Pergi ke kandungan

Search (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Search
Juga dikenali sebagai
Flash
Berasal dariJohor, Malaysia
GenreRock and Roll, Glam rock, Hard rock, Heavy metal, Rock kapak, Pop rock, Soft rock
Tahun aktif1981–kini
Syarikat rakaman
Polygram Records
(1984—1987)
BMG Music
(1989—2001)
LIFE Records
(2006)
Pengkarya berkait
Amy, M. Nasir, Loloq, Wings, S. Amin Shahab, Bob Lokman
Laman sesawang
Search AMY
(Since 1981 line up)

www.gosearch.my

Search KID & DIN

www.fenomenasearch.com
AhliSearch(Kiddin)
Kid - Gitar Utama
Din (ketua kumpulan) - Gitar Kedua
Yan - bass
Minn - Drum
Amir Masdi - Vokal sessionist

Search(Amy)
Amy Search (ketua kumpulan) - Vokal, Gitar Kedua (2006-2009)
Hillary Ang - Gitar Utama
Man Kidal - Gitar Utama
Nasir - Bass
Bekas ahliZainal Rampa - Gitar Kedua, Vokal
Susan Lankester - Keyboard
Memek Sujono - Bass
Yazit Ahmad - Dram, Vokal (1977-1981) (meninggal dunia)
Moq - Vokal
Shah Nizam Abdul Halim - Gitar
Awie - vokal
Zam - Bass
Lola - Dram
Denden Gonzalez - Vokal sessionist
Akim - Vokal sessionist

Search ialah sebuah kugiran rock kapak Malaysia yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor irama Rock & Roll atau muzik rock dan heavy metal dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak ditubuhkan pada Mei 1981 yang diketuai oleh dua orang Amy dan Yazit Ahmad, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, ratusan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah berdekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an. Semasa tahun-tahun awal mereka, Amy adalah ketua utama kumpulan.

1981–1988 : Permulaan & Tahun Terawal

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Search telah ditubuhkan pada tahun 1977 di Johor Bahru, Johor kugiran asal ini dinamakan Flash yang diasaskan oleh Yazit Ahmad. Pada asalnya, kugiran Flash ini dianggotai oleh Mohamad Zainal (gitar irama, vokal), Hillary Ang (gitar utama), Susan Lankester (keyboard), Yazit Ahmad (dram, vokal) dan seorang pemain bass yang berasal dari Indonesia iaitu Memek Sujono. Mereka telah ditawarkan kontrak oleh kelab Red Rooster di Kuala Lumpur pada 1981 untuk membuat persembahan pada setiap malam. Namun belum sempat kugiran ini memulakan persembahan di kelab tersebut, Zainal, Susan dan Memek telah meninggalkan kugiran ini akibat tiada persefahaman di antara mereka. Kemudian Zainal dilantik sebagai pengurus kumpulan Flash dan Search pada tahun 1981-1984 manakala Susan ingin menjadi pemain keyboard dan penyanyi untuk menubuhkan kumpulan Febians sekali gus sebagai pelakon filem. Hal ini telah menyebabkan pihak pengurusan Red Rooster memberi kata dua kepada anggota yang tinggal Hillary dan Yazit sama ada mereka berdua perlu mencari penyanyi baharu untuk meneruskan kontrak atau meninggalkan Red Rooster. Maka dengan itu, Hillary dan Yazit kembali semula ke Johor Bahru untuk mengajak Suhaimi Abdul Rahman atau Amy yang sudah dikenali mereka ketika bermain muzik di majlis-majlis keramaian sebelum ini. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana Amy baru sahaja mendapat kerja di Yamaha, dua hari sebelumnya biarpun Amy memang berminat untuk menjadi seorang penyanyi dan tamborin selaku ketua kumpulan. Setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya Amy bersetuju untuk menyertai mereka ke Kuala Lumpur untuk memenuhi kontrak persembahan di kelab Red Rooster. Melalui adik angkat Yazit, Nasir Daud (lahir 11 Mac 1964) akhirnya diserap sebagai pemain bass walaupun Yazit sebenarnya telah mengenali Nasir ketika bermain muzik di kelab Machinta sebelum ini. Pada tahun yang sama, Yazit pula bertemu kembali dengan Nordin Mohd Taib atau Din, rakan sekelasnya ketika bersekolah di Larkin dahulu. Pertemuan ini telah membawa kepada pertambahan anggota di mana Din telah dibawa masuk sebagai gitaris kedua atau irama untuk kugiran tersebut. Lengkap sahaja lima orang anggota, mereka terus memeterai kontrak bersama kelab Red Rooster untuk mengadakan persembahan di sana. Pada Mei 1981, pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Flash kepada Search. Nama Search diinspirasikan dari sebuah rancangan dokumentari kegemaran Hillary iaitu “In Search Off” lalu disingkatkan menjadi Search. Membariskan Amy Search sebagai vokalis selaku ketua kumpulan, Hillary Ang sebagai pemain gitar utama, Yazit Ahmad sebagai pemain dram, Nordin Taib sebagai pemain gitar irama dan Nasir Daud sebagai pemain bes.

Setelah lebih kurang setahun Search membuat persembahan di kelab tersebut, kemudian Search di ambil alih pula oleh Bakri Johari sebagai pengurus Search. Pertemuan ini telah membawa kepada pengurus kumpulan baharu di mana Bakri telah dibawa masuk sebagai pengurus baharu untuk kugiran tersebut. Tidak lama kemudian, mereka telah dipertemukan dengan M. Nasir yang kebetulan datang untuk menyaksikan persembahan mereka. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Search tidak menunggu lama untuk menjadikan M. Nasir sebagai penerbit album pertama, seterusnya menandatangani kontrak rakaman dengan Polygram Records, sebuah syarikat rakaman yang berpangkalan di Singapura.

Bersama Polygram, Search telah menghasilkan tiga album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985),[1] Langit dan Bumi (1986),[2] dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3] yang mana telah dirakamkan di Lion's Studio, Singapura. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album studio pertama Search, Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kumpulan Lefthanded sebagai pemuzik undangan setelah Hillary dan Nasir meninggalkan kugiran tersebut buat sementara waktu. Mereka berdua hanya terlibat dengan sesi rakaman album studio kedua dan ketiga Search selepas itu.

Persembahan secara langsung mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Dataran Keris, Alor Gajah Melaka pada 2 Februari 1986, diikuti konsert pertama mereka sendiri iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]

Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang ditayangkan pada 23 Februari 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987, sehinggalah gelaran tersebut dirampas oleh kumpulan Iklim pada tahun 1990 dek kejayaan menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Walaupun Search sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988. Ini telah menyebabkan Search mengambil keputusan untuk membawa isu ini ke mahkamah dan mereka telah menang dalam kes tersebut biarpun ia memakan masa yang begitu lama untuk diselesaikan.

Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.[4]

1989–1992 : Penyertaan Kid & Fenomena

[sunting | sunting sumber]

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn. Bhd. dan memeterai perjanjian dengan Pacific Music Corporation (kemudian dikenali sebagai BMG Pacific) untuk mengedar semua album mereka sepanjang 1990-an. Mereka kemudiannya merakamkan album keempat mereka di bawah label Go-Search iaitu Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang dikeluarkan dalam bentuk cakera padat, setahun selepas versi kasetnya.[7]

Namun ketika proses rakaman album Fenomena sudah melebihi 50 peratus untuk disiapkan, Search berdepan dengan ujian getir apabila Hillary Ang terpaksa meninggalkan kumpulan ini kerana mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang muzik. Hillary kemudiannya mencadangkan agar posisinya digantikan dengan seorang gitaris muda berbakat yang pernah mencipta nama bersama kumpulan Gersang, Hamzah bin Mohd Taib atau Kid yang juga merupakan adik kepada Din.[7] Penyertaan Kid tepat pada masanya apabila beliau melengkapkan solo untuk tiga lagu yang tidak sempat disiapkan sebelum ini iaitu lagu malar segar Isabella, Purnama & Menara Kesesatan. Sentuhan gitar utama Kid yang 'berhantu' dalam lagu Isabella ternyata mencetuskan satu fenomena yang sangat luar biasa sepertimana judul album ini apabila terjual melebihi 260,000 unit di Malaysia, 600,000 unit di Indonesia dan keseluruhan mencecah 1.5 juta unit termasuk Singapura & Brunai,[8] sekaligus album Fenomena adalah album terbaik dan terlaris di dalam sejarah album rock di Malaysia. Sehingga kini belum ada album mana-mana artis rock menyamai atau mengatasi pencapaian album Fenomena dan isytiharkan sebagai album lagenda di dalam sejarah rock Malaysia.

Kejayaan album ini juga menjadikan mereka aktif membuat persembahan secara live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1989. Persembahan mereka kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 yang diadakan di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.[4] Tidak cukup dengan itu, Search telah melebarkan sayap apabila semua anggota Search berlakon dalam dua buah filem iaitu Fenomena dan Isabella,[4] di mana kedua-dua filem ini diilhamkan daripada lagu Isabella.[9] Kedua-dua filem ini meletakkan Amy sebagai pelakon utama dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.[10]

Search kemudiannya membuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album yang berjudul Karisma.[11] Album tersebut juga terjual laris apabila mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 unit di Indonesia.[8] Sepanjang tahun 1990 juga, Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.[4] Namun tidak lama selepas album Karisma diterbitkan, Nasir meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.[11]

Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.[12] Pada tahun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai[13], sebelum kembali ke tanah air untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.[4]

Pada Mei 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakamkan album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.

Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama Awie selaku pengasas, ketua dan artis kumpulan Wings menerima potongan rambut dari Menteri Penerangan ketika itu, Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV penyiar awam itu.[15] Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.[16]

1993–1997 : Pendedahan Utama

[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Saleem (Iklim) & Amy[17], gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "Fantasia Bulan Madu" & Aduhai! Seribu Kali Sayang yang masing masing dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk yang sama iaitu "Feel the Pain".[18] Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang di dakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.[17] Apatah lagi dengan kemunculan penyanyi penyanyi baru yang memberi saingan yang sengit ketika itu antara yang menjadi siulan & diperkatakan ketika itu ialah Saleem ( Iklim ) yang muncul dengan lagu - lagu popular ketika itu antaranya Aduhai! Seribu Kali Sayang, Bukan Aku Tak Cinta & Sheilla yang mana kesemuanya dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu tahun 1993 menerusi label SCS.

Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic[19], sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, itu pun selepas selesainya Konsert Kumpulan Rock yang popular menerusi lagu Suci Dalam Debu iaitu kumpulan IKLIM di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor malaysia pada 19 Jun 1994 EP remix satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir kembali kepangkuan kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh[20] dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.[8]

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada Mei 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.[21] Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang menarik lebih 15 ribu penonton yang di rakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping semenjak Amy disingkirkan dari Search untuk mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage. Pada tahun berikutnya, Amy kembali sertai Search setelah satu tahun beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1996.

1998–2002: Perpecahan dan pasca-aktiviti

[sunting | sunting sumber]

Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain bass baharu yang menggantikan Nasir yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan Wings (Penyanyi Wings ialah Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, Amy mengumumkan secara rasmi dirinya kembali meninggalkan kumpulan Search yang dikatakan berkemelut dengan Yazit. Ini telah menjadi perhatian wartawan-wartawan media hiburan dan kejutan besar buat para peminat Search di Malaysia dan Indonesia. Akibatnya, album Double Trouble 2 terjejas untuk di buat promosi di seluruh negara. Tidak lama kemudian Amy kembali untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] sekaligus meninggalkan Bertelsmenn Music group (BMG) untuk menyertai Sony Music.[23]

Tidak lama setelah Amy kembali meninggalkan Search sekali lagi, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Yazit mahu mengambil Awie sebagai pengganti namun Awie tidak dapat menerima tawaran itu kerana Awie sudah ada komitmennya yang tersendiri. Setelah Awie dan Yazit berbincang, Awie bersetuju menerima tawaran Yazit sebagai penyanyi jemputan. Menyebut nama 'Awie' di kulit album terbaharu Search menjadikan album yang berjudul Bikin Wilayah pada bulan Ogos 1998 meletup dipasaran. Album studio ke 9 termasuk album keseluruhan Search ini merupakan album pertama Search tanpa perjuangan Amy. Lagu Nur Nilam Sari menjadi pisang goreng panas di seluruh negara termasuk di corong-corong radio tempatan.

Seterusnya Search dan Awie mengadakan konsert berskala besar di PWTC Kuala Lumpur pada bulan Oktober 1998. Pada bulan Februari 1999, Search dan XPDC telah mengadakan konsert berskala besar selama dua hari berturut-turut yang dinamakan 'Konsert Rock Gergasi Berentap Search VS XPDC' yang dianjurkan oleh Norman KRU dan diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur. Konsert gergasi berentap tersebut turut memperkenalkan penyanyi baharu Search iaitu Moq dan juga turut dihadiri oleh bekas penyanyi Search Amy untuk memberi sokongan moral. Sejurus saja selepas tamat konsert itu Amy diajukan soalan oleh wartawan hiburan untuk memberi komen tentang konsert itu hanya menjawap 'no komen'. Konsert gergasi berentap tersebut juga adalah penglibatan terakhir Awie sebagai penyanyi undangan Search. Rezeki Search dan Awie bertambah seterusnya apabila album Bikin Wilayah berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 bagi kategori Album Rock Terbaik pada bulan Mei 1999. Akan tetapi, Search berada di ambang perpecahan apabila Kid, Din dan Fauzi menarik diri dan meninggalkan Yazit sebagai satu-satunya anggota asal Search. Sekali lagi kemelut Search dan Yazit mendapat perhatian para media hiburan tempatan. Akhirnya selepas berusaha, Yazit berjaya membariskan barisan baharu Search iaitu Moq (vokal), Shah (gitar), Zam (bass) dan Yazit (dram). Kontroversi berganda terus menimpa Search apabila lagu Nur Nilam Sari di gam oleh TV3 dan menyebabkan M. Nasir berasa sangat kecewa. Ia berikutan apabila Yazit mendakwa Awie enggan menyampaikan lagu tersebut bersama barisan baharu Search di dalam pertandingan Muzik-Muzik 1999.[24] .

