, penuh dengan sikap ingin tahu dan gemar mengusik Kotonoha, walaupun dia sebenarnya risau akan kakaknya itu.
- Taisuke Sawanaga (澤永 泰介 , Sawanaga Taisuke)
- Seiyu: Hikage Hyūga (permainan video), Yoshiaki Matsumoto (anime)
- Taisuke merupakan salah seorang rakan Makoto sejak sekolah rendah tinggi, dan belajar dalam kelas yang sama dengannya.
- Kumi Mori (森 来実 , Mori Kumi)
- Seiyu: Nene (permainan video), Eri Saita (anime)
- Salah seorang daripada gadis dalam kelas 4, tahun pertama yang membuli Kotonoha. Dia bersikap paling kebudak-budakan dikalangan mereka dalam kumpulannya.
- Natsumi Koizumi (小泉 夏美 , Koizumi Natsumi)
- Seiyu: Sawa Konohana (permainan video), Nana Furuhara (anime)
- Salah seorang daripada gadis dalam kelas 4, tahun pertama yang membuli Kotonoha. Dia cekap mendapatkan maklumat dan mudah bergaul dengan orang lain.
- Minami Obuchi (小渕 みなみ , Obuchi Minami)
- Seiyu: Kuribayashi Minami (permainan video/anime)
- Salah seorang daripada gadis dalam kelas 4, tahun pertama yang membuli Kotonoha.
- Itaru Ito (伊藤 止 , Itō Itaru)
- Seiyu: Kagetsu Nanba (permainan video)
- Adik perempuan Makoto. Dia tinggal bersama-sama ayahnya selepas ibu bapanya bercerai.
- Youko Saionji (西園寺 踊子 , Saionji Youko)
- Ibu Sekai.
Permainan Animasi Komputer
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri permainan
[sunting | sunting sumber]Serupa dengan novel visual, para pemain membuat pilihan atau keputusan apabila mereka diberikan peluang untuk berbuat demikian: mereka boleh memilih pilihan yang tertera ataupun mengendahkan pilihan yang diberi. Judul ini mempunyai sejenis meter yang menunjukkan prestasi pemain, sama ada mereka lebih rapat dengan Kotonoha ataupun Sekai, di mana pada akhir setiap bab akan direkodkan. Penghujung judul ini bergantung kepada prestasi pemain tersebut, sama ada mereka gemar bertukar-tukar pasangan ataupun setia kepada satu pada setiap masa.
Pengakhiran
[sunting | sunting sumber]Di antara dua puluh satu penghujung kisah School Days, empat belas daripadanya merupakan penghujung "baik" di mana pemain berakhir dengan seorang gadis, tiga daripadanya adalah penghujung "buruk", tiga lagi adalah penghujung "harem" dan satu lagi merupakan variasi. Meskipun terdapat hanya tiga penghujung buruk dalam judul ini, mereka merupakan penghujung yang sangat mengejutkan dan ganas sehingga menjadi lebih popular daripada penghujung yang baik.
- Pengakhiran-pengakhiran baik
-
- "Malam Hari Natal" (「クリスマス・イブ」 , Kurisumasu Ibu)
- Merupakan penghujung terbaik bersama-sama Kotonoha.
- "Dari Satu Ciuman ke Hujung Hayat" (「キスから先へ」 , Kisu kara Saki e)
- "Keinginan Jasmani" (「肉欲」 , Nikuyoku)
- "Si Dia yang Hanya Untuknya" (「彼女だけの彼」 , Kanojo dake no Kare)
- "Maka Bersama-sama Kotonoha" (「そして言葉と」 , Soshite Kotonoha to)
- "Maka Kepada Kotonoha" (「そして言葉へ」 , Soshite Kotonoha e)
- "Dan Bemula dari Ciuman Pertama" (「そしてファーストキスからはじまる」 , Soshite Faasuto Kisu kara Hajimaru)
- Enam penghujung di atas merupakan penghujung yang baik bersama-sama Kotonoha.
