Taufan Phet
Ribut siklon yang sangat teruk (skala IMD) | |
---|---|
Siklon tropika kategori 4 (SSHWS) | |
Terbentuk | 31 Mei 2010 |
Reda | 6 Jun 2010 |
Angin terkuat | 3 minit berterusan: 155 km/j (100 bpj) 1 minit berterusan: 230 km/j (145 bpj) |
Tekanan terendah | 970 hPa (mbar); 28.64 inHg |
Kematian | 44 |
Kerosakan | $780 juta (2010 USD) |
Kawasan terjejas | Oman, Pakistan, India |
Sebahagian daripada Musim siklon Lautan Hindi Utara 2010 |
Taufan Phet (nama RSMC/IMD:ARB 02, nama JTWC:03A) merupakan ribut tropika yang terbentuk pada 31 Mei 2010. Taufan ini melanda pantai negara Oman di selatan Semenanjung Arab pada 4 Jun 2010. Lokasinya ialah di Pulau Masirah dan Ras al Hadd. Beberapa tempat termasuk lebuh raya berlaku banjir kilat. Taufan ini juga kemudian membadai pantai Karachi, Pakistan, 850 km dari Oman.[1] "Phet" (Bahasa Thai: เพชร ) ialah perkataan Thai, bermakna berlian.[2]
Kesan
[sunting | sunting sumber]Pada 5 Jun, seramai 16 orang disahkan terbunuh di kawasan Rustaq wilayah Batinah, Oman. Jenazah dibawa ke Hospital Muscat. Mereka yang terbunuh ialah 11 rakyat Oman, dua Bangladesh dan seorang warga Pakistan. [3] Taufan menyebabkan tanah runtuh di wilayah Sharqiyah, bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus. Penerbangan ke Pulau Masirah turut terjelas.
Loji LNG Oman turut ditutup sementara. Begitu juga aktiviti gas dan petroleum lain.[4] Sehari kemudian semua kembali normal termasuk di Al Amerat dan Quriyat. Lori tangki minyak kembali masuk keluar di Mina Al Fahal di Muscat.
Pada 6 Jun, laporan rasmi menyatakn jumlah korban meningkat menjadi 24,[5] 21 daripadanya rakyat Oman.
Di Pakistan pula sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kejutan elektrik, dan puluhan lagi cedera. Ribuan yang lain pula kehilangan tempat tinggal.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ KARACHI: The Pakistan Navy is gearing itself for any eventuality as Cyclone Phet has hit the shores of Oman Tribune
- ^ "Phet roaring 200 km from Karachi; more rains likely". Geo TV. 6 June 2010.
- ^ 16 maut dalam taufan Phet di Oman Utusan Malaysia
- ^ "Cyclone Phet hits Oman, causes floods". Gulf News. 4 Jun 2010.
- ^ MB, FTP (7 June 2010). "9 killed as 'Phet' strikes Karachi". PRESS TV.
- ^ Syed Moazzam Hashmi (7 Jun 2010). "Cyclone "Phet" leaves 15 dead, thousands homeless in Pakistan". Xinhua.