Selepas itu album baharu kesepuluh mereka iaitu Selepas Banjir dipasarkan pada tahun 1999. Din yang ditemui wartawan hiburan Berita Harian mendakwa berasa pelik dengan Yazit kerana hanya beliau (Yazit) seorang saja merupakan anggota asal Search yang muncul dengan album studio dan masih lagi menggunakan nama Search. Soalan wartawan kepada Din 'Adakah anggota Search zaman kegemilangan Fenomena akan kembali bersatu?' namun Din menjawap tidak berani menjawap soalan itu.. Selepas Banjir, adalah album studio terakhir di bawah nama Search selepas album tersebut sambutan para peminat amat mengecewakan[25], sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Zam pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanah air dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

Pembubaran Search adalah satu sejarah paling pahit dan paling tidak dapat di terima semua pihak bukan kalangan peminat sahaja. Perasaan di kalangan peminat sudah tentu ada yang bercampur baur seperti marah, kecewa dan sedih. Search ialah sebuah nama yang besar dalam sejarah muzik rock tanahair. Siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia. Akhirnya, Search tertewas setelah hampir 20 tahun berjuang dan telah dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001. Akhirnya Yazid mengistiharkan kepada wartawan hiburan dan seluruh peminat bahawa nama Search telah pun dimasukkan ke muzium seni. Namun Yazid mengulas bahawa Search tidak dibubarkan tetapi Search hanya dibekukan sementara waktu. Tidak lama kemudian Yazit selaku pengasas Search telah menukarkan nama kumpulan Search kepada Rampage yang kurang diterima oleh para peminat. Menjadi tanda tanya 'Adakah zaman kegemilangan Fenomena anggota Search akan dikembalikan?' namun Yazit enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tepat kepada wartawan media hiburan.

2003–2009 : Bersatu Semula & Konsert S2

[sunting | sunting sumber]

Selepas lebih kurang tiga tahun Search dibekukan, akhirnya pada hampir penghujung tahun 2003 Amy, Kid, Din dan Nasir mengambil keputusan mengejut buat seluruh peminat Search gembira untuk bersatu semula dengan menjemput seluruh pelusuk wartawan hiburan mengadakan sidang media secara besaran bagi merancang sebuah konsert reunion berskala besar yang disaksikan oleh artis dari Indonesia kumpulan Godbless di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan bakal muncul album terbaharu yang berjudul Empire Garden. Sidang media itu juga turut dihadiri kumpulan Wings untuk memberi sokongan terhadap Search termasuk juga Search memperkenalkan Lola (bekas pemain drum XPDC) adalah selaku pemain drum baharu Search bagi menggantikan tempat Yazit. Selang beberapa hari kemudian ia dilanda sedikit kontroversi terhadap Yazit selaku pengasas, ketua dan pemilik Search ditemui wartawan media hiburan mendakwa dirinya (Yazit) tidak di maklum, tidak di jemput dan tidak mengetahui langsung tentang berita Search yang bakal mengadakan konsert berskala besar reunion itu. Yazit tidak restu dengan konsert yang dirancang oleh Search tanpa pengetahuannya. Yazit yang tersinggung mendesak Search supaya konsert yang di rancang oleh Search dibatalkan sehingga Yazit mahu melantik beberapa orang peguam dan bakal menfailkan saman terhadap Search di mahkamah, di tambah pula Yazit tetap yakin bahawa nama kumpulan Search itu adalah hak beliau dan juga adalah sebagai antara pengasas bersama Hillary. Ia memperkuatkan lagi bukti yang kukuh apabila Yazit tidak ketinggalan menunjuk dan menyiarkan bukti kepada wartawan media hiburan berhubung surat perletakan jawatan Amy sebagai penyanyi utama kumpulan Search kepada syarikat BMG music Malaysia yang telah ditandatangani olehnya pada awal tahun 1998. Ujar Yazit yang ada berbaur unsur-unsur ke arah jalan perdamaian, Yazit tiada masalah jika Search memohon maaf kepadanya atau saling bermaafan antara satu sama lain. Ujar Yazit 'Sekeras-keras aku boleh dicairkan juga jika dicurahkan dengan air.' Tarikh bakal konsert reunion itu telah di tunda beberapa kali, namun Search menafikan konsert itu bakal dibatalkan kerana kontroversi saman oleh Yazit. Sesudah itu isu Yazit mahu menyaman Search senyap dan apa pihak percaya ketiadaan Yazit di dalam kumpuan Search reunion kali ini menyimpan satu misteri yang tidak boleh didedahkan kepada umum tapi demi para peminat yang tidak mahu konsert ini terbatal ia jelas terpancar dikalangan peminat Search merindui aksi-aksi Search setelah mereka membekukan kumpulan Search pada tahun 2001.

Tanggal tarikh 07 Februari 2004 pada hari Sabtu jam 8.45 malam adalah malam Search mencipta sejarah di dalam indusri muzik tanahair. Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy, Kid, Din, Nasir dan Lola serta turut dihadiri Yazit selaku pengasas dan pemilik kumpulan ini untuk memberi sokongan telah mengadakan malam bersejarah yang sambutan luar biasa di namakan konsert reunion Evolusi Lagenda Rock Search di Stadium Merdeka Kuala Lumpur telah dibanjiri lautan manusia lebih 30 ribu penonton dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Fenomena konsert Search sambutan yang sangat luar biasa itu belum pernah berlaku di mana-mana konsert Search sebelum ini dan sangat jarang berlaku di konsert artis-artis Malaysia sebelum ini adalah merupakan detik sejarah di dalam seni hiburan tanahair. Kumpulan Rock dari Indonesia Godbless telah muncul menghiburkan lautan manusia sebagai pembuka tirai dengan mendendangkan beberapa buah lagu mereka dan sempat berduet bersama Awie Wings dengan menghiburkan lagu bertajuk Setan Jalanan. Suasana menjadi kecoh apabila para peminat berang setelah menunggu lama dalam lebih kurang 45 minit untuk Search membuka tirai lagu pertama dari masa yang ditetapkan oleh penganjur tidak muncul-muncul lagi sehingga penonton bersatu bersorak mengungkap ' WE WANT SEARCH' berkali-kali. Akhirnya lampu pentas dipadamkan sedikit untuk memberi laluan kepada Amy untuk muncul. Maka tepukan, sorakan dan keterujaan lautan manusia bergemuruh memuncak apabila Amy muncul dengan berjaket harimau bintang,bersinglet dan mengenakan seluar berfesyen gaya Rock N Roll membawa lagu Fantasia Bulan Madu sebagai lagu pembuka tirai. Konsert yang berlangsung selama lebih 2 jam membuat para penonton sangat terhibur dengan lagu-lagu nostalgia Search seperti Serigala Segalanya, Fenomena, Gadisku, Cakap Memang Murah, Pelesit Kota, Pawana, lagu berhantu Search Isabella dan lain-lain. Konsert berskala besar bersejarah itu memberi sedikit kesan apabila terdapat sekumpulan penonton bergaduh di dalam lautan manusia ketika Search sedang menghiburkan lagu Gadisku namun kawalan berjaya di kawal oleh pihak berkuasa pada ketika itu. Di sebab kejadian di luar jangkaaan itu berlaku maka terpaksalah pihak pengurusan stadium Merdeka Kuala Lumpur menyalakan lampu limpah stadium itu bagi mengawal keadaan serta tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku lagi. Amy sempat memesan kepada penonton supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku dan menyorak kepada penonton 'Kita Rockers Malaysia Harus Cintakan Keamanan'. Detik cemas juga berlaku ketika Amy sedang menyanyikan lagu secara tiba-tiba seorang peminat fanatik berjaya melepasi naik ke pentas yang adalah kawasan larangan oleh peonton semata-mata menghulurkan sebilah pisau kepada Amy. Namun pihak berkuasa Rela dengan tangkas berjaya menahan peminat itu. Sesudah tamat konsert masih lagi ada sebahagian besar penonton masih enggan berganjak semata-mata masih mahu melihat kelibat anggota Search di pentas. Yazit turut hadir memberi sokongan moral pada konsert malam bersejarah itu.[27] Tambah luar biasa tidak ketinggalan juga yang memberi sokongan untuk konsert tersebut adalah ratusan barisan artis-artis dari Malaysia seperti Dato Hattan, Dato M. Nasir, kumpulan Wings, XPDC, Lefthanded dan ramai lagi, barisan artis-artis dari Indonesia dan Singapura juga turut hadir memberikan sokongan kepada konsert Search. Sambutan luar biasa konsert itu diumumkan sebagai konsert berskala besar bersejarah malam itu adalah konsert terbaik Search sehingga kini sepanjang karier Search berkarya. Dato Hattan memberitahu kepada wartawan hiburan mengesahkan Search adalah kumpulan rock nombor 1 Malaysia dan sukar di cabar oleh mana-mana kumpulan rock Malaysia yang lain.