- "Dengan Perasaan Tulus Ikhlas" (「素直な気持ちで」 , Sunao na Kimochi de)
- "Bavarois" (「ババロア」 , Babaroa)
- "Ikatan Pemikiran" (「思い結んで」 , Omoimusunde)
- Tiga penghujung di atas adalah penghujung yang baik bersama-sama Sekai.
- "Saya Cintakan Kamu" (「大好き」 , Daisuki)
- "Rakan Seks" (「セックスフレンド」 , Sekkusu Furendo)
- "Perasaan Paling Ikhlas Dihargai" (「一途な思いは報われて」 , Ichizu na Omoi wa Mukuwarete)
- "Impian Setsuna" (「刹那の思い」 , Setsuna no Omoi)
- Pengakhiran-pengakhiran buruk
-
- "Selama-lamanya" (「永遠に」 , Eien ni)
- "Kepada Anak-anakku" (「我が子へ」 , Wagako e)
- "Perhentian Berdarah" (「鮮血の結末」 , Senketsu no Ketsumatsu)
- Pengakhiran "harem"
-
- "Dua Kekasih" (「二人の恋人」 , Futari no Koibito)
- "Semua Milik Makoto" (「みんなの誠」 , Minna no Makoto)
- "Selamat Tinggal, Sekai" (「さよなら世界」 , Sayonara Sekai)
- Variasi
-
- "Saya Isterinya" (「妻です」 , Tsuma desu)
- Sebuah "episod kesimpulan" kepada pengakhiran "Keinginan Jasmani" dan "Bavarois", hanya akan muncul jika syarat-syarat tertentu dipenuhi. Episod ini sebenarnya tidak mempunyai gelaran yang rasmi. Judul yang diberikan di atas, iaitu "Saya Isterinya", diberikan oleh para peminat.
Anime
[sunting | sunting sumber]Meskipun permainan videonya hampir serupa dengan anime, terdapat sebuah siri adaptasi anime, dihasilkan oleh TNK yang mula disiarkan di Jepun pada 3 Julai 2007.
Isu Kelewatan Episod Akhir
[sunting | sunting sumber]Sehari sebelum siaran episod terakhir anime School Days, seorang budak perempuan berumur enam belas tahun telah membunuh ayahnya menggunakan sebilah kapak di Kyoto. Lalu, TV Kanagawa menggantikan episod kedua belas dan yang terakhir siri anime ini, yang dikenalpasti mengandungi unsur-unsur keganasan, dengan pemandangan dan muzik-muzik klasik selama setengah jam untuk mengelakkan sebarang hubungan dengan kejadian pembunuhan tersebut. Stesen siaran yang lain juga turut melakukan demikian, kecuali TV Osaka dan AT-X, yang pada waktu itu tidak memberi sebarang jawapan[1]. Dalam minggu seterusnya, 0verflow mengumumkan bahawa siaran episod tersebut akan dilakukan di Tokyo sebagai sebahagian daripada pengeluaran DVD pertama siri itu, dan memerlukan pengesahan, iaitu sama ada permainan video School Days ataupun Summer Days. [2] Meskipun begitu, AT-X telah mengumumkan bahawa mereka akan tetap menyiarkan episod terakhir seperti yang dirancang pada 27 September, namun sedikit perubahan terhadap waktu siaran akan dibuat.[3] Episod yang disiar 0verflow mengandungi versi asal Episod 12 siri anime School Days, di mana warna darah dikembalikan ke warna merah, lebih bunyi, dan kurang imbasan kembali. Versi ini akan disertakan dengan keluaran DVD bulan Februari, 2008.[perlu rujukan]
Perubahan pada saat-saat akhir siaran episod akhir anime School Days yang dialihkan kepada siaran gambaran pemandangan telah menjadi suatu kejutan kepada komuniti para peminat, namun disebalik kejadian ini seorang penyumbang 4chan telah memberi komennya, "Nice boat." dalam nada yang cukup tenang, merujuk kepada feri Fjord1 yang dilihat dalam siaran pemandangan tersebut. Ayat yang singkat ini telah berkembang menjadi sebuah internet meme, dan berada di tangga kesepuluh dalam bahagian kedudukan populariti istilah-istilah carian dalam Yahoo! Japan, dalam seluruh minggu daripada 17 hingga 23 September, 2007.[4] Selain itu, 0verflow telah membuat keputusan untuk memberi nama gerai mereka sebagai "Nice boat." dalam Comiket 73 yang diadakan pada bulan Disember 2007, menjual barangan-barangan "Nice boat" berserta barang-barang biasa mereka.[5]