Setelah konsert itu dijayakan kritikan bernas oleh sebahagian besar peminat Search melanda tentang ketiadaan Yazit sebagai anggota asal Search dan ada juga yang mengaitkan nama Hillary Ang. Namum Search enggan mengulas kritikan bernas itu bagaikan ada misteri. Persembahan konsert bersejarah tersebut itu telah dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Setelah itu pada bulan September 2004 Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28] Lebih kurang setahun kemudian kemelut Search dan Yazit berakhir di mana Lola (dram) telah mengundurkan diri dari Search. Yazit adalah selaku pemain dram asal dan pengasas kumpulan Search telah kembali kepangkuan sebagai pemain drum Search setelah Search dan Yazit telah mendapat kata sepakat untuk kembali berdamai pada hampir penghujung tahun 2005. Boleh dikatakan majoriti peminat berpuas hati dengan berita kembalinya Yazit ke kepangkuan Search. Menurut para peminat juga tanpa Yazit bukan Search atau tidak lengkap jika Yazit tiada di dalam kugiran lagenda pujaan hati mereka.

Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash bersama kumpulan Lefthanded, Awie bersama kumpulan Wings,Mael bersama kumpulan XPDC, Mus bersama kumpulan May, Salem bersama kumpulan Iklim, Joey bersama kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) dan ramai lagi.

Pada awal tahun 2006, Kid dan Din telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988. Petikan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikan gitar beliau yang 'berhantu' membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir, Hillary Ang dan Yazit kembali bersama untuk merakamkan album baharu sekali lagi, di samping memperkenalkan laman sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Edrie Hashim & M. Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Kumpulan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kehadiran menececah 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30].Setelah Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di Johor, selepas banjir besar melanda Kota Tinggi, Johor. Tahun 2007 juga Search telah menjayakan konsert di Planet Hollywood Kuala Lumpur yang menyaksikan 'Full House' pada malam konsert tersebut.

Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah Konsert Penghargaan Search di Awan Biru yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang, Johor Bahru Johor, Jengka Pahang, Kuala Terengganu, Alor Setar Kedah, Kota Bahru Kelantan, Kuching Sarawak, Miri Sarawak, Sandakan, Kota Kinabalu Sabah, Tawau Sabah, Kelana Jaya dan Shah Alam Selangor. Dan juga sekembalinya Noordin Taib (gitar irama) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos. Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya Kid (gitar utama) pada Search. Konsert istimewa itu menyaksikan dua gitaris di atas pentas iaitu Kid (gitar utama), dan Hillary Ang (gitar utama) selain Nordin (gitar irama). Tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh Hillary dan Kid (gitar utama). Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara Kula Lumpur itu, beberapa hari selepas hari kelahiraan Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35] peminat. Konsert tersebut ini juga adalah konsert terakhir bagi Hillary (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi.

2010–2011 : Jelajah Eropah dan Konsert Fenomena 30 Tahun! (2010-2011)

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi), Kid (gitar utama), Noordin (gitar irama), Nasir (bes) dan Yazit (drum) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri seramai 18, 000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12 ,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon Selangor pada 25 Disember 2010.[42]

Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang diadakan pada bulan November & Disember 2011. Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011 dilaporkan 7, 000 orang [perlu rujukan] hadir, Johor Bahru 3 Disember 2011 dilaporkan (siapa?) 10, 000 orang [perlu rujukan] dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011 iaitu 15, 000 rocker yang datang.[perlu rujukan] Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu. 24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000 ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak, 31 Disember 2011 yang ditaja oleh Red One Sdn. Bhd iaitu konsert akhir ulang tahun ke 30 bagi SEARCH 2011 dengan dihadiri 15, 000 peminat yang diadakan di The Mines Seri kembangan Selangor.

Konsert di Singapura dan Perkembangan semasa (2012-2016)

[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 28 Januari 2012, D’Touchz International membawa SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012, di Stadium Tertutup Singapura. Lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock / Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu. Yang menarik mengenai konsert itu adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search serta XPDC yang membariskan kedua vokalisnya iaitu Mael & Ali dan dua pemain bess Yan & Zuar serta 2 pemain drum Amy & Lola. Gitaris Izo pula dibantu oleh anak lelaki Izo sendiri.

Pada 16 April 2012, sempena meraikan 30 tahun kumpulan Search, Hooray Marketing Sdn Bhd berkolaborasi bersama Search untuk mengeluarkan semua 101 buah lagu daripada album pertama hingga yang terakhir bersama satu bonus track " Kejoraku Bersatu" dan kesemuanya ini terkandung dalam format MP3 bersama keluaran khas gajet MP3 dibawah label Search. Dengan rekaan yang begitu klasik iaitu berbentuk tape kaset ia lengkap bersama headphone, charger dan remote sebagai hadiah khas berbentuk box set untuk peminat Search dan kesemua lagu ini menjalani proses master semula. Search telah membuat pemilihan 101 lagu bersama-sama yang merangkumi hampir semua lagu hit mereka yang diambil daripada album pertama, Cinta Buatan Malaysia sehingga yang terkini, Gothic Malam Edan, penghasilan MP3 yang turut mengandungi temu bual bersama anggota Search serta komposer yang telah menaikkan nama mereka hasil ciptaan untaian lagu hebatnya iaitu Datuk M. Nasir itu memberi signifikan tersendiri buat Search. MP3 ini hanya dihasilkan sebanyak 5000 unit dan dijual dengan harga RM333.00 setiap satu set.

Setelah menjelajah seluruh Malaysia melalui siri Konsert Double Trouble dengan kumpulan Wings bermula tahun 2010-2011, akhirnya pada 12 Oktober 2012 telah berlangsung Konsert Double Trouble Live in Singapore di Singapore Indoor Stadium. Konsert yang dianjurkan oleh Live! Empire ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada peminat kedua-dua buah kumpulan di Kota Singa. Enam set persembahan secara keseluruhannya mengandungi lebih kurang 30 buah lagu yang dipersembahkan mereka pada malam bersejarah itu. Antara lagu yang dibawakan oleh Search pada malam konsert adalah seperti Mentari Merah Di Ufuk, Timur Gothik Malam Edan, Diari Habil Dan Qabil, No Way, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah, Isabella, Pelesit Kota, Pawana dan diselitkan juga persembahan gitar solo oleh Kid dan drum solo oled Yazit.

Pada 7 April 2013, Search telah terpilih menerima Anugerah Sepanjang Hayat sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 anjuran akhbar Berita Harian, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun. Dalam majlis ini hanya empat orang anggota Search ( Kid, Din, Nasir dan Yazit) sahaja yang hadir menerima anugerah, manakala Amy tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Namun begitu, Amy telah menyampaikan ucapan menerusi rakaman video yang telah di buat awal sebelum itu.

Konsert yang dibawakan oleh Soundchek Pte. Ltd. ini diadakan di The Star Performing Arts Centre - The Star Theatre. Acara istimewa ini telah diberi nama"Acoustica Malam Edan Search”.  idea untuk menggunakan “Acoustica Malam Edan Search” telah diilhamkan oleh anggota Search sendiri dan ianya telah dipersetujui oleh pihak penganjur kerana ianya sebuah jenama yang cukup eksklusif dan penuh maksud tersirat. Edan yang bermaksud “perfect” dalam bahasa "hebrew" atau lebih difahami dalam bahasa ibrani, membawa suatu makna yang bermaksud “sempurna”, jadikan ia satu era yang sempurna pada malam edan akustik itu nanti. Dalam bahasa indonesia pula “edan” juga diberi maksud “biul" atau "gila”, dijadikan suatu malam yang sama-sama menggila pada malam konsert tersebut. Konsert ini juga itu tidak hanya dijayakan oleh mereka berlima sebaliknya turut disempurnakan oleh tiga pemuzik undangan terdiri daripada Zul Mahat, Aznan Alias dan Firdaus yang bertindak selaku pengarah konsert selain tiga pemuzik undangan, empat pemain string dan penyanyi latar yang rata-rata berpengalaman besar dalam konsert seperti ini.

Malam itu Search mendendangkan hampir 20 buah lagu untuk peminat mereka. Tidak hanya memilih lagu-lagu yang popular semata-mata sudah pasti terselit beberapa buah lagu yang jarang dimainkan tetapi besar maknanya. Paling tidak secara eksklusifnya lagu Satu Bangsa Satu Arah dan Pembakar Perasaan dimainkan untuk memenuhi halwa telinga peminat. Selain itu lagu lain yang turut dimainkan termasuklah Gadisku, Rozana, Bisa, Fenomena, Pawana dan Isi Atau Kulit yang membuai perasaan. Menutup persembahan pada malam itu, Search telah membawa lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Meniti Titian Usang.

Setelah bertahun-tahun menanti peluang untuk beraksi di pentas Istana Budaya, akhirnya impian itu terjelma menerusi Konsert Search Live In Istana Budaya pada 4-7 Disember 2014. Konsert anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sendirian Berhad dengan kerjasama Istana Budaya ini merupakan satu penghargaan Search kepada para peminat setianya yang sentiasa berharap Search akan beraksi di pentas berprestij ini. Konsert ini juga menjadi satu rekod sejarah kerana tiket konsert ini merupakan yang termahal untuk sesebuah kumpulan muzik beraksi di Istana Budaya. Tiket untuk konsert ini bermula daripada RM 109 dan yang paling mahal berharga RM 799.00. Selain menampilkan kelainan apabila diiringi kumpulan Paladin yang terdiri daripada lima pemain cello, Search tampil 'back to basic' di mana Kid dan Noordin selaku tunjang muzik Search sebagai pemain gitar, Nasir di posisi bass dan pastinya Amy sebagai penyanyi. Dalam persembahan sulung mereka di pentas berprestij itu, Search turut dibantu pemain dram Projek Pistol, Pae yang menggantikan Yazit dan pemain keyboard undangan Firdaus. Secara keseluruhannya, Search mempersembahkan 21 lagu termasuk Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Isi Dan Kulit, Isabella, Gadisku, Diari Habil & Qabil, Gothic Malam Edan, No Way, Fenomena, Kereta Merah, Menuju Puncak, Honky Tong Kosong dan Pelesit Kota, dan Pawana. Pemain drum Search, Yazit yang uzur ketika konsert ini berlangsung juga muncul dalam satu segmen khas dengan memainkan beberapa lagu Search dan kemunculan Yazit sangat bererti kepada Search dan para peminat setianya. Selain itu kehebatan Search juga terbukti apabila tiket untuk keempat-empat malam persembahan 'Tiket Habis Di Jual' dan konsert ini mencatat kutipan tertinggi untuk kesemua persembahan di Istana Budaya (IB) sepanjang tahun 2014.

Katharsis (2017–kini)

[sunting | sunting sumber]

Album Katharsis telah dilancarkan secara rasmi pada 22 November 2017 dengan 10 lagu baru dan 2 single awal. Sidang Kangaroo dan Nama Yang Kau Lupa diterbitkan M. Nasir dan ia membawa maksud satu proses penyucian, pembersihan dan pengaslian jiwa raga dalam bahasa Yunani Purba. Ia turut dipilih M. Nasir sebagai judul album studio ke-12 band rock nombor satu tanah air itu.Search memberi bayangan Katharsis yang juga album ke-12 mereka sebagai naskhah studio terakhir yang mungkin dihasilkan kumpulan berkenaan,Selain M Nasir, Search turut bekerjasama dengan beberapa komposer dan penulis lirik prolifik yang pernah menjayakan album terdahulu seperti S. Amin Shahab, Usop dan Buddhi Hekayat, Katharsis masih mengekalkan gaya muzik rock & roll Search, merangkumi ‘sound’, muzik, ‘chemistry’ dan hala tuju yang berakar umbi identiti mereka, Katharsis juga mencatat sejarah peribadi buat Search dan M. Nasir apabila mengambil masa selama 700 jam untuk disiapkan sepenuhnya. Album ini diterbit dan diedarkan Pawana Music dan Fenomena Music milik Datuk Ahmad Zaharul.


Official Merchandise Search by Santo (2019)

Search melakar sejarah apabila menghasilkan barang dagangan (merchandise) edisi terhad dalam kotak kayu edisi khas sebanyak 90 unit sahaja sempena sambutan album 30 Years Of Search Fenomena.Melalui satu perjanjian persefahaman yang telah dimeterai pada 10 Mei yang lalu, Santo diberi kuasa untuk menghasilkan barang dagangan kumpulan rock gergasi tanah air ini untuk para peminat mereka di seluruh Asia Tenggara Majlis Pelancaran Merchandise Search oleh Santo di Fenomena Music Plaza Damas Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur iaitu 14 September 2019.

Search yang turut dianggotai Amy atau Suhaimi Abd Rahman sebagai penyanyi selaku ketua kumpulan), Hamzah Mohd Taib (Kid-gitar utama) dan Noordin Mohd Taib (Din-gitar irama), Nasir (gitar bess) bekerjasama dengan tiga anak muda iaitu Saiful, Herwan dan Aimie yang menggelarkan diri mereka Santo dalam menghasilkan barang dagangan eksklusif itu.

Harga ‘Wooden Box Fenomena’ dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Premium yang dipanggil Fenomena Siri berharga RM799, Rock & Roll Siri RM649 dan Hard Rockin Siri RM449 dan disertakan Sijil yang ditandatangan sendiri oleh Search.

Belangsungkawa - Yazit Kembali ke rahmatullah

Allahyarham Yazit Bin Ahmad meninggal dunia pada 26 September 2019 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur akibat kerosakan otak dan kekurangan oksigen dalam badan pada jam 11.53 pagi. Pemain drum tersohor Malaysia ini, arwah Yazit sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru namun dibenarkan keluar dua hari selepas itu. Beliau turut menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2009. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati Kuala Lumpur untuk disolat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih Kuala Lumpur.