Lagu-lagu tema
[sunting | sunting sumber]- Tema pembuka
- "Innocent Blue" (イノセント・ブルー , Inosento Buruu, "Biru Suci") oleh DeviceHigh
- Tema penutup
- "Usotsuki" (ウソツキ , secara literal bermaksud Penipu) oleh CooRie - Episod 1, Episod 8
- "Ai no Kakera" (愛のカケラ , Serpihan Cinta) oleh Hashimoto Miyuki - Episod 2
- "Warutsu" (ワルツ , Waltz) oleh Kanako Itō - Episod 3
- "Kioku no Umi" (記憶の海 , secara literal bermaksud Lautan Memori) by Yozuca* - Episod 4, Episod 7
- "Look at Me" oleh YURIA - Episod 5
- "Namida no Riyuu" (涙の理由 , secara literal bermaksud Maksud Tangisan) oleh Kuribayashi Minami - Episod 6
- "Anata ga... Inai -Remix Version-" (あなたが…いない -Remix Version- , secara literal bermaksud Awak... tiada di sini) oleh Minami Kuribayashi - Episod 9
- Tema lain
- "Namida no Riyuu" (涙の理由 , secara literal bermaksud Maksud Tangisan) oleh Kuribayashi Minami - Episod 5
- "Kioku no Umi" (記憶の海 , secara literal bermaksud Lautan Memori) oleh Yozuca* - Episod 6
- "Let me love you -Remix Version-" oleh Haruko Momoi - Episod 9, Episod 10
Tidak seperti siri anime yang biasa, tema penutup bagi School Days adalah berbeza untuk setiap episod.
Episod-episod
[sunting | sunting sumber]# | Tajuk | Tarikh siaran pertama |
---|---|---|
01 | "Kokuhaku" (告白) | 3 Julai 2007 |
Selepas mengintip telefon bimbit Makoto dan terlihat gambar Kotonoha, Sekai bertekad untuk menyatukan Makoto bersama-sama gadis yang diminatinya itu, mula-mula dengan mengajak mereka makan tengah hari bersama-sama. Keesokan harinya, Makoto mendedahkan cintanya terhadap Kotonoha, yang telah menerimanya. Pada hari yang sama sewaktu di stesen kereta api, Makoto berterima kasih terhadap Sekai kerana membantunya. Tanpa sebarang isyarat, Sekai terus mencium bibir Makoto, kononnya sebagai pembayaran terhadap pertolongannya, dan lari masuk ke dalam kereta api sebelum pintunya tertutup. | ||
02 | "Futari no Kyori" (二人の距離) | 10 Julai 2007 |
Makoto ditangkap membaca buku panduan cinta semasa menunggu Kotonoha semasa janji temu mereka yang pertama. Mereka berjalan-jalan melakukan aktiviti-aktiviti. Sewaktu berpisah, Makoto cuba mencium Kotonoha namun dihalang pintu kereta api. Makoto memberitahu Sekai akan hari tersebut, namun Sekai memanggilnya bodoh di atas perbuatannya. Kemudian dia memberi Makoto dua tiket ke panggung wayang supaya dia boleh keluar bersama-sama Kotonoha untuk menonton filem dan cuba berkelakuan lebih baik. Makoto gagal sekali lagi, dan hubungan mereka berdua mula goyah. | ||
03 | "Surechigau Omoi" (すれ違う想い) | 17 Julai 2007 |