Amy berundur dari Search

Amy mengundurkan diri daripada kumpulan Search yang ditubuhkan pada 1981. Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan Search buat kali kedua seperti sebelum ini berlaku pada awal tahun 1998 selepas Album Double Trouble 2 dipasakan . Amy membuat pengumuman itu dalam segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan secara langsung oleh Astro Gempak, pada 29 Mac 2020 kira-kira jam 3.30 petang. Amy mengulas bahawa dirinya sudah mengecapi usia emas 62 dan mengakui nyanyiannya sudah tidak berkualiti lagi dan tidak berdaya. Brita penguduran Amy dari Search juga telah di umum sekali kepada seluruh wartawan berita akhbar hiburan tempatan. Ternyata tindakan Amy tidak kurang sebahagian besar para peminat kecewa dan sedih tindakan Amy mengumum secara rasmi keluar dari kumpulan Search. Para peminat terpaksa akur dengan keputusan Amy. Amy di soal oleh puluhan wartawan namun Amy mengambil pendekatan mengunci mulut tentang kes pengundurannya dari kumpulan Rock lagenda itu.

Pengunduran kali ini adalah berikutan tidak sehaluan dengan beberapa keputusan Search yang melibatkan pihak ketiga, Home Of Champion. Nasir yang masih kekal sebagai anggota Search cuba memujuk Amy untuk kembali ke pangkuan Search. Amy meletakkan syarat untuk kembali mestilah melibatkan Hillary Ang selaku pengasas Search dan Man Kidal yang kebetulan pada ketika itu sedang melalui proses memulihkan kedudukan ekonomi beliau setelah terkesan dengan pandemik Covid-19. Rentetan dari itu, legasi Search diteruskan dengan membariskan Amy Search, Hillay Ang, Man Kidal dan Nasir Daud. Selain Search yang dibarisi Din, Kid, Yan, Denden dan Minn.

Mengenang jasa dalam industri seni selama 42 tahun, selaku ketua kepada dua kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73.

“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat. Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,” kata Amy mengulas penganugerahan tersebut.

Denden Gonjales Pengganti Amy

Tanggal 31 Disember 2021, Din dan Kid menjawap teka-teki mengesahkan penyanyi kelahiran negara jiran dari Indonesia, Denden Gonjales sebagai pengganti Amy sebagai penyanyi utama kumpulan Search. Din, Kid meletakan keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan Denden untuk menyampaikan lagu-lagu bernada tinggi, bersesuaian dengan muzik Search. Kehadiran Denden sebagai penyanyi kumpulan Search telah mendapat sambutan dari peminat-peminat Search dari dua negara serumpun Malaysia dan Indonesia. Sementara itu Din dan Kid turut mengumumkan anggota asal Search iaitu Yan kembali sertai Search sebagai pemain gitar bass.

Kontroversi Amy Rompak Jenama nama Search? Kontroversi Nasir, Perbalahan Amy dan Din, Kid dan Muncul Dua Kumpulan Search

Tidak lama kemudian kali ini para peminat Search sekali lagi dikejutkan kontroversi sehingga para peminat tidak faham tindakan Amy kali ini. Kontroversi Search kali ini melanda apabila selepas setahun kemudian Amy menubuhkan Search dengan anggota asal Hillary Ang, Man Kidal dan Nasir yang membuatkan para peminat dan pihak-pihak lain terkejut, tidak faham dan keliru dengan tindakan Amy. Din dan Kid menyifatkan tindakan Amy tidak berasaskan itu adalah tindakan merompak jenama nama Search. Tindakan Amy juga adalah tidak profesional. Din dan Kid meminta Amy agar menghentikan tindakan merompak nama Search itu tetapi Amy enggan.

Setelah Amy mengambil masa yang lama berdiam diri akhirnya beliau bersuara dan mendedah secara umum. Amy mendakwa dirinya terlalu kecewa dengan masalah disiplin Din dan Kid yang sudah lama tidak pernah berubah sejak sekian lama seperti jarang menghadiri latihan serta memberi alasan tidak munasabah, gagal bersama membuat promosi album Katharsis serta konsert, kegagalan penglibatan Din berhubung saki baki lagu untuk rakaman album tersebut dan sikap sambil lewa tidak menghormati Dato M. Nasir dan Dato Zarul. Ujar Amy lagi Dato Zarol meminta Search menyelesaikan pembikinan album dengan segera disebabkan kos dikeluarkan melebihi bajet asal namun kelibat Din langsung tidak kelihatan sehingga malam. Disebabkan akan tahu Din dan Kid tidak akan keluar dari Search dan Amy tiada kuasa untuk membuang Din dan Kid maka sebab itulah Amy bertindak sedemikian mengumum keluar dari Search dan mempertahankan haknya tersendiri menubuhkan kumpulan Search kepunyaannya. Di tambah pula Search sudak tamat tempoh perjanjian dengan sebuah syarikat rakaman maka Amy bertindak menubuh kumpual Search kepunyaannya. Namun Din dan Kid tidak menjawap segala tomahan Amy itu. Dakwanya Amy lagi beliau sudah banyak berjasa terhadap Search. Din dan Kid mahu menemui Amy untuk menyelesaikan konflik yang melanda mereka namum gagal untuk ditemui sehingga peperangan psikologi tercetus antara Amy dan Din, Kid. Din dan Kid yang ditemui oleh wartawan hiburan Malaysia mendakwa bahawa mereka (Din dan Kid) tidak pernah menghantar surat untuk keluar dari kumpulan Search atau tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara lisan kepada wartawan hiburan di akhbar dan laman sosial atau mana-mana pihak tertentu berbanding Amy yang pernah mengumumkan kenyataan yang sah kepada wartawan hiburan di merata akhbar dan laman sosial bahawa dirinya telah keluar dari Search pada hampir penghujung bulan Mac 2020. Amy dan lain-lain pihak gagal menunjukkan sebarang bukti bahawa Din dan Kid telah keluar dari kumpulan Search. Tambahan pula Din dan Kid mengakui masih setia dan menyayangi Search dan Amy, Nasir yang sudah lebih 40 tahun menjadi sahabat baik. Manakala Nasir pula menimbulkan kekeliruan kepada para peminat di dalam konflik ini yang juga mendakwa dirinya tidak keluar dari Search tetapi menyebelahi Amy. Din dan Kid tiada masalah jika kes isu 2 nama kumpulan Search itu di bawa ke mahkamah untuk menuntut keadilan hanya 1 nama Search sahaja. Namun Amy tidak membalas cadangan Din dan kid itu untuk di bawa ke mahkamah. Setelah beberapa bulan perang psikologi antara Amy dan Din, Kid akhirnya jalan penyelesaian buntu sehingga terpaksalah tertubuh 2 kumpulan Search seperti yang terjadi kumpulan XPDC menjadi 2 kumpulan iaitu barisan Amy dan barisan Din, Kid menyebabkan para peminat terkeliru sehingga kini yang mana satu kumpulan Search asal atau sebenar termasuk kontroversi Nasir yang menyertai barisan Amy. Kedua-dua barisan Search ini terus menjalankan aktiviti seni dan menganjurkan konsert masing-masing yang sentiasa fullhouse. Tiada sebarang halangan untuk kedua-dua Search menggunakan nama tersebut dari kedua-dua pihak.

Konsert Search Rockin On Rooftop (11 Jun 2022), Din dan Kid Isytihar Mereka Ialah Search Asal (Original)

Pada tarikh 11 June 2022, bertempat di bumbung kompleks beli-belah Campbell, satu konsert hebat di persembahkan oleh kumpulan Search dengan barisan baru terdiri dari Denden Gonjalez selaku vokal, Din, Kid, Yan, Min (Dram), termasuk Firdaus selaku pemain keyboard. Rata-rata peminat sangat berpuas hati dengan konsert yang berjalan lancar itu. Ramai masih belum 'move-on' dengan demam konsert ini. Din dan Kid yang telah menemui pengganti Amy iaitu Denden Gonjales mengumumkan kepada wartawan hiburan di akhbar, laman sosial dan para peminat bahawa mereka adalah kumpulan Search yang asal atau sebenar ketika mahu menjayakan konsert ini manakala kumpulan Amy adalah Search palsu yang telah di rompak nama Search oleh Amy. Namun Amy enggan memberi komen balas terhadap Din dan Kid itu.

Konsert Search Endemik @ Zepp KL ( 4 & 5 Jun 2022 )

Pada negara memasuki fasa endemik, Search telah umumkan konsert bersejarah yang dibarisi angota asal Amy, Man Kidal, Hilarry Ang dan Nasir dalam Konsert Search Endemik @ Zepp KL telah berlangsung selama dua hari,konsert yang pertama kalinya berlansung setalah hampir dua tahun negara dalam fasa pendamik covid 19, Search turut dendangkan dua lagi baru iaitu Endemik 1 & Endemik 2 beserta set list 20 lagu, antaranya Nigina, Setelah Hujan, Gelora Cintaku, No Way!! dan lagu Hits malar segar. Dalam segmen khas untuk arwah Yazit, Amy meyampaikan lagu Hello Kawan dengan penuh emosi dan juga tempat konsert berlangsung pertama kalinya di Zepp KL, Search jadi artis pertama pembukaan Zepp KL.

Sultan Johor terima kunjungan Amy & Search

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy & Search.Hadir bersama pemai gitar utama handalan, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud yang mana mereka merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing. Pada 4 & 5 Jun lalu, Konsert Endemik Search berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur.Konsert yang berlangsung selama lebih dua jam dengan jumlah keseluruhan 45 lagu itu 'full house' selepas semua tiket habis terjual.

konsert Search sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Mersing Johor 2022 (16 September 2022)

konsert di Stadium Mini Mersing itu bermula pukul 8.30 malam .Search Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal turut di bantu oleh Jenk Ali sebagai pemain drum. Search menghiburkan secar langsung hampir 15 lagu di antaranya Gelora Cintaku, Paraniod, Melayar Bahtera, Gadisku, Diari Habil Qabil, Setelah Hujan, Nigina dan lagu teristimewa Tiada lagi khas buat Tuanku Johor. Penonton membanjiri hampir 10 ribu rakyat johor dan luar datang untuk konsert ini.

Konsert Rock On Search: The Legends di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ( 4 Disember 2022 )

Search menunaikan janji membawa penonton mengimbau liku awal pembabitan mereka dalam dunia muzik. Rentak Search bermula dengan menghiburkan pengunjung sebuah kelab hiburan di ibu negara selepas merantau dari Johor Bahru, Johor hinggalah muncul antara band rock terunggul tanah air. persembahan dengan lagu Gelora Cintaku diikuti dengan lagu rancak, Balada Pemuzik Jalanan dan Pelesit Kota. Daripada irama rancak, Search beralih kepada muzik perlahan menerusi untaian indah seperti Meniti Titian Usang, Gadisku, Kejora, Nigina dan Rozana. Sebanyak 22 buah lagu untuk konsert ini termasuk 2 lagu cover yang pernah mereka mainkan sewaktu awal di dalam muzik rock , Mr Crowley dan Bark At The Moon oleh Ozzy Osbourne dan Stairway To Heaven oleh Led Zeppelin.

Konsert Rock4Klasik di Esplanade Concert Hall Singapore (18 Mac 2023)

Kumpulan lagenda ini membuka tirai konsert untuk tahun 2023 bergabung dengan 2 lagi artis tersohor Malaysia seperti Ella dan Gersang serta kumpulan rock dari Singapura iaitu Majesty. Dengan kembalinya Search sedikit sebanyak mengubati rindu peminat-peminat setelah hampir sedekad Search tidak membuat persembahan di Kota Singa.


Konsert Search 'Fantasia Bulan Salju' di Genting Highlands (12 ogos 2023)

Search sekali lagi melakarkan sejarah rock tanahair setelah mengadakan konsert bersejarah yang dinamakan Konsert Fantasia Bulan Salju pada 12 Ogos 2023 bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting. Menjadi band tempatan yang pertama beraksi di pentas berprestij tersebut selepas 38 tahun ianya dibina.

Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal itu turut dibantu oleh Arthur Kam, seorang pemain dram sessionist muda yang berbakat. Disamping memperkenalkan pemain dram wanita Naimi Daini yang berusia 17 tahun. Turut menampilkan Rie Tsuji, pemain keyboard yang pernah mengendalikan konsert artis antarabangsa Beyonce. Konsert Fantasia Bulan Salju menjadi penanda aras keunggulan Search kerana ianya berlangsung serentak dengan pilihanraya 6 negeri. Namun begitu Search berjaya menarik peminat dari segenap pelusuk dalam dan luar negara untuk memenuhi dewan Arena Of Stars.

Anggota kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Anggota Terkini

Barisan Amy Search (Anggota Asal Search 1977)

  • Suhaimi Abdul Rahman (Amy) – vokal utama, gitar, tamborin, perkusi (1981–1996, 1997–1998, 2003–2020, 2021–kini)
  • Hillary Ang  – gitar utama, keyboard, vokal latar (1977–1984, 1986–1988, 2006–2009, 2021–kini)
  • Abdul Rahman Mahmood (Man Kidal) – gitar irama dan utama, vokal latar (1984–1986, 2021–kini)
  • Nasir Daud (Nasir) – bes, vokal latar (1981–1984, 1986–1990, 1994–1997, 2003–kini)

Barisan DIn & Kid (Kumpulan Asal Search 1981)

  • Amir Masdi (Amir) – vokal utama (2024–kini)
  • Hamzah Mohd Taib (Kid) – gitar utama, keyboard, piano, vokal latar (1988–1999, 2003–2006, 2009–kini)
  • Nordin Mohd Taib (Din) – gitar irama, vokal latar (1981–1999, 2003–2006, 2008–kini)
  • Amran Marsiman (Yan) – bes, vokal latar (1984–1986, 1991–1994, 2021–kini)


Ahli Undangan

  • Ahmad Azhar bin Othman (Awie) – vokal utama (dari kumpulan Wings) (1998–1999, 2020–2021)
  • Pae – dram, perkusi (Dari kumpulan Barongan) (2017–2021)
  • Abdul Rahman Mahmood (Man Kidal) – gitar utama (1985, 2020–kini)
  • Isa Rahman (Isa) – vokal utama (dari kumpulan Handy Black) (1996–1997)
  • Afiq Hakim Ahmad (Akim) – vokal utama (2021)
  • Denden Gonzalez – vokal utama (2021–2023)
  • Minn – dram (2021–kini)
  • Arthur Kam – dram, perkusi (2021–kini)
  • Hanifah Naimi – dram,perkusi (2023)

Bekas Anggota

  • Mohamad Zainal (Zainal) – vokal utama, gitar irama (1977–1981)
  • Yazit Ahmad(Yazit) – dram, perkusi, vokal latar (1977–2000, 2004–2016; meninggal 2019); vokal utama (1977–1981)
  • Shah Nizam Abdul Halim (Shah) – gitar utama, vokal latar (1999–2000)
  • Saiful Rizla Kamarudin (Lola) – dram, perkusi (2003–2004)
  • Ismail Mohd Ali – vokal utama (1999–2000)
  • Mohamad Zamri bin Mohamed Safiee (Zam) – bes, vokal latar (1999–2000)
  • Fauzi bin Ali (Fauzi) – bes, vokal latar (1997–1999)
  • Susan Lankester (Susan) – keyboard (1977–1981)
  • Memek Sujono (Memek) – bes (1977–1981)