Di sekolah, Kotonoha memberitahu Makoto bahawa Kokoro hendak berjumpa dengannya, dan bertanya jika Makoto boleh datang ke rumahnya pada hari Ahad. Makoto dengan gembiranya menerima jemputan itu. Apabila mereka berdua berjalan bersama-sama di stesen kereta api, Hikari ternampak pasangan tersebut dan menghantar mesej teks kepada Sekai mengatakan teman lelakinya berlaku curang ke atasnya. Sekai pantas menjelaskan bahawa mereka berdua tidak lebih daripada kawan biasa. Pada hari Ahad selepas berjumpa Kotonoha di rumahnya, Makoto menelefon Sekai dan memberitahu keadaannya bersama-sama Kotonoha adalah sangat meletihkan. | ||
04 | "Muku" (無垢) | 24 Julai 2007 |
Apabila Kotonoha sedang sibuk belajar, adiknya Kokoro masuk ke biliknya dan bertanya jika dia sudahpun berkucup dengan Makoto. Dia tidak melayan soalan tersebut tetapi tidak cuba untuk menafikannya. Di sekolah, Sekai berbincang dengan rakan-rakannya tentang beberapa perkara, namun dia hanya berfikir tentang kucupannya bersama-sama Makoto sambil melihat ke atas bangunan sekolah. Di tingkat teratas, Makoto sedang berkucupan dengan Kotonoha, diikuti dengan kelakuan Makoto meraba-raba buah dada Kotonoha. Kotonoha terkejut lalu cepat-cepat beralih akibat malu. Dia berbicara dengan Sekai pada malam hari yang sama, di mana Sekai menjelaskan bahawa pasangan romantik sering berkelakuan demikian, namun mengatakan Makoto terlalu asyik akan keadaan tersebut. Keesokan harinya di sekolah, Sekai membenarkan Makoto "berlatih" dengannya, di mana mereka berjalan ke karaoke dan tempat-tempat lain mencari privasi, akhirnya mereka duduk bersama-sama di tingkat atap sekolah. Sekai membenarkan Makoto mengusap buah dadanya, di mana Makoto terlalu asyik sehingga membaringkan Sekai dan cuba melakukan lebih daripada hadnya. Sekai meronta pada mulanya, namun mula merelakan dirinya. Apabila Makoto mula membuka butang bajunya, dia mendapat mesej daripada Kotonoha yang meminta maaf atas perbuatannya sebelum ini. Mereka berjalan melalui market, kemudian Sekai disoal Makoto bila mereka boleh berlatih lagi. Sekai enggan berbuat demikian, dengan mengatakan bahawa latihan yang diberikannya adalah mencukupi dan Makoto harus mencubanya pada Kotonoha. Makoto terserempak dengan Kotonoha semasa dalam perjalanannya dan disoalnya tentang mesej yang diterimanya, yang tidak dibaca Makoto. Mereka berdua meminta maaf dan menjemputnya untuk pergi bersama-sama ke taman air pada masa akan datang. Makoto bersetuju, dengan Sekai kelihatan di belakang dengan rupa yang sedih terukir di wajahnya. | ||
05 | "Hamon" (波紋) | 31 Julai 2007 |
Makoto, Sekai, Kotonoha dan rakan-rakan mereka mengambil angin di sebuah kawasan rekreasi kolam air. Hikari menyuruh Makoto memberi Taisuke satu tiket kerana dia terlalu malu untuk melakukannya. Di kolam air itu, Makoto sedang mengajar Kotonoha bagaimana hendak berenang; Taisuke bermain bersama-sama Hikari dan Setsuna, sambil Sekai berenang bersendirian. Makoto sudah berubah hati dan menyukai Sekai. Sekai seringkali mengingatkannya tentang Kotonoha yang awal-awal disukai Makoto, dan bagaimana dia tidak boleh bersamanya. Sekai menyuruh Makoto melupakan tentang "latihan" mereka. Selepas rakan-rakan mereka pulang, Makoto cuba berlari ke arah rumah Sekai, tetapi terjumpa dengannya di hadapan stesen kereta api. Makoto mengakui cintanya terhadap Sekai dan mereka bersetubuh buat pertama kalinya. | ||
06 | "Akasareta Kankei" (明かされた関係) | 7 Ogos 2007 |
Sekai dan Makoto bertekad untuk memberitahu Kotonoha tentang hubungan mereka dalam senyap-senyap, tetapi akhirnya perancangan mereka tidak terjadi. Setsuna risau akan Sekai kerana dia menyedari masalah yang dihadapinya bersama-sama Makoto. Lalu, dia bertanya kepada Sekai sama ada Makoto telahpun berpisah dengan Kotonoha. Sekai menipunya dan mengatakan ia benar, namun Setsuna mendapat tahu yang dia telah ditipu. Otome bertekad untuk membuat pengakuan tentang cintanya terhadap Makoto, tetapi Kotonoha, tidak mengetahui bahawa Makoto tidak mencintainya lagi, memberitahu Otome yang dia ialah satu-satunya teman wanita Makoto. Otome kemudian menghantar mesej teks kepada Nanami dan bertanya kepadanya jika ia benar. Kemudian, apabila Makoto menerima mesej teks daripada Kotonoha yang mengatakan dia tidak dapat berjumpa dengannya semasa rehat, dia pergi ke atap sekolah bersama-sama dengan Sekai. Kotonoha pada saat-saat akhir sampai juga ke atap sekolah, namun Makoto sedang membuka pakaian Sekai dan mereka berdua mengakui cinta mereka, tetapi didengari Kotonoha di sebalik sebuah pintu. | ||
07 | "Zenyasai" (前夜祭) | 14 Ogos 2007 |
Kotonoha yang menafikan kebarangkalian bahawa Makoto telah berlaku curang terhadapnya, masih menganggap bahawa Makoto mencintainya. Sementara itu, Tanaka, wakil pelajar dari kelas lain, telah mencederakan lengannya, jadi dia diganti oleh Makoto. Otome dan kumpulannya telah menggertak Kotonoha untuk mencari lebih bahan-bahan untuk kelas mereka supaya dapat mereka "ruang istirehat"; tujuannya belum didedahkan lagi. Sebilangan gadis daripada kelab bola keranjang telahpun mendapatkan sebuah kamera dan peralatan yang diperlukan untuk merakam "ruang istirehat" itu. Setsuna yang tidak mengetahui tentang penipuan Sekai tentang hubungan Makoto dan Kotonoha yang telah putus, memberitahu orang lain bahawa mereka benar-benar telah berputus, sehingga mengambil telefon bimbit Makoto dan meletakkan nama Kotonoha dalam senarai terhalang (blocked list). Selepas mendapat tahu tentang hal ini, Taisuke cuba mengajak Kotonoha untuk pergi bersama-samanya ke tarian pasangan yang diheboh-hebohkan itu sewaktu majlis sekolah berlangsung. Disebabkan Makoto bukan teman lelaki Kotonoha lagi, Taisuke bertanya-tanya jika dia mempunyai ruang untuk mendapatkan Kotonoha. Sambil membantu Kotonoha mengangkat kotak, dia menyoal Kotonoha tentang ini, di mana Kotonoha menafikan kebenaran hal ini, dan berlari keluar dan terserempak dengan Makoto. Apabila Kotonoha hendak mula bersuara, Nanami menghalang perbualan mereka. Di malam hari itu, Kotonoha pergi berjumpa Makoto di rumahnya untuk berbincang dengannya, tetapi dia ternampak kasut Sekai dan lekas beredar. Sekai kemudiannya meninggalkan rumah Makoto dan terserempak dengan Kotonoha, dan menerima satu tamparan yang kuat daripadanya. | ||
08 | "Gakusai" (学祭) | 21 Ogos 2007 |