Garis Masa

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  1. Cinta Buatan Malaysia (1985)
  2. Langit Dan Bumi (1986)
  3. Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
  4. Fenomena (1989)
  5. Karisma (1990)
  6. Rampage (1992)
  7. Gema Di Timur Jauh (1995)
  8. Rock 'N' Roll Pie (1996)
  9. Bikin Wilayah (1998)
  10. Selepas Banjir (1999)
  11. Gothik Malam Edan (2006)
  12. Katharsis (2017)

Album kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  1. Di Pintu Sepi (1988)
  2. Berpaling (1988)
  3. Sepuluh Tahun (1991)
  4. Search Terbaik (1994)
  5. Rockestra (2001)
  6. Fenomena 2003 (2003)

Album duet

[sunting | sunting sumber]

Album live

[sunting | sunting sumber]
  1. Search Live (1989)
  2. "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)
  3. Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
  4. Konsert Reunion Evolusi Lagenda Rock Search (2004)
  5. Live at Planet Hollywood (2007)
  6. Search Live In JB (2009)
  7. Double Trouble Live In JB (2010)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1986 Kembara Seniman Jalanan (Penampilan Khas - Search)
1987 Sayang (Penampilan Khas kecuali Amy watak utama)
1990 Isabella (Watak Utama - Amy - Watak Sampingan - Din, Kid, Nasir & Yazid)
1990 Fenomena (Penampilan Khas kecuali Amy watak utama)

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Bersama pemenang di Anugerah Bintang Popular 1989
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Karya Keputusan
1989 Isabella Menang

• Lagu terbaik

• Persembahan terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
1987 Penyanyi Berkumpulan Popular Menang
1989 Penyanyi Berkumpulan Popular Menang
2012 Anugerah Sepanjang Hayat

(Kumpulan Search)

Anugerah Planet Muzik (APM)
Tahun Keputusan
2008 Anugerah Khas

(Kumpulan Search)

Anugerah Industri Muzik
Tahun Kategori Karya Keputusan
1996
  • Album Terbaik
  • Album Rock Terbaik
Gema Di Timur Jauh "Unplugged"


Gema Di Timur Jauh

Menang
1999 Album Rock Terbaik Search & Awie - Bikin Wilayah Menang
2007 Album Hard Rock Terbaik Gothik Malam Edan Menang
  • Vokalis Search, Amy merupakan bapa kepada pelakon terkenal Nabila Huda yang juga dikenali dengan panggilan Abil.
  • Penyertaan Kid dalam kumpulan Search pada penghujung tahun 1988 telah menjadikan Search sebagai salah satu kumpulan rock 80-an Malaysia yang mempunyai gitaris adik-beradik selain Mega (Adie dan Sam) dan Ekamatra (Shahrul dan Nurul).
  1. ^ Cinta Buatan Malaysia, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  2. ^ Langit Dan Bumi, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  3. ^ Mentari Merah di Ufuk Timur, MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  4. ^ a b c d e f g Search, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  5. ^ Kembara... Seniman Jalanan, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  6. ^ R.S. Murthi (8 Disember 1988). "Night of sheer beastly noise". Times Two (New Straits Times). m/s. 19. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  7. ^ a b Fenomena, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  8. ^ a b c d Budiey Isma (15 April 2009). "Gambar Search di Sidang Media Tour Konsert Search Di Awan Biru". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  9. ^ Saleha Ali (23 Mei 1990). "Having fun 'canning' Isabella". New Straits Times (Times Two). m/s. 10. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  10. ^ Lim, Elaine (27 Ogos 1990). "Pulling 'em in with Search and hype". New Straits Times (Times Two). m/s. 25. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  11. ^ a b Karisma Diarkibkan 2010-08-17 di Wayback Machine, Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  12. ^ Sepuluh Tahun, Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  13. ^ Tiong, John (8 Julai 1991). "Search looks for New York break". New Straits Times. m/s. 27. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  14. ^ Rampage (1992), Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  15. ^ "Haircuts end rock group ban". The Times. Associated Press. 2 November 1992. m/s. 13A. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  16. ^ "Protes ke RTM". Tempo. 30 Oktober 1993. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  17. ^ a b "Rock group Search & Saleem (( Iklim ))a hit in Holland". New Straits Times (City News). 6 Ogos 1993. m/s. 10. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  18. ^ Bissme S. (13 April 2009). "Search still on". The Sun. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  19. ^ Magic (1994), Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  20. ^ Gema Di Timur Jauh Diarkibkan 2010-08-17 di Wayback Machine, Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  21. ^ "Malaysian artistes at song fest". New Straits Times. 4 Ocotber 1996. m/s. 19. Dicapai pada 21 Januari 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  22. ^ Zainal Alam Kadir (21 Mac 1998). "Search is still on". New Straits Times (Weekend Life & Times). m/s. 4. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  23. ^ Zainal Alam Kadir (30 Disember 1998). "In music, it's all in the stars". New Straits Times (Life & Times). m/s. 3. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  24. ^ Bikin Wilayah[pautan mati kekal], Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  25. ^ Selepas Banjir Diarkibkan 2010-08-18 di Wayback Machine, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  26. ^ Rockestra Diarkibkan 2010-08-18 di Wayback Machine, Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.
  27. ^ Sharifah Arfah (13 Februari 2004). "Search still rockin' good". New Straits Times.
  28. ^ Pauline Jasudason (8 September 2004). "Islamic party wants to bar show by rock band Scorpions". Associated Press.
  29. ^ N. Rama Lohan (28 April 2006). "Search ready to rock again". The Star Online. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  30. ^ Wahida Asrani (7 Januari 2007). "Konsert S2 Celebration hilang bisa kerana Search?". mStar Online. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  31. ^ Ary Hermawan dan Desy Nurhayati (5 September 2008). "Malaysia, Indonesia quarrel turns to music". The Jakarta Post. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  32. ^ "Celcom Taja Konsert Kumpulan Rock Tempatan". Bernama. 7 April 2009. |access-date= requires |url= (bantuan)
  33. ^ "Jelajah Awan Biru Search: Sepintas Lalu". gua.com.my. 1 Jun 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  34. ^ "Search: Belum Masa Untuk Bersara". gua.com.my. 5 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  35. ^ Abd Aziz Itar (4 Ogos 2009). "Sayang sistem bunyi 'hancur'". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 22 Januari 2010.
  36. ^ Siti Azira Abd Aziz (14 Januari 2010). "Search Jelajah Eropah Februari Ini". mStar Online. Unknown parameter |accessdare= ignored (bantuan)
  37. ^ Esme Johari Wahab (13 Feb 2010). "Search Di Ufuk Barat". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  38. ^ Rizal Johan (20 Januari 2010). "Amy Search turns to musical". The Star Online. Unknown parameter |accessdare= ignored (bantuan)
  39. ^ Nur Aqidah Azizi (5 April 2010). "Search no further for Amy". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-09. Dicapai pada 5 April 2010.
  40. ^ Search, Wings rock the city, New Straits Times, 2 Mei 2010.
  41. ^ Search, Wings gegar JB, Harian Metro, 7 Jun 2010.
  42. ^ "Konsert GEMURUH DT Tutup Tirai 2010". Mangga Online. 23 Disember 2010. Dicapai pada 26 Disember 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]