Keesokan harinya, Sekai tinggal di rumah, 2 hari sebelum Majlis Sekolah, disebabkan apa yang telah dikatakan oleh Kotonoha padanya. Pada hari tersebut Makoto pergi melawat Sekai dan memberitahunya bahawa apa yang mereka berdua sedang lakukan tidak boleh disalahkan, namun Sekai tetap memberitahu Makoto tentang kecurangannya terhadap Kotonoha dan ia bukan perkara yang betul untuk dilakukan. Kemudiannya, Kotonoha berlari ke arah Makoto di stesen kereta api, dan duduk bersebelahannya dalam kereta api. Dia menyoal Makoto jika dia ingin menyentuh buah dadanya, dan jika dia ingin berdansa dengannya di majlis itu nanti. Setsuna pula memberitahu Makoto yang dia akan ke Perancis selepas tamatnya majlis semasa berjalan pulang ke sekolah dengan bahan-bahan untuk hari kedua majlis tersebut. Selepas Setsuna dan Makoto memulangkan bahan-bahan ke sekolah, Makoto terlelap dan bibirnya dikucup Setsuna senyap-senyap, namun dilihat oleh Kotonoha dalam perjalanannya pulang ke rumah. | ||
09 | "Kouyasai" (後夜祭) | 28 Ogos 2007 |
Setsuna dan Makoto mempunyai konflik kecil. Makoto "berjinak-jinak" bersama-sama Sekai sepanjang hari, tidak menghiraukan Kotonoha sepenuhnya. Apabila Makoto memeriksa telefon bimbitnya, dia telah mendapat dua puluh mesej daripada Kotonoha. Kemudian Otome berjumpa dengan Makoto dan mereka melakukan seks. Taisuke kemudian pergi memberitahu Kotonoha bahawa Makoto telah mengkhianatinya, dan dia mencintai Kotonoha. Selepas majlis itu, Makoto menari bersama-sama Sekai berhampiran sebuah punggun api. Episod ini berakhir dengan reben pakaian seragam Kotonoha jatuh ke lantai, menunjukkan bahawa Taisuke telah melakukan sesuatu terhadapnya. | ||
10 | "Kokoro to Karada" (心と体) | 4 September 2007 |
Setsuna memaksa Makoto untuk memutuskan hubungannya dengan Kotonoha. Kotonoha menuduh Setsuna membantu Sekai, dan mengancam untuk mendedahkan tentang kucupannya. Setsuna kemudian mencium Makoto di hadapan Kotonoha agar dia menganggap mereka bersama-sama. Makoto akhirnya memberitahu Kotonoha bahawa dia tidak mencintainya lagi dan memutuskan hubungannya bersama-sama Kotonoha. Kamudian, Setsuna pergi mencari Makoto dan terdengarnya di dalam bilik simpanan gimnasium, melakukan seks bersama-sama Otome. Dia kemudian beredar ke rumah Makoto dan cuba untuk memisahkan mereka berdua, kemudian Makoto menolak Setsuna ke atas katil dan baring diatasnya. Setsuna meronta pada awal-awalnya, namun membenarkannya melakukan apa-apa sahaja asalkan dia memutuskan sebarang hubungan dengan Otome. Sekai menonton video tersembunyi di ruang istirehat yang dibuat oleh senior Nanami dan ternampak Makoto bersama-sama Otome. Dia cuba untuk mencari Makoto dan terserempak bersama-sama Kotonoha di atas sebuah jambatan. Kedua-dua mata Kotonoha kelihatan pudar dan dia telahpun kehilangan siumannya. | ||
11 | "Minna no Makoto" (みんなの誠) | 11 September 2007 |
Sekai tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari, kecewa di atas pemergian Setsuna secara mengejut ke Peranchis dan apa yang dilihatnya dalam video Makoto bersama-sama Otome yang lepas. Didedahkan juga bahawa Hikari telah mula melakukan hubungan seks bersama-sama Makoto, yang tidak cuba melawat mahupun menghubungi Sekai kerana tidak hadir ke sekolah. Kotonoha masih dalam keadaannya separuh sedar, emosinya tidak stabil. Di samping itu, dia terus menghantar mesej-mesej teks kepada Makoto dan berulang kali menelefonnya meskipun taliannya dihalang, sehingga baterinya mati. Natsumi, Kumi dan Minami berputus untuk melakukan hubungan seks bersama-sama Makoto selepas populariti video Makoto dan Otome. Sambil melihat mesej-mesej teks yang lama di antara dirinya, Setsuna dan Makoto, Sekai tiba-tiba berlari ke arah bilik air dan muntah. Sekai kembali ke sekolah untuk menjelaskan bahawa dia sedang mengandung bayi milik Makoto, cukup jelas sehingga menarik perhatian seluruh kelas. Makoto yang telah menafikan sebarang hubungan bersama-sama Sekai, diziarahi Otome yang telah memutuskan hubungan mereka di atas respon Makoto terhadap pengakuan Sekai di sekolah mereka. Satu demi satu gadis yang pernah dimiliki Makoto meninggalkan pangkuannya, meskipun Sekai masih mengingati Makoto dan bayi kandungannya itu. Kotonoha menghubungi Makoto melalui telefon bimbitnya yang kini telah mati, dan memberitahunya yang dia sedang menunggu di bawah sepohon pokok berhampiran stesen kereta api. Secara kebetulannya, Makoto keluar mengambil angin dan cuba menelefon setiap seorang perempuan dalam senarai speed dialnya, tetapi mendapati setiap daripada mereka dihalang. Dia sampai ke tempat Kotonoha menunggunya, dan telah menyedari sikap dan akibat perbuatannya terhadap Kotonoha, lalu meminta maaf dan memberitahunya yang dia mencintainya. Kejernihan mata Kotonoha kembali pulih mendengar kata-kata Makoto. | ||
12 | "Sukūru Deizu" (スクールデイズ) | 18 September 2007 |
Kotonoha dan Makoto makan malam di sebuah restoran manakala Sekai menelefon Makoto dari rumahnya. Tanpa sengaja, Makoto terlepas kata yang dia sedang bersama-sama Kotonoha. Sebelum mematikan panggilan itu, Makoto naik angin terhadap Sekai kerana mengumumkan tentang kehamilannya di kelas, seterusnya merosakkan kehidupannya. Kemudian Sekai menghantar mesej teks kepadanya dan meminta maaf dan mula pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang di stesen kereta api, Sekai ternampak Makoto berdua-duaan dengan Kotonoha, sambil gadis tersebut memeluk lengannya dalam kereta api tersebut. Tanpa membuang masa, dia berpatah balik ke apartment Makoto. Selepas beberapa suasana yang tegang di antara Kotonoha dan Makoto, Sekai pulang sekali lagi dalam keadaan mental yang kurang stabil. Situasinya bertambah teruk pada malam itu apabila Makoto menghantar mesej teks kepada Sekai dan mencadangkannya menggugurkan bayi kandungannya itu. Dalam pertemuan seterusnya di antara Sekai dan Makoto, Sekai telah bertindak menikam dan membunuh Makoto selepas dirinya dirasuk penuh emosinya. Selepas menyedari kejadian yang telah berlaku, Sekai berlari pulang dalam keadaan serba panik. Kotonoha yang sampai kemudiannya ternampak mayat Makoto terbaring di atas lantai, lalu terus kehilangan siumannya. Sekai kemudian menerima mesej teks untuk bertemu di atap sekolah secepat mungkin. Tanpa berlengah dan penuh hati-hati, Sekai lekas ke tempat tersebut dengan membawa sebilah pisau yang digunakannya dalam pembunuhan Makoto. Dia kemudian terserempak dengan Kotonoha yang muncul di atap sekolah mereka. Dia menyuruh Sekai melihat ke dalam sebuah beg yang diletakkannya di atas bangku berdekatan yang mengandungi kepala Makoto. Ini menyebabkan Sekai muntah-muntah serta merta. Pada waktu yang serentak, Kotonoha mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging untuk membunuh Sekai. Sekai yang tidak sempat membuat sebarang reaksi dibunuh Kotonoha. Dalam keadaan mentalnya yang tidak stabil, Kotonoha memotong lubang kecil di mayat Sekai, dan selepas melihat kandungannya yang kosong, dia telah menyimpulkan bahawa Sekai telah berbohong tentang kehamilannya. Kotonoha dilihat kali terakhir memegang kepala Makoto di atas bot keluarganya ynag sedang terapung-apung di atas permukaan air di tengah-tengah laut. Masa berlalu dan kehidupan di sekolah kembali seperti biasa. |
Manga
[sunting | sunting sumber]Manga School Days telah lengkap disirikan dalam Comp-Ace.
Novel
[sunting | sunting sumber]Tiga buah novel telah diterbitkan oleh Harvest Novels
Tajuk | Tajuk Diterjemahkan | Pengarang | Penerbit | ISBN |
---|---|---|---|---|
School Days 言葉編 | School Days: Edisi Kotonoha | Tome Okada (岡田留奈 , Tome Okada) | Harvest Novels | 4434071041 |
School Days 世界編 | School Days: Edisi Sekai | Tome Okada (岡田留奈 , Tome Okada) | Harvest Novels | 4434071041 |
School Days 君といる | School Days: Denganmu | Takuya Baba (馬場卓也 , Baba Takuya) | JIVE CHARACTER NOVELS | 4861762456 |
CD
[sunting | sunting sumber]- Permainan video
- School Days Drama CD: Janji Kecil
- School Days - Album Vokal
- Soundtrack Asli School Days
- Anime
- Innocent Blue (single)
- Tema Penutup+ School Days (Album)
- Drama Asli School Days Vol. 1: Taman Bunga Rahsia (秘密の花園 Himitsu no Hanazono)
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "TV Kanagawa menghentikan penyairan episod terakhir anime School Days selepas pembunuhan seorang lelaki oleh anak perempuannya dengan sebilah kapak". Mainichi Daily News. Dicapai pada 2007-09-19.
- ^ "Preempted Episod School Days akan ditunjukkan di Tokyo". Anime News Network. Dicapai pada 25-9-2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "「School Days」第12話(最終話)の放送について". AT-X. Dicapai pada 26-09-2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Fukuda, Jun (26 September 2007). "偏見助長する過剰反応うんざり". Yomiuri Shinbun. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "コミックマーケット73 西地区243 Nice boat". 0verflow. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-24. Dicapai pada 2008-03-05. Cite has empty unknown parameter:
|4=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Jepun) Laman rasmi School Days
- (Jepun) Laman rasmi anime School Days Diarkibkan 2007-08-07 di Wayback Machine
- (Jepun) Anime School Days di AT-X
- (Jepun) Anime School Days di Avex
- (Jepun) Laman web Drama Radio School Days Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- (Inggeris) School Days (anime) di Ensiklopedia Anime News Network
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Anime (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang hilang
- Rencana anime dan manga yang menggunakan parameter kotak info yang usang dan tidak betul
- Masalah transklusi senarai episod Jepun
- Anime
- Novel visual
- Permainan video Windows